Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN A

Guru Cemerlang Pendidkan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidkan Moral Dan Implikasinya

1. Latar belakang Kajian

Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, terdapat seramai lima puluh tujuh Guru
Cemerlang. Guru cemerlang Pendidikan Moral yang dilantik ini bukan sahaja dilantik
berdasarkan pengkhususan tetapi juga dilantik berdasarkan tempoh mengajar Pendidikan Moral
serta keupayaannya meningkatkan pencapaian akademik Pendidikan Moral.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan konsep Guru Cemerlang pada tahun
1994 sebagai satu laluan kenaikan pangkat sebagai ganjaran kepada guru yang pakar dalam
sesuatu mata pelajaran. Guru cemerlang yang dilantik ini adalah berdasarkan kepada beberapa
aspek kecemerlangan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu aspek
peribadi, pengetahuan dan kemahiran, hasil kerja, komunikasi, potensi dan sumbangan kepada
kemajuan pendidikan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008).

Guru-guru yang memohon jawatan guru cemerlang juga perlu mempunyai pengalaman
mengajar melebihi lima tahun dan mengajar mata pelajaran kepakarannya bagi tiga tahun
terakhir berturut-turut sebelum membuat permohonan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)

Menurut Stronge (2010), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat bergantung


kepada sesiapa yang mengajar dan juga siapa yang diajar. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran adalah sinonim dengan guru-guru yang berpengalaman apatah lagi jika disebut
guru cemerlang. Guru cemerlang Pendidikan Moral merupakan guru yang cemerlang dari segi
personaliti, kemahiran, pengetahuan serta mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Oleh hal
yang demikian, guru cemerlang Pendidikan Moral mempunyai pengaruh yang besar dalam
mendidik murid menjadi insan yang berdisiplin dan berakhlak mulia.

1
2. Sorotan Kajian

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru


Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan
menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu
menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir,
berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar
di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang
dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain
untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti PdP di sekolah masing-
masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah
sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.

Ini bermakna guru yang memiliki pengetahuan dalam bidangnya, perlu mahir dalam
penyampaian kepada murid supaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku.
Kemahiran menyampaikan pengetahuan berlaku apabila guru faham dan menguasai pengetahuan
kandungan mata pelajaran yang diajar.

Menurut Aroff dan Chang (1994) adalah tidak wajar sekiranya guru yang tidak
mempunyai asas pengetahuan dalam Pendidikan Moral mengajar murid. Pendidikan Moral
bukanlah mata pelajaran yang mudah untuk diajar, kerana ia memerlukan guru yang betul-betul
memahami dan menguasai setiap konsep dalam Pendidikan Moral supaya penyampaian isi
pelajaran adalah berkesan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada
guru yang mengajar dan murid yang mempelajari suatu mata pelajaran. Oleh hal yang demikian,
penguasaaan pengetahuan kandungan guru cemerlang Pendidikan Moral adalah sangat penting
kerana ia akan mempengaruhi pembelajaran murid di dalam kelas (Solis, 2009).

Penguasaan pengetahuan kandungan adalah amat penting kepada guru Pendidikan Moral.
Ini kerana konsepkonsep yang difahami tidak akan diajar secara langsung kepada muridnya.
Konsep-konsep ini akan diterapkan secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya guru memahami setiap konsep dan fungsinya, pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi mudah kerana guru tahu tujuan setiap pengajaran. Ini akan memudahkan cara

2
penyampaian guru kepada bentuk yang mudah difahami oleh murid. Susunan pengajaran
menjadi teratur dan kaedah pengajaran lebih berpusatkan murid menyebabkan murid memahami
tujuan pengajaran (Zakaria, 2011).

3. Implikasi Dapatan Kajian

Implikasi perbincangan dalam kertas ini menunjukkan bahawa pengetahuan kandungan


adalah perlu dikuasai oleh guru cemerlang dalam Pendidikan Moral. Dalam melantik guru
cemerlang, jemaah nazir perlu mengambil kira keperluan ini kepada guru cemerlang. Selain itu,
pihak pentadbir di sekolah harus berhati-hati dalam melantik guru mengajar Pendidikan Moral.
Melantik guru mengajar Pendidikan Moral bukanlah untuk memenuhi ruang jadual guru tetapi
perlu dipastikan bahawa guru ini mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diajar supaya
pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan.

Pihak kementerian terutamanya unit latihan perlu memastikan bilangan guru terlatih
dalam bidang Pendidikan Moral mencukupi untuk disalurkan ke sekolah. Unit bahagian latihan,
universiti, maktab serta unit perkembangan kurikulum harus menyediakan program yang betul-
betul dapat melatih guru yang mahir dalam bidang Pendidikan Moral. Memandangkan
penguasaan pengetahuan kandungan adalah penting dalam Pendidikan Moral, maka adalah wajar
dikaji tentang penguasaan pengetahuan kandungan oleh guru cemerlang Pendidikan Moral. Hasil
kajian ini boleh digunakan untuk menambah baik lagi perlantikan guru cemerlang serta
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mengelakkan pengajaran secara teradisional berlaku di dalam kelas, guru cemerlang
Pendidikan Moral perlu mengambil kira saranan Pusat Perkembangan Kurikulum (2004)
mengenai kepelbagaian kaedah dan strategi pengajaran di dalam kelas. Kebolehan guru
mempelbagaikan kaedah dan strategi mengajar dapat meningkatkan minat belajar dan
pencapaian murid. Balakrishnan (2010) mendapati guru yang membincangkan pelbagai situasi
moral dengan teknik yang pelbagai meningkatkan kefahaman murid dan mempengaruhi
perkembangan moral murid. Pembelajaran aktif tidak akan berlaku di kalangan murid sekiranya
kaedah pengajaran guru tidak kreatif. Maka, guru cemerlang Pendidikan Moral perlu mempunyai

3
pengetahuan mengenai kepelbagaian kaedah dan strategi mengajar untuk mewujudkan
pembelajaran yang aktif berlaku di kalangan murid.

Kesimpulannya, penguasaan pengetahuan kandungan bukan sahaja penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran tetapi juga memainkan peranan dalam perkembangan moral murid.
Oleh yang demikian, guru yang dilantik mengajar Pendidikan Moral tidak boleh mengajar
sembarangan tanpa menguasai pengetahuan kandungan. Penguasaan pengetahuan kandungan
bukan sahaja penting untuk memotivasikan diri guru sewaktu mengajar tetapi juga meningkatkan
motivasi belajar murid. Adalah wajar guru menguasai pengetahuan kandungan sebelum mengajar
suatu mata pelajaran lebih-lebih lagi bagi guru cemerlang.

4. Pendapat Tentang Isi Kandungan Artikel

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat


pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan
satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan
berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru
Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan
berkesan dan menjadi contoh (role model )kepada para pelajarnya.

Dalam kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya
dalam meningkatkan perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi
yang bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa
pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah
daripada keluarga dan masyarakat.

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan


peranan amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui
beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di
sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain,
pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya.

4
BAHAGIAN B

PENDIDIKAN MORAL : KEPENTINGAN KAEDAH DAN STRATEGI MENGAJAR DI


SEKOLAH

Pengenalan

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala
tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi
merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan
Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu
memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak
mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama
kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak
diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi
yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk
masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat
membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu
bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke
dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk
membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan
oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh

5
negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Mantan Perdana Menteri, Tun
Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di
bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan,
berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.

Pendidikan Moral

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di
peringkat sekolah rendah dan Menengah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada
pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan
melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti
kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam
sekitar dan negara.

Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik pelajar supaya menjadi insan yang
bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah memberi tumpuan kepada
usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan pelajar melalui penghayatan dan amalan
nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam
pelbagai kaum di negara ini. Selain itu, Pendidikan Moral memfokuskan kepada apakah
sebenarnya yang dikatakan insan bermoral. Ini kerana apa pun pendekatan yang akan
digunakan mestilah berasaskan kepada kefahaman yang tepat dan jelas tentang insan bermoral
itu sendiri.

Definisi Kaedah dan Strategi

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur
untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan
satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu.

6
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran
yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara
bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan
dengan caracuba jaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan
sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran.

Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih


pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran
dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan
sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka
pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta
berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong
pendekatan dipilih. Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran
yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Pendidikan Moral : Kepentingan Kaedah Dan Strategi Mengajar Di Sekolah

Kaedah Simulasi

Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk
mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-
kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid - murid belajar secara langsung.
Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi,
demonstrasi dan sebagainya.

7
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi
membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,
kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan
memudahkan kreativiti.

Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan
sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan
latihan demi untuk menyelesaikan masalah.Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti
lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian untuk satu - satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah - masalah yang
ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa - peristiwa
yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya

Ciri-ciri Penting Simulasi

1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan
dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki
memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi
sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi
dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif,
analisis dan kritis

8
Jenis-jenis simulasi.

Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan dalam aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama dan main
peranan.

Sosiodrama.

Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah
berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai
perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan
yang berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih
awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang
dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru.

Main peranan.

Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang sepontan yang melibatkan
sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang
berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main
peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi
yang di bayanngkan tadi dengan secara sepontan.

Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan
oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang
ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan
dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru memilih sesiapa
yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini
merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek
sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik
darjah.

9
Tujuan-tujuan simulasi.

a. Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan.
Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.

b. Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan,
murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara
penyelesaian yang di lakukan.

c. Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat
diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan
dapat dibentuk dan dipupuk.

d. Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi
pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

e. Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk menjelaskan
konsep drmokrasi murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi
pilihanraya yang direka.

f. Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar


tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran
bahasa dengan berkesan.

Kesimpulan

Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua kaedah
sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah salah satu kaedah yang
boleh digunapakai agar dapat menaikan minat para pelajaar untuk menumpukan perhatian
mereka pada pelajaran mereka.

10
RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang L.H (1994). Pendidikan Moral: Siripendidikan. Kuala
Lumpur: Longman Sdn. Bhd.

Kementerian Penddikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah: Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mukherjee, H,J,E, Chang, L.H., dan N. S. Rajendran (1992). Strategi pengajaran pendidikan
Moral KBSM. Petaling Jaya Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan


Pendidikan Moral Tahun 3 dan 4.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

11
BAHAGIAN C

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Kelas : Tahun 3

Nilai / tajuk : Kerajinan

Masa : 9:15am 10:15am

Standard Pembelajaran : 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Penaakulan Moral : i. menyatakan 2 cara bersikap rajin di sekolah.

ii. menyatakan 2 kepentingan bersikap rajin di sekolah.

Perasaan Moral : menceritakan perasaan apabila bersikap rajin di sekolah.

Perlakuan Moral : menunjukkan sikap rajin di sekolah.

Bahan Bantu Mengajar : komputer, LCD projector, lembaran kerja, cerita (belalang dan
semut)

Pendekatan : a) Pembelajaran Berpusatkan Murid

b) Pembelajaran Berasaskan Otak

c) Pembelajaran Kolaborasi

12
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Langkah Kandungan Aktiviti PdP Elemen Bestari

Cerita: 1. Guru mencerita tentang


Belalang dan Semut Belalang dan Semut.
Set Induksi 2. Murid dikehendaki
(10 minit) menyatakan nilai yang terkandung
dalam cerita tersebut.

Pengajaran nilai 1. Guru menunjukkan gambar TMK:


kerajinan -gambar dengan Powerpoint Slaid. Penggunaan
Langkah 1 2. Murid diminta memberi alatan teknologi
( 15 minit ) pendapat tentang gambar-gambar
tersebut.
3. Guru membimbing murid
menghayati nilai kerajinan yang
terkandung dalam gambar.

Aktiviti kumpulan: 1. Murid dibahagikan 5 orang Kreativiti:


Lakonan dalam satu kumpulan. menjana idea,
2. Murid dikehendaki mencipta sumbangsaran
Langkah 2 satu situasi yang berkaitan dengan
(20 minit) nilai kerajinan.
3. Murid lakonkan situasi
tersebut mengikut kreativiti
masing-masing.
4. Guru membuat penilaian atas
lakonan murid.

Langkah 3 Lembaran kerja 1. Guru mengagihkan lembaran

13
(10 minit) kerja kepada murid.
2. Murid
dikehendaki menyiapkan
lembaran kerja secara individu.

Penutup Rumusan PdP 1. Kuiz


(5 minit) 2. Murid menceritakan perasaan
apabila mengamalkan sikap
kerajinan.
3. Guru mengingatkan murid
supaya sentiasa mempraktikkan
sikap rajin di sekolah.

LAMPIRAN

14
Alkisah dahulu kala ada seekor semut yang bersahabat dengan seekor belalang. Mereka
suka sekali berpesta. Setiap malam mereka akan menghabiskan waktu untuk berpesta, makan-
makan dan menikmati minuman. Berpesta dan berpesta itulah rutin mereka.

Sehingga suatu hari, sang semut mula menyedari, walaupun sekarang ini musim panas
musim tengkujuh pasti akan datang juga. Dia terfikir kalau dia terus berpesta dan menghabiskan
makanan dan minuman, maka apa yang akan di makan bila musim tengkujuh tiba. Aku tidak
boleh berterusan begini, aku harus berkerja untuk mendapatkan makanan untuk bekalan ku di
musim tengkujuh katanya.

Akhirnya, sang semut mula mencari makanan untuk persiapan apabila nanti musim
tengkujuh melanda. Hari demi hari sang semut terus mengumpulkan makanan sementara
sahabatnya sang belalang terus menerus menghabiskan masanya bersuka-ria. Sang semut
berkali-kali menasihatinya tapi hanya sia-sia kerana dia tetap tidak mempedulikannya.

Musim tengkujuh pun tiba sang semut tidak lagi keluar mencari makanan. Nasib baik
aku dapat mengumpul banyak makanan katanya. Suatu hari di musim itu, ketika sang semut
sedang berehat dia terdengar suara ketukan dari luar.TOKTOKTOK

Sang semut menjenguk dari jendela dan dilihatnya sahabatnya, sang belalang yang basah
kuyup dan sedang kedinginan menanti di luar pintu. Sang semut pun membuka pintu lalu
menanyakan keadaan si belalang.

15
Rupanya sang belalang sedang kelaparan kerana sudah berhari-hari tidak makan. Tolong
aku wahai sahabat ku semut, berilah aku sedikit makanan jika tidak aku pasti akan mati.
Semenjak hari itu sang belalang telah banyak berubah. Dia sudah menjadi seekor belalang yang
rajin berkerja.

16

Anda mungkin juga menyukai