Anda di halaman 1dari 9

.

1 Konsep Seni / Seni Visual

Apakah yang anda faham tentang konsep seni dan seni visual?

Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang membawa erti indah, halus
lembut, senang didengar atau tutur, senang dilihat dan untuk menerangkan sesuatu.
Art berasal daripada bahasa Yunani, membawa makna kecekapan dan kebolehan,
sesuatu yg selamat, memberi kepuasan hati melalui pancaindera atau deria. Seni
adalah kebudayaan yang dicetuskan oleh semua kelompok manusia kerana setiap
kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang
menyenangkan hati dan pancaindera.

Manusia dikatakan makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,
memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera rasa. Menurut Ibn
Khaldum seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan yg mengandungi ciri-ciri
estetika, etika & logika. [Shahnon Ahmad, Dewan Budaya, april 1986]

Perkataan Seni Visual ialah dimaksudkan dengan Senilukis dan Senireka. Ini
termasuklah membuat, menghasilkan dan memberi penilaian terhadap hasil seni
yang direka. Aktiviti-aktivitinya termasuklah melukis, menggambar, mencorak,
mencetak, mewarna, mereka bentuk, membuat arca, mengukir, menjilid buku,
membatik, membuat tembikar atau seramik iaitu kerja-kerja dua demensi dan tiga
dimensi.

Pelbagai Bidang Seni

Bidang seni terdiri daripada pelbagai cabang seperti catan, lakaran, cetakan, arca,
muzik, kesusasteraan, dan senibina, tarian, seni visual, teater, penulisan kreatif, seni
media, drama, koir yang bentuknya amat dikenali. Bagaimana pun, apabila berlaku
modenisasi dan revolusi teknologi, bentuk baru telah wujud dalam bidang seni
seperti fotografi, filem, seni video, seni instalasi, seni asemblaj, seni konseptual, seni
persembahan, seni komuniti, fesyen, komik, seni komputer, animasi, multimedia
interaktif, land art dan permainan video.

Pelbagai Takrifan Seni Visual

1. Plato - Membincangkan seni secara mengaitkannya dengan perlakuan,


akhlak, nilai dan moral untuk membawa kepada kesejahteraan kepada umat
manusia. Seni juga dinyatakan sebagai elemen yang dapat mencipta sesuatu
persekitaran kebudayaan dan meningkatkan perpaduan. Seni dan Pendidikan
mesti berasaskan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan,
kesejahteraan dan keindahan.
2. Aristotel - Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi
struktur bentuk yang universal kepada benda alam.
3. Chapman - Seni sangat berguna jika imaginasi dapat direalitikan. Keadaan ini
menunjukkan peranan kreativiti menjadi unsur yang sangat penting untuk
diberi perhatian. Dalam konteks sosial, seni dinyatakan sebagai hak
masyarakat. Seni adalah berasaskan kehendak, keperluan dan perubahan
masyarakat.
4. John Dewey - Pendidikan itu ialah suatu proses untuk mengembangkan
kecerdasan manusia.
5. Walter Gropius Seni visual member faedah kepada kehidupan seharian
seperti dalam prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan
harian. Ia menggabungkan seni, pertukangan, sains dan teknologi.
6. Victor Lowenfeld Peranan PSV yang multidimensional ada dasarnya dapat
mengembangkan kemampuan dasar manusia seperti fizik, persepsi,
intelektual, emosional, social, kreativiti dan estetik.
7. Al Faruqi - Motif dan bentuk seni yang dihasilkan oleh seseorang pengkarya
adalah berlandaskan konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan

Tokoh-tokoh Islam seperti Al-Faruqi, Al-Ghazali, Ibn Khaldun dan Abdullah


Mohammad, berpendapat Pendidikan Seni dapat melahirkan insan yang seimbang
daripada aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Guru-guru seharusnya mampu
mengaplikasi teori-teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni.

Latihan

1. Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh berikut:

- Feldman
- Ibn Khaldun
- Abdullah Mohamad Nakula

andangan Tokoh-tokoh Barat, Timur dan Islam Tentang Seni dan Kesenian
Seni dan kesenian.

C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni

Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan


mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan
pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-
tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya


berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak
dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat
potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi,
personaliti dan sebagainya.

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak,
sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu,
beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza
berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau,
kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah
mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan


pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping
mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di
sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah
kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang
turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain
altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni
mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik,
kebudayaan mahupun ekonomi.

ii) Pandangan Barat tentang kesenian

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan
kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu
menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak
samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.

Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami
apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan
berada di dalam alam yang asing.

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya.
Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan
di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan
dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan
lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya
seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk
fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran
pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa
seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba
membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti
mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran
yang boleh dipelajari.

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut


pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan
pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek
kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735.


Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang
yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.
Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud
dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi
seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam
seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan
sebagainya.

Pandangan Tokoh Barat

a) Plato (347 SM)


- Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada
kebenaran.
- Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada
kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan
keindahan.
- Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral.
- Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan
meningkatkan perpaduan:
: Lukisan dibincang dengan konsep imitasi.
: Membandingkan lukisan dengan kebenaran.
: Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

b) Aristotle (384-322SM)
- pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda
alam, maka seni itu baik.

c) Pestalozzi (1746-1827)
- Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada
berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep
kepentingan aktiviti mata dan tangan.
- Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang
hayat, aktiviti bercorak praktikal.

d) Herbert Read
- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.
- Seni alat untuk mendidik seseorang
- Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan
pembentukan diri)

e) Frank Cizek ( 1865-1946)


- Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam
pendidikan .
- Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut
pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat
keperibadian diri.
-Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang,
minat untuk belajar dan memajukan diri.

f) John Dewey (1859 1952)


- Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.
- Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun
pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)

g) Walter Gropius
- Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian
seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi
menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb.
- Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan
teknologi.

h) Efland dan Laura H. Chapman


- Seni adalah untuk masyarakat
- Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.

i) Lansing
- Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan
psikomotor.

j) June McFee
- Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat
warisan budaya.

k) Feldman
- Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.

Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan


kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang
berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu
sendiri.

Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang
dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan
tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian
genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri.

Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan
dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan
mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan
kesenian itu sendiri di dalam masyarakat.

Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik,
ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut
turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan
fahaman mereka.

i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam


Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama
Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang
perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar
daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu
dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian.
Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan
kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan
dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri.

Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara
organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-
unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di
dalam konsep tauhid itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah
kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada
agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.

Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan


Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam
mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan
keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian
berpandukan akhlak Islam.

Pandangan Tokoh Timur dan Islam

a) Muslim
Dalam kitab Al-Iman.
Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta
suatu karya dan menghargai objek tersebut.

b) Pandangan Al-Ghazali
- Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah.
- Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah )
- Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )

c) Sidi Ghazalba
- Seni tidak melampui batas kesusilaan
- Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah
- Hasil seni itu bertunjang mardatillah ( diredhai Allah)
-Seni membentuk peribadi muslim

Anda mungkin juga menyukai