Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Sebagai seorang guru pelatih yang berwibawa di Institut Pendidikan Guru


Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, saya telah diwajibkan untuk menjalani
praktikum fasa 3 selama tiga bulan. Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan
subjek yang perlu saya mengajar dalam praktikum fasa 3. Saya telah memilih Sekolah
Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa untuk menjalankan praktikum pada kali ini yang akan
bermula pada 5 Februari 2017 hingga 4 Mei 2017. Latihan praktikum ini perlu
dilaksanakan untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Institut
Pendidikan Guru.
Sebagai seorang bakal pendidik, saya berazam dan berharap melalui latihan
praktikum ini dapat membina jati diri seorang guru yang profesional. Demi membina jati
diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang
terutamanya berkaitan perguruan dan pendidikan Bahasa Melayu di sekolah
khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini, saya dapat memahami dan mengenali
sedalam mengenai budaya dan masalah penggunaan bahasa Melayu di sekolah serta
suasana pembelajaran di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal
sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru yang berwibawa nanti. Bukan itu
sahaja, saya juga dapat mengaplikasikan kemahiran ICT dalam subjek Sejarah dan
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang senorok. Pendedahan awal sangat
penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul
mengikut ketetapan dan syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil ikhtibar dan menimba ilmu
sebanyak mungkin serta pengalaman supaya dapat diguna dan diaplikasikan semasa
mengajar di sekolah kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah dan kemudahan yang sedia ada dalam sekolah tersebut.
Di samping itu, kehadiran merupakan unsur yang penting bagi penampilan seorang
guru yang dapat menguruskan masa dengan baik dan menjadi teladan kepada murid-
murid di sekolah. Jadi saya akan memastikan kehadiran 100% dan datang ke sekolah
tepat pada waktunya. Saya juga perlu menunjukkan sikap mesra dan nilai hormat-
menghormati terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya
dengan warga-warga sekolah. Dengan adanya hubungan yang mesra, saya dapat
menjalani praktikum dengan lancar dan senang meminta tunjuk ajar guru. Hubungan
professional ini dapat dijalin dengan kerjasama pihak sekolah dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi murid dan
sekolah dengan mengaplikasikan pedagogi yang saya pelajari semasa menuntut di
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Akhir sekali, saya dapat
meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan.
Ilmu yang dipelajari sepanjang 6 semester sebelum ini akan saya cuba
mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dengan adanya
pengalaman mengajar dalam praktikum sebelumnya dapat meningkatkan keyakinan
saya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dan menarik.
Dalam masa yang sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang telah
saya pelajari sebelum ini.
Akhir kata, diharapkan seluruh warga Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa
dapat menerima kehadiran saya ke sekolah tersebut dengan hati yang terbuka dan
memberi peluang untuk menimba ilmu pengajaran yang berkesan sebagai persediaan
untuk menjadi seorang guru yang berkaliber.

Anda mungkin juga menyukai