Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pendahuluan

13 mei 1969 pencetusan rusuhan kaum.

Harmoni dan makmur amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan
agama seperti Malaysia. Ia menjadi semakin penting dalam era globalisasi yang
membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta
manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

Golongan guru merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana
Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etika
perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara bangsa.

Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

Guru berperanan dan bertanggungjawab dalam membina Negara berlandaskan etika.

Guru sentiasa menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah
air dalam kalangan murid-murid.

Ternyata semua tanggungjawab bagi menjamin negara yang harmoni dan makkmur,
tergalas di bahu seorang guru.

Guru perlu memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya
mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain para pendidik perlu menghasilkan seorang
pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat
agar apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan
khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, kemahiran tinggi seperti berupaya
berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa dan sifat sahsiah yang positif maka
mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan
negara Malaysia.

Guru juga perlu memastikan pelajarnya memiliki jati diri yang kukuh, patriotik,
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat
yang penyayang, demokratik, liberal bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta
bersatu padu. Justeru, guru memberikan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini
bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan
peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui
aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.

MEMPERKASAKAN BAHASA KEBANGSAAN

Harmoni dan makmur adalah satu elemen amat penting dalam kesejahteraan negara.
Harmoni dan makmur negara boleh dijamin dengan usaha memperkasakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Hal ini perlu diterapkan kepada
para pelajar supaya menyedari kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia. Selain itu,
tanggungjawab guru adalah untuk menyemai semangat cintakan bahasa Malaysia kepada
generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia, menghormati dan
berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia. Antara beberapa
strategi pelaksanaan yang diusahakan oleh guru-guru adalah menggalakkan minat
membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa Malaysia. Keadaan ini akan membolehkan murid-
murid menguasai bahasa kebangsaan serta menginteraksi dengan rakan-rakan pelbagai
kaum. Hal ini akan mengurangkan perselisihan antara pelbagai kaum. Keadaan ini akan
menjaminkan keharmonian dan kemakmuran negara yang tercinta ini.

MEMANTAPKAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

Guru-guru juga berusaha memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.


Antara strategi pelaksanaannya adalah dengan meningkatkan tahap kesedaran dan
kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati perlembagaan Malaysia. Kandungan
Perlembagaan Malaysia adalah sangat teliti serta menjamin semua penduduk negara kita.
Selain iitu, guru meningkatkan semangat patriotik melalui Kelab Rukun Negara dengan
mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik. Kelab Rukun Negara juga merupakan kelab
yang wajib ditubuhkan di setiap sekolah. Guru-guru juga menanamkan semangat hormat
menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan
murid-murid. Murid-murid juga diberi kefahaman tentang pentingnya semangat kejiranan ke
arah perpaduan dan integrasi nasional.

Guru sentiasa memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat


dimantapkan di kalangan murid-murid. guru dengan bantuan pihak sekolah membangunkan
persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid
daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti
nasional Malaysia yang dapat dibanggakan dengan menganjurkan aktiviti seperti
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Selain itu, pelbagai aktiviti
kurikulum, kokurikulum dan sukan juga diadakan supaya memupuk dan mengekalkan
semangat perpaduan dalam kalangan anak murid. Pihak sekolah juga menjadikan
perhimpunan mingguan, acara menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Kebangsaan
serta Lagu Patriotik sebagai tempat memupuk semangat patriotisme.

Selain aktiviti kokurikulum, guru-guru memberi penekanan kepada nilai-nilai jati diri,
semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara merentasi mata pelajaran terutama
mata pelajaran Sejarah supaya semangat ini akan terus ditanam serta dapat mendukung
kepada pencapaian perpaduan negara. Pemerentasan mata pelajaran juga diharapkan
dapat meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan kehidupan yang harmoni
antara kaum.

MEMUPUK KECINTAAN KEPADA SENI, WARISAN DAN BUDAYA NEGARA

Fokus ketiga teras Membina Negara Bangsa adalah memupuk kecintaan kepada
seni, warisan dan budaya negara. Strategi pelaksanaan dalam fokus ini adalah (a) membina
kurikulum kesenian, (b) membina sekolah seni, (c) meningkatkan kerjasama dengan
Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan atau KeKKWa dan pada tahun 2007
KPM telah menubuhkan dua buah Sekolah Seni iaitu satu di Johor dan satu di Sarawak.
Sekolah Seni memberi penekanan kepada Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik, Seni Teater
dan Seni Tari khususnya kepada murid-murid yang mempunyai potensi dan bakat dalam
bidang kesenian supaya bakat ini akan terus digilap. Melalui penubuhan Sekolah Seni ini,
KPM mengharapkan supaya kesenian dan warisan bangsa akan dapat dipertahankan,
dibangunkan dan diperluaskan. Menyedari bahawa penggunaan tulisan jawi semakin
dipinggirkan oleh masyarakat Malaysia, ia telah diperkukuhkan semula melalui program j-
QAF di sekolah rendah. Pencapaian yang menggalakkan telahpun ditunjukkan oleh murid-
murid yang mengikuti program ini kerana daripada ujian yang dijalankan lebih 80 peratus
murid Tahap 1 telah menguasai tulisan jawi. Sehingga kini, program j-QAF telah pun
diperluaskan kepada lebih 4000 buah sekolah rendah di seluruh negara yang memberi
manafaat kepada lebih 650,000 murid, tetapi masalah kekurangan guru menyebabkan
program ini tidak dapat diperluaskan seperti yang diunjurkan.

Kesimpulan
...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang
dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan
kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan
persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia
dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

Anda mungkin juga menyukai