Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Bersyukur kami ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-
Nya dapat kami menyiapkan kerja kursus Matematik bagi tahun 2015 dalam semester
kedua kami. Dalam kerja kursus Matematik kali ini, kami telah ditugaskan untuk
menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan menganalisi aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar IPG Kampus Batu Lintang.
Kami menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat
serta rajin ke perpustakaan untuk mencarimaklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi
penghargaan kami ucapkan kepada Dr Wee Kim Geit, pensyarah yang juga banyak
membantu dan sebagai pembimbing kami dalammelaksanakan tugasan ini.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah
membantu kami dan yang sanggup bersama kami dalam mencari bahan untuk
melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada
semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya
kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan
projek ini kami berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut
buku programnya. Semoga tuan dapat memaafkan kami jika terdapat cacat cela dalam
proses menyiapkan tugasan kami
Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat
mengetahui pengunaan statistik asas dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tidak
akan kami lupakan.

Sekian terima kasih.


2.0 PENDAHULUAN

Tugasan ini berkaitan dengan statistik yang melibatkan pengumpulan data-


data atau maklumat. Data tersebut akan disusun kemudiannya mengkehendaki
pelajar membuat visual bagi mewakili data tersebut. Seterusnya, dalam tugasan ini
juga terdapat analisis-analisis setiap statistik data yang telah dikumpul.
Tugasan ini membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran
mengumpul, mengurus dan mempersembahkan data visual yang sesuai serta
menarik seterusnya mendokumentasikan dapatan kajian. Dalam kata lain, tugasan
ini dilaksanakan agar pelajar dapat mempraktikkan ilmu matematik dalam kehidupan
seharian terutamanya yang melibatkan statistik.
Tugasan yang telah kami hasilkan ini adalah berkaitan dengan statistik
aktiviti yang gemar dilakukan oleh pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Tugasan ini
mengandungi latar belakang kajian, kaedah pengumpulan data yang kami gunakan
persembahan data dalam tiga bentuk visual yang berbeza dan penganalisian data.
Selain itu, tugasan ini juga mengandungi kesimpulan daripada data-data yang telah
kami laksanakan, rujukan serta refleksi setiap ahli kumpulan.
PENGENALAN STASTISTIK

Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita.


Websters Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang
komprenhensif sebagai sains yang berurusan dengan pungutan, analisis,
tafsiran dan persembahan data numerik. Dari sudut pandangan ini, statistik
akan kita bincangkan di dalam kursus ini. Statistik juga merupakan satu cabang
matematik, dan banyak daripada sains statistik berdasarkan kepada pemikiran
matematik, dan terbitannya. Banyak daripada bidang-bidang akademik,
termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya. Walau
bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang pengajian di dalam
bidangnya.

Statistik sering dirujuk sebagai satu kumpulan data. Sebagai contoh, satu
data tentang kumpulan maklumat keuntungan perniagaan sesebuah syarikat .
Dalam statistik ,kenyataan dan angka adalah rujukan kepada statistik yang
dibuat oleh individu atau kumpulan . Pernyataan statistik adalah digunakan
sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang penting.

Pertama, statistik merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada


sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi.
Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan
taburan yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai contoh, penyelidik
menggunakan taburan t untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada
statistik-t di dalam menganalisis data.

Berikut merupakan beberapa penggunaan yang biasa bagi perkataan


statistik:

a. Sains yang memungut, menganalisis, mentafsir dan


mempersembahkan data.
b. Cabang metematik
c. Kursus pengajian
d. Kenyataan dan angka
e. Pengukuran yang diambil dari sampel
f. Jenis taburan yang digunakan untuk menganalisis data.
Analisis korelasi

Analisis korelasi digunakan bagi menentukan hubungan dan kekuatan hubungan


antara dua pembolehubah . Ini dilakukan dengan menghitung pekali korelasi .
Pekali korelasi Pearson dihitung seperti berikut :

n
[ n x ( x ) ] [ y ( y ) ]
2 2 2 2

n xyx y
r=

Nilai r melambangkan kekuatan hubungan antara dua pembolehubah. Jika nilai r


menghampiri +1, menunjukkan hubungan positif yang kuat. Manakala jika nilai r
menghampiri -1, menunjukkan hubungan negatif yang kuat. Dengan kata lain
hubungan positif bermaksud hubungan terus, manakala hubungan negatif
bermaksud hubungan arah songsang. Sekiranya nilai r menghampiri 0, maka kita
katakan tiada hubungan antara dua pembolehubah. Kekuatan hubungan, iaitu
nilai r boleh digambarkan seperti berikut:

-1 0 1
Hubungan negatif yang Tiada Hubungan positif yang
kuat Hubungan kuat
4 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dilakukan melalui soal selidik dengan mengedarkan satu borang
kepada pelajar IPG kampus Ilmu Khas untuk memilih aktiviti yang gemar dilakukan
pada waktu lapang terutamanya di masa petang. Selain daripada itu, membolehkan
kami untuk membuat analisis tentang aktiviti-aktiviti yang digemari oleh para pelajar.
Borang soal selidik telah diedarkan oleh kami sekumpulan di semua jabatan.
Tindak balas mengisi borang adalah sangat positif untuk menyatakan aktiviti
yang gemar mereka lakukan pada waktu petang. Dengan itu, borang soal selidik
yang diedarkan memudahkan kami untuk membuat kajian dan jadual mengenai
aktiviti-aktiviti yang berkenaan.
Tujuan borang soal selidik ini dilakukan adalah untuk membuat analisis
mengenai aktiviti-aktiviti pelajar IPG kampus Ilmu Khas pada waktu petang. Selain
itu juga, dengan adanya jadual dan analisis mengenai aktiviti-aktiviti tersebut,
sesetengah pihak dapat mengambil langkah dan inisiatif dalam menambah baik
ataupun membaiki kelemahan-kelemahan yang ada.
5 KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT

a. Kaedah pengumpulan maklumat

Dalam tugasan matematik statistik ini, kami dikehendaki untuk membuat analisis dengan
menggunakan kaedah borang kaji selidik. Apa yang dikatakan dengan penyelidikan adalah
tugasan dalam menyediakan satu soal slidik untuk tujuan pengumpulan data. Borang soal
selidik yang dibuat dinilai oleh beberapa responden bagi mengenal pasti kesilapan pada
soalan dan bahasa yang digunakan. Setelah kesalahan pada soalan dan bahasa dikenal
pasti, maka pembetulan akan dibuat.

Secara umumnya, borang soal selidik yang telah kami lakukan merangkumi bebarapa
bahagian yang merangkumi perkara-perkara berikut :

Bahagian A : Tajuk borang soal selidik

Bahaian B : pengenalan terhadap borang kaji selidik

Bahgian C : Arahan

Bahagian D : Pilihan aktiviti

Bahagian E : Cadangan ataupun komen

Pihak responden dikehendaki untuk memilih satu daripada aktiviti yang disenaraikan
dengan menandakannya mengikut arahan yang diberikan. Secara amnya, data yang akan
dikumpulkan dalam penyelidikan ini boleh diklasifikasikan kepada dua keadaan iaitu sumber
skunder dan sumber primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian yang dibuat.
Walaubagaimanapun, penelitian dan pemilihan ke atas data yang dikumpulkan perlu
dilakukan secara terperinci disebabkan tidak semua data-data tersebut digunakan.

Borang soal selidik yang telah disediakan diedarkan kepada responden yang
berkaitan melalui pos dan serahan tangan. Tempoh masa yang diambil bagi penghantaran
dan pengumpulan balik borang soal selidik adalah lingkungan dua bulan, tetapi kumpulan
kami hanya mengambil masa selama seminggu sahaja untuk membuat borang kaji selidik
kerana ingin membuat anilisis secepat mungkin dan akan dihantar pada pensyarah.
Sebanyak 60 responden dapat dikumpul berdasarkan borang soal selidik yang berjaya kami
selidiki. Responden adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berada didalam IPG
Kampus Ilmu Khas sahaja.

Setelah itu, data-data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dikumpulkan serta
disusun untuk tujuan analisis. Data-data tersebut dibahagikan mengikut kategori atau jenis
yang sesuai.Selepas itu, komputer akan digunakan untuk proses analisis data bagi tujuan
mendapatkan kekerapan, purata dan peratusan sepertimana yang diarahkan untuk tugasan
yang diberikan.

Penganalisisan data bertujuan untuk memperolehi maklumat yang berguna bagi


mencapai objektif penyelidikan. Biasanya, data-data akan dianalisis dengan menggunakan
kaedah statistik seperti kekerapan, purata dan peratusan yang terdapat dalam perisian
komputer tertentu. Antara perisian komputer yang digunakan untuk tujuan penganalisisan ini
ialah statistical package for social science (SPSS).

Secara amnya, analisis bagi data yang dikumpulkan dibahagi kepada dua bahagian
iaitu analisis awalan dan analisis terperinci. Analisis awalan meliputi analisis terhadap latar
belakang responden, manakala analisis terperinci pula akan dibuat terhadap masalah-
masala yang akan dihadapi oleh pihak responden untuk tujuan penyelidikan yang
dijalankan.

Pada umumnya, terdapat pelbagai kaedah statistik dan matematik yang boleh
diaplikasikan untuk tujuan penganalisisan data, misalnya kaedah kolerasi, penetuan min
atau purata, penentuan sisihan piawaian dan sebagainya. Akhir sekali, perisian komputer
digunakan dalam proses penganalisisan. Antara perisian komputer yang digunakan bagi
proses analisis data-data yang dikumpulkan. Hasilnya, lihat pada analisis data dan juga
perbincangan yang telah dibuat.

Anda mungkin juga menyukai