Anda di halaman 1dari 4

Dua konsep pembelajaran berasaskan projek.

- merupakan model pendidikan yang mengutamakan projek dalam pengajaran


dan pembelajaran

- satu kaedah instruksional yang membenarkan pelajar membina kemahiran


dan mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik
hands on.
- satu kaedah pengajaran yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran
melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelesaikan persoalan dunia
sebenar yang akhirnya akan menghasilkan suatu output pembelajaran

Keperluan pembelajaran berasaskan projek dilaksanakan oleh guru Sejarah.


- menyusun pengetahuannya sendiri
- membantu membina kemahiran dan keterampilan
- melahirkan pelajar yang boleh menghadapi dunia abad ke 21
- aplikasi pengetahuan di luar bilik darjah
- pembelajaran bermakna dan kontekstual

Ciri pembelajaran berasaskan projek.


- berasaskan soalan yang bermakna
- menggalakkan pelajar berfikir secara mendalam
- mencambah perasaan ingin tahu
- dekat dengan konteks dunia sebenar
- penghasilan satu produk pada akhir pembelajaran
- mengintegrasikan teknologi, maklumat dan komunikasi
- dilaksanakan secara berkumpulan

Kelebihan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sejarah.

- membantu mempertingkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran


- membantu membangun dan menilai kemahiran pelajar menghadapi isu dan
amalan dunia sebenar
- memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan, semangat setiakawan dan
belajar untuk memperkukuhkan motivasi individu serta kumpulan
- pengajaran dan pembelajaran sistematik
- pentaksiran yang sahih
- berorientasikan tugasan dan hasil
Bentuk-bentuk projek yang boleh dilaksanakan oleh pelajar melalui pembelajaran berasaskan projek
ini.
- projek keceriaan
- buku skrap
- brosur
- portfolio
- sudut pembelajaran
- persembahan budaya
- pementasan
- kempen kesedaran
- pameran
- kajian kes
- khidmat masyarakat
- lawatan

Aspek-aspek penting semasa melaksanakan kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah.

- kajian kes berdasarkan cerita atau peristiwa bagi menjawab beberapa


persoalan

- memahami persoalan berdasarkan petikan cerita atau peristiwa yang


terkandung dalam kurikulum sejarah
- mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah tentang perkara yang hendak
diselesaikan
- mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan dengan cara menganalisis,
menaakul dan empati untuk menjelaskan masalah tersebut
- membuat rumusan dan menyatakan pengajaran yang diperolehi daripada
maklumat yang telah dianalisis

Strategi membina idea dalam projek lawatan yang dilakukan oleh guru dan pelajar.

- matlamat
- peranan
- kumpulan sasaran
- set tugasan dan penyelesaian
- hasilan
- pentaksiran
Peranan guru semasa melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran
Sejarah.

- fasilitator iaitu memandu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan


membiarkan pelajar membuat keputusan sendiri
- penasihat iaitu membantu pelajar menyelesaikan masalah dan memberikan
cadangan pilihan
- penyokong iaitu memberi sokongan dan dokongan, menunjukkan rasa
tertarik dan sedia berbincang tentang idea pelajar
- pengurus iaitu memeriksa pencapaian pelajar, memberikan maklum balas
secara sistematik dan membimbing pelajar merancang kerja mereka
- penilai iaitu menilai dan mentaksir hasil pelajar dan tunjukkan bagaimana
hendak memperbaikinya

Rasional pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Sejarah.

Di antara rasional pembelajaran berasaskan projek dilaksanakan dalam mata


pelajaran sejarah ialah;
- membantu murid membina kemahiran dan beketerampilan menghadapi masyarakat
yang mengutamakan teknologi dan maklumat
- melahirkan murid yang boleh dunia abad ke 21
- pendedahan kepada kaedah pembelajaran berasaskan projek
- kemahiran menyelesaikan masalah
- pemupukan nilai-nilai murni melalui projek yang dilaksanakan

Kebaikan pembelajaran berasaskan projek kepada pelajar dengan memberikan contoh-contoh yang
sesuai.

Melalui pembelajaran berasaskan projek ini, pelajar boleh mendapat kebaikan iaitu;
- pelajar boleh berfikir di luar kotak
- boleh bekerja dalam kumpulan
- berpeluang untuk belajar dalam isu dan amalan dunia sebenar
- boleh memperolehi kemahiran pengurusan kendiri
- memperolehi kemahiran abad ke 21
- membantu pelajar dalam pembelajaran penyelesaian masalah dan komunikasi
- mengintegrasikan kurikulum, amalan dan isu masyarakat
- memenuhi cara dan keperluan pembelajaran yang pelbagai dalam kalangan pelajar
Pelan tindakan dalam melaksanakan projek lawatan.

Projek lawatan merupakan di antara bentuk pembelajaran berasaskan projek yang


biasa dilaksanakan oleh guru dan pelajar sejarah. Bagi memastikan projek lawatan
ini boleh dilaksanakan dengan jayanya, maka anda hendaklah memastika aspek-
aspek berikut dilakukan iaitu;
- menyediakan soalan-soalan penting
- membuat perancangan yang teliti dan terperinci sebelum, semasa dan selepas
lawatan
- membina penjadualan projek sebelum, semasa dan selepas lawatan
- pemantauan pelaksanaan lawatan
- pentaksiran semasa lawatan dijalankan
- penilaian selepas projek lawatan

Anda mungkin juga menyukai