Anda di halaman 1dari 13

4.

0 SENI REKA PAKAIAN

4.1 Faktor yang Mempengaruhi Rupa Bentuk Pakaian

4.1.1 Geografi
Pakaian tebal yang dibuat daripada fabrik bulu biri-biri atau kulit, sarung tangan, topi dan
mafela dipakai pada musim sejuk.
Pada musim panas pakaian longgar, nipis dan sederhana tebal di pakai untuk memberi
keseselesaan.
Mereka yang tinggal di kawasan pergunungan akan memakai paklcian tebal untuk
melindungkan diri daripada kesejukan dan angin.
Masyarakat padang pasir pula memakai jubah dan hijab untuk mengelakkan daripada debu
dan melindungkan daripada ribut.
Contoh pakaian yang dipengaruhi faktor geografi

4.1.2. Agama dan Kepercayaan


Wanita Islam menutup aurat untuk menunaikan kewajipannya.
Rahib perempuan dan paderi Kristian memakai pakaian putih atau kombinasi hitam
dan putih untuk melambangkan kesederhanaan.
Sami Hindu dan Buddhist memakai jubah berwarna soffron.
Kaum Cina memakai pakaian berwarna merah pada hari perkahwinan dan
menyambut tahun baru kerana mempercayai wama itu membawa tuah.
Pakaian yang dipengaruhi ajaran agama dan kepercayaan

4.1.3 Sosial
Terdapat perbezaan stail pakaian di antara wanita dan lelaki tetapi masa kini, keadaan telah
berubah, pakaian uniseks seperti seluar dan kemeja telah dipakai oleh kedua-dua jantina.
Status pendidikan juga mempengaruhi cara seseorang berpakaian. Mereka yang
berpendidikan tinggi mempunyai pengetahuan yang luas dan bersikap lebih terbuka, peka dan
teliti ketika memilih pakaiannya.

4.1.4 Politik
Terdapat negara, pemerintahnya menentukan cara rakyatnya berpakaian, contohnya

semasa pemerintahan MaoTse Tung, rakyat Cina memakai pakaian berkolar Mandarin dan
berwarna muram.
4.1.5. Ekonomi
Mereka yang bendapatan tinggi membeli lebih banyak pakaian yang eksklusif manakala
berpendapatan rendah perlu berjimat dan membeli pakaian semasa promosi atau dengan
menjahit sendiri.
Negara maju, rakyatnya dapat menikmati taraf kehidupan yang tinggi. Ini dapat dilihat
secara tidak langsung dengan jenis pakaian yang dipakai oleh rakyatnya. Lebih banyak fabrik
berkualiti dan aksesori berjenama dijual.
Ekonomi lembab menjejaskan taraf kehidupan rakyat. Situasi ini boleh dilihat melalui
pakaian yang usang dan pudar.
6. Teknologi
Sistem komunikasi yang canggih membolehkan maklumat disebar dengan pantas.
Kita dapat mengikuti perkembangan fesyen melalui media masa bercetak dan elektronik
seperti surat khabar, majalah dan televisyen. Melalui teknologi, fabrik gentian buatan manusia
boleh dihasilkan untuk menyerupai fabrik gentian asli seperti sutera dan linen.
Contohnya semasa sukan Olimpik 2000 di Sydney, perenangnya menggayakan stail pakaian
renang yang dipercayai dapat mengurangkan geseran dan menambahkan kelajuan perenang.

4.2 Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Pakaian


1. Bentuk badan
Semasa memilih pakaian, kita perlu sesuaikan stail pakaian dengan bentuk badan supaya
kita dapat menyembunyikan bahagian badan yang kurang menarik.
2. Pekerjaan
Perunding imej dan pakar kecantikan mementingkan imej dan rupa mereka. Pakaian yang
kemas dan kelihatan profesional seperti sut menjadi pilihan mereka.
Pekerjaan seperti pelukis atau jurugambar memerlukan pakaian yang ringkas dan kasual.
Pensyarah dan guru memilih pakaian yang sopan semasa menjalankan tugas mereka.
3. Gaya hidup

Seseorang yang sentiasa sibuk dengan tugas dan urusannya memerlukan pakaian yang

mudah dijaga.
Mereka yang kerap menghadiri majlis makan rasmi perlu menyediakan pakaian

formal.
Individu yang suka bersenam akan menyediakan pakaian riadah.
Mereka yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti akan menyediakan pakaian yang
sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
4. Masa dan tempat

Kita perlu menyesuaikan pakaian dengan masa dan tempat di mana kita berada.
Contohnya pakaian ringkas dan kasual iaitu blaus dan seluar sesuai dipakai semasa

berkelah atau bersiar- siar.


Pakaian yang dihiaskan dengan labuci atau manik amat menarik pada jamuan malam.
Pakaian yang sopan dan tidak terlalu terang warnanya sesuai untuk menghadiri
temuduga.

5. Pendapatan dan kemampuan

Kualiti serta jumlah pakaian seseorang bergantung kepada kemampuannya untuk berbelanja
terhadap pakaian.

4.3 ELEMEN ASAS SENIREKA


A. Garisan dan Rupa Bentuk
Garisan adalah elemen penting dalam rekaan kerana ia memberi efek tertentu kepada
pemakai. Garisan seperti garis leher, keruk lengan,garis pinggang dan garis kelepet berfungsi
sebagai pembahagi kepada bentuk dan ruang pakaian. la membuat sesuatu rekaan lebih
menarik dan terserlah.
Rupa bentuk ialah garis luar bentuk badan dan berkait rapat dengan bentuk luar pakaian atau
dipanggil Silhouette.

Penggunaan
Silhouette atau garis bentuk pakaian

garis

dalam

pakaian

B. Rupa Bentuk

Bentuk ramping atau glass hour

Bentuk lurus atau potongan pensel/ slim

line

Bentuk loceng atau bell

Bentuk payung atau full

C. Garisan Lurus
la boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
Mendatar
Garisan ini dibuat merentasi pakaian. Ia membuat pemakai kelihatan lebih pendek dan lebih
besar/lebar.
Menegak
Garisan ini dibuat dari atas ke bawah pada pakaian. Ia akan membuat pemakai kelihatan lebih
tinggi dan kurus serta langsing.
Menyerong
Garisan ini dibuat dari satu titik ke satu titik yang lain pada pakaian yang tidak selari dengan
garisan melintang atau menegak. Garisan ini menambahkan pergerakan dan tarikan kepada
pakaian. Ia memberi efek yang berlainan jika dibuat terlalu mendatar atau terlalu menegak.

Garisan menegak

Menyerong

Melengkung

Mendatar

D. Tekstur
Tekstur ialah rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada fabrik. Pilihan tekstur fabrik
yang sesuai dapat menghasilkan rekaan pakaian yang elok, selesa dipakai dan baik drepnya.
E. Warna
Warna adalah elemen yang positif yang memberi pelbagai erti dan boleh mempengaruhi
perasaan seseorang.
Warna terbahagi tiga jenis iaitu:
i. Warna Asas / Primer
ii. Warna Kedua / sekunder
iii. Warna ketiga /Tertier

Roda Warna

4.4 PRINSIP SENIREKA


Prinsip seni reka melibatkan elemen-elemen seperti garisan, ruang, bentuk, tekstur dan
warna.
Lima prinsip seni reka
1. Perkadaran
Perkadaran ialah kadar bandingan saiz, jarak, jumlah bahagian pakaian dengan keseluruhan
bahagian pakaian. Pada asasnya, perbandingan perkadaran boleh disesuaikan dengan salah
satu atau kesemua tahap.
2. Keseimbangan
Keseimbangan ialah penekanan pada dua bahagian tertentu sama ada kiri dan kanan atau atas
dan bawah.
a) Keseimbangan simetri (formal)
Reka bentuk pakaian yang sama pada bahagian kiri dan kanan. Sebagai contoh,
kocek yang terdapat pada bahagian kiri dan kanan pakaian atau garis puteri yang sama
digunakan pada kedua-dua belah rusuk baju.

b) Keseimbangan asimetri
Sesuai untuk bentuk badan yang tidak seimbang.
Contohnya bahagian pinggul kecil tetapi mempunyai bahagian dada yang besar

3. Penumpuan
Penumpuan dibuat pada pakaian untuk menarik perhatian kepada sesuatu rekaan stail
pakaian.
Penumpuan melibatkan pertambahan saiz lapisan yang sama bentuknya secara
beransur-ansur tetapi berpusat kepada satu titik yang sama.

Penumpuan dan elemen garisan

Penumpuan pada bahagian tengah pakaian


4. Pengulangan
Proses penggunaan elemen seperti garisan, ruang, bentuk, tekstur dan warna yang sama
lebih daripada sekali yang disusun berulang-ulang pada kedudukan yang berbeza.
la bertujuan untuk memberi penekanan kepada arah tumpuan penglihatan.

Pengulangan warna yang sama pada bahagian kolar dan pinggang

Ruang garisan mendatar yang seragam

Ruang garisan mendatar yang tidak seragam

5. Perpaduan
Perpaduan ialah suatu rasa kesempurnaan dan kepuasan pada keseluruhan rekaan
pakaian. la berhubung kait dengan pakaian yang menarik, berkualiti dan unik. Dalam
seni reka pakaian, perpaduan boleh wujud pada sesuatu bahagian pakaian.

Perpaduan antara pakaian dengan aksesori pakaian

Perpaduan antara pakaian dengan pemakai

Anda mungkin juga menyukai