Anda di halaman 1dari 2

Refleksi penyeliaan

pertama

Pada 09 Februari 2012, pengajaran dan pembelajaran saya telah dipantau oleh
pensyarah pemimbing En. Mohd Faizal bin Hassan. Ini adalah penyeliaan yang
pertama beliau. Beliau telah memantau bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Hari ini
saya mengajar kemahiran nombor 23.Perkataan KVKK + KVKK bagi murid tahun 3.

En.Faizal telah memberikan beberapa idea untuk menjalankan pengajaran dan


pembelajaran dengan berkesan. Beliau telah memberikan banyak pendapat dan
komen terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. Beliau menyatakan kelebihan
dan kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya.

Pertamanya, saya memulakan set induksi dengan belun. Saya memberikan


belun yang mengandungi kad suku kata KVKK kepada murid. Murid pecahkan belun
untuk mendapatkan kad suku kata terebut. Setelah mendapat suku kata mereka
menggabungkan suku kata tersebut supaya menjadikan satu perkataan KVKK +
KVKK. Mengikut pandangan pensyarah, set induksi saya telah dapat menarik minat
murid. Murid-murid seronok dalam memecahkan belun. Namun terdapat juga
kelemahan pada bahagian ini. Beliau mengatakan bahawa cara menggabungkan
perkataan tersebut kurang jelas serta kurang menarik. Selain itu, beliau berpendapat
bahawa permulaan saya agak serius. Hal ini disebabkan cara komunikasi saya
kurang mesra.

Seterusnya dalam langkah 1, saya menggunakan komputer riba dan kad


gambar bagi mengenalkan perkataan KVKK + KVKK. Murid-murid telah berminat
dan berseronok dengan penggunaan komputer riba. Hal ini kerana, mereka
diberikan peluang untuk mengurus komputer dengan sendiri. Kelebihannya adalah
mengutamakan penglibatan murid dalam setiap aktiviti dijalankan. Namun terdapat
juga beberapa kekurangan pada bahagian ini. Antaranya, sumber pengajaran akan
menjadi lebih menarik dan bermakna jika menggunakan bahan-bahan sebenar.
Terdapat gambar yang dipaparkan adalah kurang jelas. Hal ini demikian kerana,
mereka dapat melihat benda-benda tersebut secara visual.
Seterusnya sebagai aktiviti pengukuhan, saya telah menyediakan 2 aktiviti.
Aktiviti pertama adalah memadankan perkataan dengan gambar dalam bentuk daun
dan bunga. Aktiviti yang kedua adalah melengkapkan suku kata terakhir dalam
perkataan KVKK + KVKK. Murid murid terlibat dengan lebih aktif dalam kedua-dua
aktiviti tersebut. Akan tetapi, saya tidak menetapkan masa bagi menyiapkan aktiviti
tersebut. Pensayarah telah memberikan komen terhadap kesilapan tersebut. Beliau
menasihati saya supaya menetapkan masa semasa menjalankan aktiviti supaya
dapat mewujudkan persaingan dalam kalangan murid. Selain itu terdapat juga
kelemahan dalam aktiviti melengkapkan perkataan. Pensyarah berpendapat
bahawa, lebih efektif jika memberikan juga melengkapkan suku kata awal dalam
perkataan. Ia akan memberi peluang kepada murid untuk berfikir.

Kelebihan yang lain yang dikatakan oleh beliau adalah saya telah bagi
peluang kepada murid untuk menandakan hasil jawapan rakan semasa aktiviti
pengukuhan. Hal ini dapat membantu murid bagi menilai penguasaan murid dalam
pembelajaran. Justeru, lembaran kerja yang disediakan adalah sesuai dengan tahap
murid.

Kelemahan yang lain adalah, saya kurang memberikan peneguhan positif


kepada murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dari segi
penyediaan portfolio serta fail-fail pemulihan, masih tidak lengkap. Saya perlu
mengumpul dan menyediakan beberapa maklumat lagi untuk fail-fail tersebut.

Melalui penyeliaan ini saya telah berasa amat bersyukur kerana mendapat
banyak pengetahuan yang berfaedah tentang pengajaran dan pembelajaran
daripada pensayarah. Kelebihan-kelebihan dapat meningkatkan keyakinnan diri
saya dalam melaksanakan praktikum dengan sesungguhnya. Justeru, kelemahan-
kelemahan dapat membantu saya bagi menilai diri sendiri serta dapat
mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran saya.

Saya berasa yakin bahawa saya tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan


ini lagi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Saya juga akan
mengikuti nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh pensyarah guru pembimbing
saya supaya dapat merancang dan melaksanakan suatu pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai