Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat kami
menyiapkan Tugasan Projek bagi subjek Ekosistem dan Biodiversiti (SCE 3073) ini
dengan jayanya untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester tiga.

Pertama sekali, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan


kepada pensyarah subjek ini yang dihormati, En. Zakaria bin Sulaiman, pensyarah
daripada Jabatan Sains, IPG Kampus Sultan Mizan yang telah banyak memberi
semangat, dorongan dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberikan kerjasama, bantuan dan buah fikiran yang tak ternilai semasa menyiapkan
kerja kursus tugasan projek ini terutamanya rakan-rakan sekelas dalam menghasilkan
tugasan yang berkualiti dan berkesan.

Disamping itu, setinggitinggi penghargaan ditujukan kepada ibubapa kami dan


ahli keluarga yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dari segi sokongan
moral dan mendoakan kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, doa dan harapan saya semoga Tuhan dapat membalas setiap
bantuan yang telah diberikan samada secara langsung atau pun secara tidak langsung
sepanjang menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai tugasan ini. Semoga pada
masa akan datang pengalaman ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sebaik mungkin.
PENDAHULUAN

Pada semester ini saya telah diberikan tugasan projek bagi subjek Ekosistem dan
Biodiversiti (SCE 3073). Dalam kerja kurusus ini, saya telah diberikan tiga tugasan
utama. Tugasan pertama, saya diminta untuk membuat kajian dan pembentangan
terhadap tajuk yang dipilih menggunakan TMK yang disediakan. Pada tugasan kedua
iaitu penulisan esei, saya perlu memilih salah satu daripada tumbuhan herba.
Berdasarkan tumbuhan yang dipilih, saya diminta untuk memberi pandangan atau idea
yang boleh diaplikasikan dalam memelihara spesies tumbuhan supaya kekal untuk
masa akan datang dan menghuraikan kepentingan harian herba tersebut.

Seterusnya, tugasan yang ketiga pula merupakan tugasan amali. Saya perlu
merancang dan menjalankan amali serta membuat laporan dapatan amali secara
terperinci. Kerja kursus ini juga telah dapat menilai semua hasil pembelajaran yang
saya alami sewaktu pengajaran dan pembelajaran yang di lakukan oleh pensyarah
subjek, iaitu Encik Zakaria.

Tugasan ini semestinya memerlukan pembacaan yang banyak dari pelbagai


sudut yang berbeza bagi mempelbagaikan idea dan hujah yang bernas. Tugasan ini
juga tidak kurang mencabarnya kerana tugasan ini banyak memperuntukkan fakta-fakta
daripada pelbagai sumber rujukan. Kepentingan bagi memastikan kanak-kanak
memahami benda mempunyai keperluan asas untuk meneruskan kehidupan dan
meningkatkan penguasaan dalam pengetahuan serta kemahiran kursus ini melalui kerja
amali. Oleh itu, saya diberi tanggungjawab untuk mengumpul, menelaah, dan mengkaji
dan seterusnya merekod dengan kritis kesemua aspek yang terdapat dalam tugasan
ini.
REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah


syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan projek bagi kursus
Ekosistem dan Biodiversiti (SCE3073) akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya
walaupun sebelum ini terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya telah
tempuhi untuk menyiapkan tugasan secara individu dan berkumpulan ini. Ucapan
setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Zakaria bin
Sulaiman, pensyarah pembimbing bagi kursus ini yang telah banyak memberikan
tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini kepada saya.

Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah
menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah memperolehi pengalaman secara
langsung untuk membuat eksperimen di makmal sains. Di sini, saya telah belajar
banyak perkara seperti merancang suatu eksperimen dengan lebih baik, cara untuk
membuat tempahan-tempahan radas dan bahan serta cara untuk mengendalikan radas
dan bahan semasa menjalankan eksperimen. Di samping itu, saya dapat memahami
prosedur-prosedur bagaimana seorang saintis bekerja. Perkara seperti ini amat penting
bagi saya sebagai bakal guru yang akan bersama dengan murid-murid kelak.

Di dalam tugasan yang seterusnya, pengetahuan baru yang saya perolehi ialah
membuat kajian dan pembentangan terhadap tajuk yang dipilih dengan menggunakan
TMK. Selaras dengan pembelajaran abad ke-21, saya telah meneroka dan belajar
pelbagai aplikasi-aplikasi baru selain daripada Power Point Presentation seperti Prezi,
Powtoon dan lain-lain. Sesungguhnya, aplikasi-aplikasi ini telah memberikan saya idea-
idea yang bernas untuk saya mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran di dalam
kelas nanti.
Selain itu, saya diminta untuk mengkaji tentang satu tumbuhan herba. Saya juga
diminta memberikan pandangan atau idea yang boleh diaplikasikan dalam memelihara
spesies (tumbuhan herba) yang dipilih supaya kekal untuk masa akan datang. Justeru
itu, saya telah memilih tumbuhan herba Kacip Fatimah. Saya telah mendapat pelbagai
informasi baru yang menarik tentang tumbuhan ini setelah membuat pencarian di
laman-laman sosial dan merujuk buku-buku di perpustakaan.

Di samping itu, ada satu nilai yang penting yang dapat saya pelajari dalam
menyempurnakan tugasan ini iaitu nilai kerjasama walaupun tugasan yang diberikan
secara individu. Saya sering melakukan perbincangan dan bertukar pendapat dengan
rakan sekelas untuk menyiapkan tugasan ini. Bergerak secara berkumpulan ini amat
memudahkan saya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugasan.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga beberapa masalah yang saya
hadapi bersama rakan-rakan mahupun secara individu. Antara masalah-masalah
tersebut ialah masalah mencari idea untuk membuat perbincangan dalam eksperimen
dan memilih tumbuhan herba. Saya memerlukan pelbagai perbincangan dengan rakan-
rakan untuk meyiapkan tugasan ini.

Kekangan masa yang singkat tidak dapat dinafikan juga dihadapi saya dari awal
tugasan diberikan lagi. Hal ini kerana, jadual yang begitu padat dengan aktiviti-aktiviti
semasa telah menyebabkan saya kesuntukan masa. Masa yang saya ambil agak
singkat menyebabkan saya terpaksa bekerja lebih sehingga lewat malam. Masalah
seterusnya yang turut kami hadapi ialah objektif tugasan tidak tercapai sehinggakan
saya terpaksa membaiki tugasan beberapa kali. Hal ini mungkin kerana saya tidak
membuat perancangan awal semasa membuat tugasan tersebut. Saya telah mendapat
pelbagai komen-komen daripada pensyarah dan rakan-rakan sekelas semasa
membentangkan kepada mereka. Komen-komen yang membina itu telah menyedarkan
saya akan kesalahan itu.

Hasil daripada masalah-masalah yang timbul ini, saya ingin mengemukakan


beberapa cadangan penambahbaikan bagi memudahkan pelaksanaan tugasan ini.
Pertamanya, saya perlu membuat persediaan awal untuk membuat tugasan tersebut.
Hal ini bagi memastikan objektif yang dihasratkan tercapai, tidak mengalami kekangan
masa dan dapat membuat perancangan yang baik. Bagi mengelakkan daripada
kesalahan-kesalahan kecil berulang seperti tertinggal satu kaedah dalam
melaksanakan eksperimen, saya perlu membuat lebih banyak perbincangan dengan
rakan-rakan mahupun pensyarah supaya tugasan yang dihasilkan lengkap.

Seterusnya, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan pendapat orang lain
serta berkongsi pendapat dan pandangan sepanjang saya melaksanakan kerja kursus
ini. Saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu memperbaiki
kelemahan saya dan meningkatkan mutu tugasan saya pada masa akan datang. Jika
saya diberi peluang untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada masa hadapan,
saya akan menghasilkan tugasan kerja ini dengan lebih menarik dan berkualiti. Saya
akan memahirkan diri saya dengan teknik mencari maklumat, membuat huraian,
membuat ulasan kritikal dan sebagainya supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang
lebih memuaskan.

Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus ini. Saya
berharap pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu baru tentang kemahiran-kemahiran
sains yang telah diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai satu anjakan yang positif
kepada saya untuk menjadi guru yang kompeten. Saya berasa bersyukur dan berpuas
hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Sekian terima kasih.
TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK (JSU)

Anda mungkin juga menyukai