Anda di halaman 1dari 7

FUNGSI ASAS PAKAIAN

• Keperluan asas untuk memberi perlindungan


kepada tubuh dari cuaca sejuk dan panas
• Memberi perlindungan daripada ancaman
bahaya dari persekitaran
• Mengawal suhu badan
• Sebagai perhiasan yang dapat menyerlahkan
penampilan seseorang dengan penuh keyakinan
dan keselesaan
Geografi

Teknologi Agama dan


kepercayaan

Faktor yang
mempengaruhi
rupa bentuk
pakaian

Ekonomi Sosial

Politik
GEOGRAFI
• Iklim seperti panas di kawasan tropika dan khatulistiwa
serta sejuk dan dingin di sesebuah tempat atau negara
mempengaruhi pemilihan rupa bentuk pakaian
• Pakaian dari fabrik yang mudah menyerap lembapan
dan pengalir haba yang baik seperti dari kapas, linen,
jut, sisal, rayon dan sutera sesuai untuk tempat bercuaca
panas disamping potongan pakaian yang longgar,
ringan, nipis dan sederhana adalah lebih selesa.
• Pakaian dari fabrik yang dapat mengekalkan suhu badan
seperti fabrik bulu kambing sesuai untuk tempat
beriklim sejuk disamping pakaian perlu tebal dan perlu
dilengkapkan dengan sarung tangan, topi dan mafela
untuk menahan diri dari kesejukan
• Pemakaian jubah dan hijab(penutup muka) adalah perlu
untuk mengelakkan angin mengandungi debu serta ribut
pasir khususnya yang tinggal di kawasan padang pasir.
PENDIDIKAN DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI
• Dengan adanya pendidikan yang berkaitan pakaian,
individu akan mempunyai pengetahuan dan
pandangan yang lebih luas terhadap fesyen,
pemilihan dan penjagaan pakaian sejajar dengan
perkembangan teknologi yang dapat mencipta dan
mengeluarkan pakaian siap dengan menggunakan
mesin-mesin industri yang canggih dan dapat
memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai.
• Teknologi komunikasi dapat menyalurkan
maklumat tentang perkembangan fesyen dalam dan
luar negara yang terkini.
• Kemajuan teknologi juga memberi pengetahuan dan
kemahiran dalam memperkenalkan teknik
pembuatan fabrik yang lebih baik dengan sistem
penjagaan yang lebih mudah dan ringkas.
SOSIAL DAN POLITIK
• Aktiviti bersosial seperti menghadiri majlis-majlis rasmi,
tidak rasmi atau berada di tempat-tempat tertentu
menyebabkan pemilihan pakaian perlu disesuaikan
dengan tujuan aktiviti tersebut diadakan sama ada
pakaian berkonsepkan formal, kasual atau separa
formal.
• Identiti seseorang juga dapat dikenali melalui
pemakaian pakaian seragam.
• Pakaian seseorang yang berlainan bangsa juga
melambangkan identiti budaya seseorang. Bagi
masyarakat pelbagai kaum, pakaian tersebut menjadi
alat komunikasi dan interaksi dengan berkongsi budaya
dalam aspek pemakaian pakaian sama ada tradisional
atau moden.
• Di sesetengah negara, pemerintahnya menentukan cara
pemakaian rakyatnya.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
• Ajaran agama dan kepercayaan juga
mempengaruhi pemilihan pakaian contohnya
bagi orang Islam lebih sopan dan menutup aurat
untuk menunaikan kewajipannya manakala
pengantu agama lain seperti Kristian, Buddha
atau Hindu mempunyai ketetapan pakaian
masing-masing.
• Pilihan warna seperti putih, hitam, merah,
kuning dan hijau juga memberi pengertian
mengikut keadaan dan situasi tertentu.
EKONOMI DAN SUMBER KELUARGA
• Cara seseorang itu berpakaian dapat menunjukkan
status ekonominya. Contohnya, seseorang yang
berpendapatan baik akan memilih pakaian yang
berjenama dari fabrik yang baik, stail yang menarik
dan kuantiti yang banyak. Sebaliknya seseorang
yang berpendapatan rendah lebih berjimat dan
membeli ikut keperluan.
• Ekonomi sesebuah negara juga boleh
memperlihatkan cara berpakaian rakyatnya.
Ekonomi negara yang baik dapat memberi peluang
kepada rakyat untuk menikmati taraf kehidupan
yang tinggi seterusnya dapat memiliki pakaian yang
baik.

Anda mungkin juga menyukai