Anda di halaman 1dari 20

ISL M1

Bahan 2D dan 3D
BAHAN 2 DIMENSI (2D)
Bahan 2D ialah bahan yg mempunyai dua dimensi, iaitu lebar dan panjang.

Jenis bahan 2D ialah : bahan bercetak, carta, graf, poster dan gambar.

Bahan Bercetak
Buku teks asas pengajaran dalam bilik darjah dan tiada gantinya.

Bahan bacaan percuma brosur, risalah dll.

Kelebihan :
Amat mudah diperoleh dalam pelbagai topik dan bentuk.
Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan.

Boleh dialih.
Murah dari segi penghasilan / percuma.

Kelemahan:
Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu.
Dianggap sebagai bahan hafalan (fakta dan definisi).

Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif terhadap pelajar).


Tidak bersifat interaktif / persembahan satu hala.

Carta
Perwakilan visual menggambarkan suatu konsep yg sukar difahami secara lisan / bertulis.

Jenis-jenis Carta :
Carta organisasi menunjukkan struktur sesuatu organisasi dari segi pemeringkatan.

Carta klasifikasi menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan dan sebagainya.

Carta tabular / jadual mengandungi data dalam bentuk nombor dan peratus dalam
bentuk jadual.

Carta aliran carta proses menunjukkan sekuen, prosedur, atau aliran sesuatu aktiviti.

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai
bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.
Kelebihan Bahan 3D
1. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
2. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada
penggunaan bahan-bahan yang sebenar.
3. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu
dengan lebih baik
4. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
5. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.
6. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
7. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran
melalui penyelidikan.

Sumber: http://solihinhusaini.weebly.com/bahan-2d-dan-3d.html
ISL M2 Bina bentuk 3D dengan toothpick dan gumdrops
ISL M3
MASALAH- MASALAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOMETRI

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti buku, jurnal,
temubual dan nota-nota yang diberikan oleh pihak pensayarah terdapat beberapa isu
yang perlu dibangkitkan dan ditangani dalam usaha memantapkan pengetahuan dan
pengalaman murid dalam ilmu geometri.

a) Isi kandungan
i. Kefahaman konsep

Menurut Robert Gagner , pembelajaran konsep matematik yang berkesan


memerlukan beberapa teknik penyampaian seperti

i. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.


ii. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat
perbezaan.

Di sekolah rendah terdapat 4 subtopik dalam geometri iaitu elemen titik, garis
dan plane, ciri-ciri 2 dimensi, ciri-ciri 3 dimensi dan pengukuran. Justeru itu, konsep
matematik perlu diperkenalkan kepada murid dengan pelbagai bentuk, kaedah dan
pendekatan. Dalam konsep geometri ianya memerlukan pelajar mempunyai daya
kefahamanan yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini boleh
dibina melalui aktiviti manipulatif yang memberi peluang kepada murid-murid untuk
meneroka pemahaman mereka tentang konsep geometri.

Namun masalah yang berlaku di sekolah-sekolah pada masa kini ialah murid-
murid tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep geometri kerana
kurang didedahkan kepada latihan manipulatif. Apabila persoalan ini diajukan kepada
guru-guru ,alasan yang diberikan ialah kesuntukkan masa, banyak barang perlu
dibawa ke dalam kelas dan masa tidak mencukupi untuk menggunakan bahan
manipulatif di dalam bilik darjah. Malahan jika mengajar murid yang berada di kelas
belakang bahan manipulatif tersebut dibuat permainan tanpa menghiraukan apa yang
berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Akibatnya murid-murid mengalami kesukaran mengenalpasti dan keliru nama-
nama bentuk 2D dan 3D,kesukaran melibatkan kedudukan rajah, kesukaran memahami
ciri-ciri bentuk rajah, kesukaran membayangkan bentangan dan banyak lagi.
Miskonsepsi yang berlaku ini merupakan cabaran yang besar kepada guru-guru ke arah
mewujudkam pengajaran dan pembelajaran yang bermakna.

ii) Aritmetik/kemahiran mengira

Kurikulum Matematik di sekolah rendah dalam topik bentuk dan ruang banyak
melibatkan rumus dan formula yang digunakan bagi mencari luas, perimeter dan
isipadu. Bagi murid yang sederhana dan lemah sering keliru dan sukar untuk
menyelesaikan masalah ini. Bagi mengatasi cabaran di atas guru hendaklah
mengaplikasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaitkan konsep luas,
perimeter dan isipadu dengan persekitaran murid. Guru hendaklah mengajar dengan
menggunakan kaedah berpusatkan murid seperti inkuiri penemuan dan pembelajaran
kontektual supaya murid-murid boleh meneroka sendiri aktiviti mencari luas, perimeter
dan isipadu dalam aktiviti kumpulan.

Contohnya:

Mengira luas lantai mozek yang berukuran 1 kaki darab 1 kaki.

Murid membilang = 9 jubin

=(3 x 3 = 9)

Murid dibimbing mengaitkan jumlah jubin dengan konsep luas seterusnya mengira
dengan algoritma

Luas = panjang x Lebar

=3x3
= 9 jubin

Apabila murid sudah menguasai konsep luas secara membilang dan mengira dengan
algoritma melalui aktiviti yang dijalankan sendiri secara tidak langsung membantu guru
menyangkal persepsi murid yang menyatakan bahawa matematik adalah subjek yang
susah dan digeruni.

iii) Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan


merupakan objektif utama dalam pembelajaran matematik. Ia merupakan bentuk
pembelajaran yang sangat tinggi (Gagne,1985). Pelajar diharapkan dapat membina
pengetahuan dan kemahiran baru melalui penyelesaian masalah.Masalah ini timbul
dalam semua tajuk matematik termasuklah geometri. Dalam menyelesaikan persoalan
berbentuk penyelesaian masalah kemahiran kognitif pelajar perlu dijana dengan baik
agar mereka dapat menggunakan kemahiran yang sedia ada untuk menyelesaikan
masalah matematik. Malahan ada sesetengah guru yang kurang memberi penekanan
kepada kemahiran matematik yang melibatkan penyelesaian masalah. Kemahiran ini
amat sukar diajar sekiranya pelajar tidak dapat menguasai konsep dalam bentuk dan
ruang.

Bagi pelajar yang lemah, mereka tidak dapat menterjemahkan soalan yang
berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketaksamaan matematik yang
betul .Terdapat juga pelajar yang tidak memahami kehendak soalan. Maka ini
mengakibatkan mereka menggunakan peraturan-peraturan atau strategi penyelesaian
yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan tersebut. Penguasaan kemahiran
matematik adalah penting bagi pelajar menunjukkan inisiatif sendiri untuk membuat
latihan dan menyelesaikan masalah. Pelajar sekolah rendah biasanya didapati kurang
berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang dianggap susah. Menurut
Polya (1957) penyelesaian masalah lazimnya dikaitkan dengan penggunaan matematik
dalam situasi di mana prosedur penyelesaiannya tidak begitu nyata atau ketara.

Sumber: https://www.academia.edu/8496998/MASALAH-
MASALAH_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_GEOMETRI_PENGENALAN
ISL M4

1) Geometri dalam seni bina


Gerbang digunakan untuk menahan berat maksimum.
Reka bentuk struktur untuk menahan kuasa alam
Arkitek menggunakan bentuk-bentuk geometri untuk membuat lakaran atau mereka bentuk
binaan.
Bentuk-bentuk yang dibina berdasarkan bentuk-bentuk geometri.
Bentuk 2 Dimensi digunakan pada bentuk- bentuk 3 Dimensi.

Geometri dalam pembinaan rumah


atau projek penambahbaikan
Contoh 1: Jika hendak mengira luas lantaisesebuah rumah, bentuk geometri digunakan
seperti luas bentuk segi empat.
Contoh 2: Jika hendak menggantikan tikar pada lantai, perlu mengetahui keluasan
lantaiterlebih dahulu
melalui pengiraan bentuk geometri

2) Geometri dalam sukan & permainan


- permainan teng teng
- papan dart
ISL M5
Isipadu cecair

Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri cecair yang penting
ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah. Unit bukan piawai
untuk isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu abitrari yang digunakan sebagai unit.
Contoh biasa bekas yang digunakan adalah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi. Unit piawai
isipadu cecair diterima di peringkat antarabangsa. Contohnya liter, gelen, pint dan kuart. Unit-
unit seperti gelen, pint dan kuart alah unit Imperial untuk isipadu cecair manakala millimeter dan
liter adalah unit metrik..
ISL M8
ISL M9

Sumber: http://celikmate.blogspot.my/2011/12/menukar-masa-sistem-12-jam-kepada_01.html
ISL M12

Sumber: https://prezi.com/0yhrdt1fxyuq/aplikasi-sukatan-dalam-kehidupan-seharian/
ISL M13

Miskonsepsi yang sering berlaku dalam pengiraan sukatan kecenderungan memusat


ialah berkaitan dengan min. Terdapat beberapa kesukaran yang dialami oleh murid iaitu mereka
tidak dapat mengenalpasti nilai yang tidak dinyatakan apabila diberi nilai min bagi satu set data.
Murid juga tidak dapat membina satu set data apabila nilai min diberikan serta tidak dapat
menggunakan konsep min untuk membuat kesimpulan.

Berkaitan dengan miskonsepsi tidak dapat menggunakan konsep min untuk membuat
kesimpulan, murid tidak menggunakan KBKK(kemahiran berfikir kreatif dan kritis) untuk
menentukan jenis maklumat atau data yang diwakili serta bagaimana maklumat yang diberi
boleh digunakan untuk meramal atau membuat kesimpulan. Sebaliknya mereka hanya mencari
min sebagai matlamat akhir sesuatu masalah.

Bagi mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku berkaitan sukatan


kecenderungan memusat ini, guru hendaklah membantu murid membina pemahaman konsep
melalui penggunaan objek-objek konkrit di sekeliling untuk mencari min seperti pemadam,
kerusi, meja, pensil dan sebagainya sebelum memperkenalkan algoritma mengira min.
Pembelajaran yang berlaku secara kontekstual ini membantu murid menghubungkait
pengetahuan yang dipelajari dengan pengalaman murid sehari-hari dan menjadikan
pembelajaran bermakna.

Guru juga digalakkan untuk menggunakan data-data yang relevan dengan kehidupan
murid sehari-hari seperti tinggi dan berat murid, belanja wang saku sekolah, kehadiran sekolah
dan lain-lain semasa memperkenalkan konsep pengiraan min. Perkaitan antara pengalaman
dan benda-benda di sekeliling murid dengan aktiviti pembelajaran dilihat mampu memberikan
pemahaman dan pembelajaran yang lebih bermakna. Pengiraan algoritma boleh diaplikasikan
secara latih tubi setelah murid menguasai sesuatu konsep sukatan kecenderungan memusat.
Sumber: http://cikgusari74.blogspot.my/2013/10/krm3043-asas-pengurusan-
datamiskonsepsi.html

ISL M14

Piktograf

Carta Pai
Graf garis

Isu Isu Matematik Dalam Tajuk Sukatan

Pengenalan:

Matematik sering dianggap sebagai subjek yang sukar oleh murid-murid di sekolah. Ini
adalah disebabkan mereka kurang memahami konsep-konsep bagi tajuk-tajuk dalam subjek
Matematik. Ini secara tidak langsungnya pun menyebabkan berlakunya isu-isu atau dikenali
sebagai miskonsepsi yang berkaitan dengan topik-topik dalam subjek Matematik di kalangan
murid-murid. Miskonsepsi ini pun menjadi penghalang kepada murid-murid untuk
menyelesaikan sesuatu soalan atau permasalahan Matematik kerana mereka salah erti dengan
apa yang telah diajar.

Isu-isu ini boleh berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor seperti, murid tidak dapat
menumpu perhatian semasa guru mengajar, minat murid terhadap subjek Matematik kurang
ataupun langsung tidak berminat dengan subjek Matematik, kefahaman murid lemah,
pengajaran guru yang kurang jelas dan juga kecuaian murid sendiri. Oleh itu, guru-guru
haruslah peka dengan isu-isu atau miskonsepsi dan kesilapan yang sering dilakukan oleh
murid-murid, kemudian cuba mengatasi masalah ini dengan langkah-langkah yang telah
dirancang rapi supaya masalah tidak bertambah teruk.

Dalam kurikulum Matematik, tajuk yang mula-mula dipelajari oleh murid-murid ialah tajuk
Nombor Dan Operasi dan tajuk yang kedua ialah tajuk Sukatan. Tetapi, bukan sahaja terdapat
isu-isu atau miskonsepsi yang berlaku pada tajuk Nombor Dan Operasi, tetapi bagi tajuk
Sukatan juga mempunyai banyak jenis isu-isu atau miskonsepsi yang sering dilakukan oleh
murid-murid. Bagi tajuk Sukatan, topik-topik yang terlibat adalah topik Masa dan Waktu, topik
Panjang, topik Jisim dan topik Isipadu Cecair.

Berdasarkan pembacaan daripada sumber-sumber bacaan dan juga maklumat daripada


temu bual dengan guru-guru di sekolah, beberapa contoh miskonsepsi yang sering berlaku di
kalangan murid bagi tajuk Sukatan telah dikenal pasti. Cadangan cara-cara bagi mengatasi
atau menambahbaikan isu-isu atau miskonsepi juga telah dikenal pasti.

Isu-Isu, Sebab dan Cadangan Penyelesaian:

Topik Masa dan Waktu:

Kini, kurikulum Matematik di Negara kita ialah KSSR. Dalam KSSR, topik Masa dan
Waktu telah mula dipelajari oleh murid-murid Tahun 1. Oleh itu, banyak isu yang timbul di
kalangan murid. Berikutnya adalah beberapa isu yang berlaku.

Isu 1:

Murid bagi Tahun 1, biasanya mereka tidak dapat menamakan nama bulan dalam setahun.

Contoh Kesalahan Murid:


Sebab:

Isu ini timbul disebabkan terdapat terlalu banyak nama bulan dalam setahun dan
kebanyakan nama bulan adalah agak panjang untuk diingati. Tambahan pula, nama bagi
beberapa bulan kelihatan lebih kurang sama. Contohnya, Januari dan Februari. Kedua-dua
nama bulan diakhiri dengan perkataan -uari jadi, murid-murid pun akan keliru.

Selain itu, nama-nama bagi setiap bulan dalam Bahasa Inggeris lebih kurang sama
dengan Bahasa Melayu. Contohnya, bulan 10 dalam Bahasa Inggeris ialah October, Bahasa
Melayu ialah Oktober. Perbezaannya hanyalah perkataan di tengah k dan c. Jadi ini pun juga
amat megelirukan murid-murid. Oleh itu, mereka pun putus asa untuk mengingat nama-nama
bulan.
Cadangan Penyelesaian:

Sebagai cadangan, terdapat beberapa cara untuk mengatasi isu ini. Antaranya ialah,
sebaik sahaja murid-murid diajar topik ini, guru menayangkan lagu bulan dalam setahun. Lagu
ini ditayangkan beberapa kali dan murid-murid dikehendaki belajar menyanyi sehingga mereka
mahir menyanyi. Ini adalah bagi mereka dapat mengingati urutan bagi bulan-bulan dalam
setahun.

Contoh lagu:

Selain itu, selepas murid-murid sudah mahir menyanyi lagu bulan ini, murid-murid
diminta menyebut dan mengeja nama setiap bulan secara berulang kali. Kemudian, guru boleh
memilih beberapa murid ke depan cuba mengejakan nama setiap bulan atau guru boleh
memberi kuiz berkaitan dengan ejaan nama bulan. Aktiviti seperti menghafal turutan bulan
dengan cara menyanyi dapat menarik minat murid-murid dan membantu murid mengingatinya
dengan lebih berkesan

Di samping itu, guru juga boleh menyediakan lembaran kerja yang telah dilukis dengan
petak-petak berbeza tinggi dan menyuruh murid menulis nama bulan mengikut urutan pada
petak-petak tersebut.

Contohnya:
J a n u a r i
Sumber: https://www.academia.edu/5698644/Miskonsepsi
ISL M15

Anda mungkin juga menyukai