Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa
tegang secara fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah suatu perkara yang biasa dihadapi
oleh semua lapisan masyarakat. Semua insan mengalami tekanan yang berkaitan dengan
kerja, keluarga, keputusan peperiksaan , masa depan, dan sebagainya. Tekanan adalah
gabungan fizikal serta mental. Ia disebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan,
kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di
tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba
atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secara
automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan
aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara
pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang.

Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang
kerap menghadapi masalah. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi
kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak -kanak
yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan
sering menyebabkan berlakunya stress dalam kalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi
keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu. Tekanan kini semakin
menjadi-jadi dalam kalangan pelajar. Mereka yang mengalami tekanan mental biasanya
menunjukkan tanda-tanda seperti bersikap murung, suka menyendiri dan tiada selera makan.
Contoh, peristiwa pelajar yang mengalami stres ialah cubaan membunuh diri seperti terjun dari
bangunan tinggi dan cubaan mencederakan diri sendiri dengan pisau atau senjata.

Sistem pendidikan di negara kita yang lebih berorientasikan peperiksaan sedikit


sebanyak juga mengakibatkan ganngguan emosi di kalangan murid di sekolah. Sistem
pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai transformasi yang mengikut peredaran zaman
sesuai dengan kehendak cabaran semasa. Tekanan emosi dalam pelajaran merupakan satu
punca yang menyebabkan masalah gangguan emosi dalam kalangan pelajar. Sesetengah
pelajar yang gagal dalam peperiksaan menghadapi tekanan apabila tidak dapat berdepan
dengan ibu bapa mereka dan menunjukkan keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan
kepada mereka. Contohnya, pelajar yang mengalami tekanan dalam pelajaran akan
menghadapi kemurungan, mula mengasingkan diri dan berkemungkinan besar akan cuba
membunuh diri. Tegasnya, tekanan dalam pelajaran sememangnya menjadi punca utama yang

1
menyebabkan gangguan emosidalam kalangan pelajar semakin meningkat dan ia menjurus
kepada ketakutan atau kerunsingan pelajar tersebut dalam menghadapi peperiksaan di sekolah
seperti peperiksaan UPSR, PMR dan juga SPM.

Plutchik (1985) lihat emosi sebagai satu proses, rangkaian kejadian yang menjurus
kepada satu sistem maklumbalas yang kompleks.

Kamus Dewan dan Pustaka (2002), mendefinisikan gangguan emosi sebagai kesan
konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui
pertuturan atau perlakuan tertentu. Berikutan dengan definisi ini, sikap atau ciri-ciri yang
ditunjukkan oleh murid seperti kerisauan yang tinggi mula mengasingkan diri dan kelihatan
murung serta tertekan adalah berpunca daripada gangguan emosi yang terlahir apabila mereka
mula berada dalam tekanan untuk menghadapi peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR).

Menurut Achamanto Mendatu (2007), gangguan emosi berdasarkan persoalan takut dan
cemas. Tanggungjwab guru adalah untuk mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan
mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya. Kebimbangan berkait rapat dengan
emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di
peringkat dalaman murid namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku

2
bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang sentiasa bimbang
akan sentiasa cemas atau phobia menghadapi sesuatu cabaran. Mengikut kajian Barat, kanak-
kanak yang selalu berada di dalam kebimbangan akan mendapat markah yang rendah
berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Mereka banyak melakukan kesilapan.

Tidak ada manusia yang dapat mengelakkan diri dari tekanan atau gangguan emosi.
Seperti yang dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life : No one
can live without experiencing some degree of stress at all. Tekanan emosi boleh membawa
kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana ia boleh mendorong seseorang untuk
memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak
kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997). Namun bagi sesetengah orang, tekanan
emosi boleh mengakibatkan kemudaratan dalam kehidupan mereka.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengalami keletihan yang
melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkah laku gelisah seperti mata berkelip-kelip
dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau sakit kepala, menunjukkan tingkah laku
untuk mendapatkan perhatian seperti tingkah laku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan
dan hilang sifat kelucuan serta mereka juga akan mula mengasingkan diri daripada masyarakat
yang berada disekelilingnya. Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara
yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut berkemungkinan mengalami tekanan
emosi. Pelajar yang mengalami gangguan emosi berkemungkinan sedar atau tidak sedar
bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan emosi. Dengan mengenalpasti kesan-
kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan guru atau ibu bapa untuk
mernbantu pelajar yang tertekan sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan
berlaku pada diri pelajar.

Justeru itu, sebagai seorang guru, tahap kesediaan murid untuk belajar haruslah
dipantau agar emosi murid tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bersedia
untuk belajar. Maka, guru perlu menyediakan langkah-langkah intervensi yang komprehensif
untuk membantu murid menguruskan tekanan emosi dalam menghadapi peperiksaan. Contoh
langkah-langkah intervensi yang komprehensif yang boleh difokus oleh guru adalah seperti
berikut :

3
LANGKAH-LANGKAH INTERVENSI YANG KOMPREHENSIF UNTUK MEMBANTU MURID
MENGURUSKAN TEKANAN EMOSI DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi murid. Tindakan guru
yang tidak memahami masalah murid mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa
memberikan perhatian, sokongan, dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian,
kanak-kanak ini mungkin menjadi hiperaktif, sering menganggu kanak-kanak lain, dan merayau-
rayau sesuka hatinya. Tingkah laku tersebut akan menjejaskan program-program yang telah
diaturkan. Kanak-kanak sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal
pasti ciri-ciri kelemahan dan kekuatan yang dimilikinya. Menurut Noraini Ahmad (2005), untuk
menghadapi peperiksaan dengan tenang tanpa menghadapi sebarang gangguan pemikiran,
perlulah mengawal emosi. Sekiranya emosi tidak dijaga dengan baik, kemungkinan usaha
untuk mengingati fakta-fakta yang dibaca menghadapi kebuntuan. Malah, ketegangan emosi
boleh melemahkan penumpuan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Ketika
berada dalam keadaan tertekan, tumpuan kepada pelajaran akan menjadi terganggu. Apabila
tidak ada penumpuan khususnya ketika belajar, ia akan menyebabkan kelemahan pada daya
ingatan. Lantas, tekanan emosi akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap penumpuan
pada peperiksaan

Sebagai langkah pertama, guru perlu mewujudkan suasana pengajaran dan


pembelajaran yang kondusif untuk mengawal emosi murid-murid di bilik darjah. Faktor emosi
juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses tersebut. Tidak dinafikan bahawa
seseorang murid memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah. Oleh itu,
suasana bilik darjah memainkan peranan terpenting dalam mengawal dan memupuk emosi
murid selain suasana keluarga di rumah. Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal
seperti fizikal bilik darjah, bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam alam persekitaran (Mok
Soon Sang, 2008). Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti
pelajar (Azizi Jaafar, 2009). Bagi menggalakkan pemikiran kreatif, suasana bilik darjah yang
selesa perlu disediakan. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai cara penyusunan bilik darjah yang
akan mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai guru.

4
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pelajar yang menghadapi masalah tekanan
emosi adalah menjalani sesi bimbingan dan kaunseling dengan pakar psikologi yang
berpengalaman. Pelbagai tips dan kaedah serta rawatan terbaik untuk menghadapi tekanan
emosi dalam kalangan pelajar perlu didedahkan kepada pelajar yang menghadapi masalah
pelajaran dan keluarga. Contohnya, kaedah terbaik adalah dengan menggunakan sistem
mentor-mentee bagi setiap pelajar yang menghadapi masalah emosi dan ini sedikit sebanyak
dapat membantu mereka mengurangkan tahap gangguan emosi dalam kalangan pelajar.
Tegasnya, langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh pelajar yang menghadapi masalah
gangguan emosi adalah menjalani sesi kaunseling dengan pakar psikologi. Melalui sesi-sesi
kaunseling tersbut, pelajar dapat mengawal gangguan emosinya dan dapat bersedia untuk
menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupannya. Sesi kaunseling sebegini mampu
melahirkan sikap postif seperti keberanian, sifat berdikari dan juga motivasi yang tinggi dalam
diri seseorang murid dalam menjalani kehidupan sehariannya. Sesi kaunseling ini bertujuan
mebantu mereka memahami bakat dan kelebihan yang ada pada diri dan seterusnya dapat
menanam keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri. Dengan itu, murid akan meningkatkan
konsep kendiri yang lebih sensitif.

Selain mengadakan sesi kaunseling dengan pakar, pelajar sendiri perlu bersikap
positif terhadap diri mereka sendiri. Secara umumnya, terdapat empat kaedah yang boleh
dilakukan untuk memastikan diri pelajar sentiasa berfikiran dan berada dalam keadaan positif.
Pertama, pelajar perlu mengenal potensi diri dan berfikiran positif. Kedua, pelajar perlu encari
dan membaiki kelemahan diri dan tidak mengulangi kesilapan lalu. Ketiga, pelajar perlu
sentiasa mengenal pasti sumber sokongan sosial yang dapat meningkatkan potensi diri.
Keempat, pelajar seharusnya mendapatkan sumber maklumat yang benar dan sahih dalam
membuat sebarang keputusan. Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy
iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca
kekalahan, memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan
bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan.

Guru juga perlu bersikap kepimpinan demokratik terutama sama ada di luar kelas atau
di dalam proses pengajaran pembelajaran. Sebagaimana yang telah yang kita ketahui,
kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa
suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.
Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan
murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau

5
mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-
murid berinteraksi di antara satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kumpulan. Sikap kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan
menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan dan
mendorong murid berinteraksi di antara satu sama lain selain aktif melibatkan diri dalam
kumpulan. Gaya pengajaran guru yang bersifat autokratik menimbulkan perasaan yang tidak
puas hati kepada setiap murid. Sikap guru yang mengawal murid dengan memberikan hukuman
mewujudkan suasana stress daan menjejaskan emosi murid di dalam bilik darjah.

Selain daripada itu, guru juga dapat mengawal emosi murid dengan menekankan nilai-
nilai murni. Penerapan nilai-nilai murni boleh dilaksanakan ketika memberikan penekanan
kepada kepentingan mewujudkan hubungan personal dan sosial dalam kalangan murid. Guru
perlu memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhadap proses interaksi sosial
yang melibatkan murid semasa aktiviti pembelajaran dan memberikan layanan yang saksama
terhadap semua murid tanpa membezakan setiap murid. Sehubungan dengan itu emosi murid
tidak akan terganggu dan apabila emosi terkawal maka kedua-dua pihak iaitu guru dan murid
berpeluang berbual-bual tentang perasaan mereka sekaligus memudahkan lagi penerimaan
terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan.

Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di


antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak
aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti
pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti
sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta
mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan
murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah kategori
pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain
menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid
mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh
menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji
diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu
adil dan bersesuaian. Guru membantu murid yang bermasalah sekiranya terdapat murid yang

6
mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya
mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya.
Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-
murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat
menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan
murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid yang bermasalah
mengalami gangguan emosi yang ketara.

Pengurusan masa juga boleh diamalkan sebagai langkah untuk mengurangkan


gangguan emosi dalam kalangan pelajar. Pelajar perlu mengenalpasti kerja harian mengikut
keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya mereka dapat menyiapkannya mengikut
keutamaan tanpa melengahkan masa. Pelajar juga perlu mengenalpasti kerja yang tidak
mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang
membazirkan masa mereka. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih
penting adalah satu kaedah atau tindakan yang bijak boleh diamalkan oleh pelajar. Melalui ini,
mereka dapat menyiapkan semua kerja dalam masa yang ditetapkan dan mempunyai masa
tambahan untuk focus dalam pembelajaran mereka.

Perbincangan sesama ahli keluarga hendaklah sentiasa menjadi perkara rutin pada
setiap masa. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengambil berat keadaan pembelajaran anak
di sekolah. Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga
cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain
daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik
meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami
gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan
emosi masing-masing.

Agama adalah segala-galanya. Semua agama yang diamalkan di Malaysia menjurus


kepada nilai-nilai murni. Pengamalan agama yang sihat dapat memberikan ketenangan, jiwa
yang tenang yang mampu menghasilkan emosi yang stabil dan sihat. Pelajar perlu mematuhi
agama masing-masing dan sentiasa berfikiran positif sepertimana yang telah diajar oleh agama
mereka. Pelajar tidak seharusnya melupakan kepentingan agama sepertimana ia dianggap
sebagai Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan Kepada Tuhan.

7
Kesimpulan

Kesimpulannya, tekanan gangguan emosi akan menyebabkan seseorang tidak boleh


menjalani aktiviti seharian dan hal ini mengurangkan produktiviti mereka. Oleh itu, kaedah
mengenal potensi diri dan berfikiran positif merupakan cara yang terbaik untuk mengurangkan
tahap stres dalam kalangan pelajar. Kita haruslah ingat bahawa, remaja hari ini merupakan
tonggak generasi dan bakal pemimpin negara kita pada masa depan. Oleh itu, langkah-langkah
intervensi sangat memainkan peranan penting untuk mengatasi sesuatu masalah setelah
masalah yang dikenal pasti dapat dikesan. Emosi murid perlulah diperhati sentiasa supaya
masalah yang pada mulanya kecil tidak menjadi besar kerana masalah tidak dapat diatasi pada
peringkat awal lagi. Setiap intervensi yang dijelaskan merupakan langkah-langkah yang dapat
mebantu murid untuk membaiki emosi mereka supaya stabil dan sejahtera. Malahan, dapat
dikaitkan emosi ini dapat dibentukkan melalui rangsangan-rangsangan luaran dan perkara yang
paling utama adalah dorongan dan sokongan daripada orang yang terdekat supaya dapat
membantu mereka mengawal emosi bagi keterusan dalam mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan yang dihadapi.

Tanggungjwab guru adalah untuk mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan
mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya. Kebimbangan berkait rapat dengan
emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di
peringkat dalaman murid namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku
bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya.

8
Bibliografi

A.J. Michael. (2006). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Christopher dan John West. (2007). Belajar Secara Berkesan Di Sekolah. Kuala Lumpur :
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Emiey. (2015). Perbezaan Individu Dalam Pembelajaran Dan Sifat-Sifat Pelajar Yang Berjaya.
Diperoleh pada September 5, 2016, dari http://www.slideshare.net/mieysagie/perbezaan-
individu-dalam-pembelajaran-dan-sifat-pelajar-yang-berjaya

Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Dan Pustaka. (2002). Maksud Gangguan Emosi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
& Pustaka

Kasmini K. (1993). Emotional problems in children. J. of Paediatrics, Obstetrics & Gyneacology


19 (5): 5-6.

Kasmini K. (1992). Psikiatri Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Madihah. (2009). Agama Dan Akademik Mesti Seiringan. Diperoleh pada September 5, 2016,
dari https://wanitaisma.wordpress.com/2009/04/23/agama-dan-akademik-mesti-seiringan-
nik-nur-madihah/comment-page-5/

Malaysia. (1991). Akta Perlindungan Kanak-kanak Malaysia (Act 468).

Mahmudah. (2005). Pengaruh Pendidikan Agama Islam Terhadap Perkembangan Kecerdasan


Emosional. Diperoleh pada September 5, 2016, dari
http://sekripsiterbaik.blogspot.my/2015/04/pengaruh-pendidikan-agama-islam.html?m=1

Mel Silberman. (2010). Pembelajaran Aktif 101 Strategi Untuk Mengajar Apa Jua Subjek. Kuala
Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Noraini Ahmad. (2005). Persediaan Psikologi Menghadapi Peperiksaan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rabaiah M. S. (1994). Post-Traumatic Stress Disorders in child victims of war. M. Med. Project
Report UKM.

9
Sektor Psikologi Dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Menghadapi Anak ATua
Pelajar Menghadapi Tekanan Pepriksaan. Diperoleh pada September 5, 2016, pada
http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/769/membantu%20anak%20atau%20p
elajar%20menghadapi%20tekananan%20peperiksaan.pdf

Tengku Asmadi. (2011). Persediaan Menghadapi Peperiksaan. pada September 5, 2016, dari
https://www.facebook.com/notes/dr-tengku-asmadi-bin-t-mohamad/persediaan-
menghadapi-peperiksaan/10150358669198163/

Johari. (2015). Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid, dari


http://edu3093joha.blogspot.my/2015/09/tekanan-emosi-dalam-kalangan-murid.html

Pauziah Bibi. (2015). Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid, dari


http://pauziahbibi.blogspot.my/2015/02/tekanan-emosi-dalam-kalangan-murid.html

Jumiati Suparno. (2012). Esei Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid, dari
https://jumiatisuparno.wordpress.com/essei/

Thompson A.E. & C.A. Kaplan. (1996). Childhood emotional abuse. Br. J. of Psychiatry 168:
143-148.

10

Anda mungkin juga menyukai