Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN MODUL 1

DASAR DAN HALA TUJU

Soalan 1 : Bagaimana seseorang pemimpin dapat


menjadikan budaya berfikiran strategik sebagai elemen
yang mampu meningkatkan prestasi sekolahnya ? ( 30m)
Pemikiran strategik adalah satu kemahiran kritikal pengurusan. Ia
adalah keupayaan untuk mengakses program dan lihat bagaimana
ia mengekalkan matlamat-matlamatnya.

Pemikiran strategik juga adalah keupayaan untuk melepaskan isu-


isu hari ini dan meletakkan diri sendiri di dalam masa depan.
Keupayaan melukis rupa bentuk sasaran masa depan yang
diinginkan melangkaui pengalaman hari ini. ia juga merupakan
kebolehan meramal kehendak atau keperluan organisasi pada masa
hadapan. Sebagai pemimpin, seharusnya kita bertanggungjawab
untuk mempengaruhi warga organisasi supaya memenuhi
kepentingan masa hadapan. Antara elemen berfikiran strategic yang
utama ialah jangka panjang, ketidakpastian, mencapah, tidak
lengkap, mengatasi linear dan menganggu penyelarasan. Tiga
perkara penting dalam berfikiran strategic ialah big , deep dan long.

Big (luas) ialah persoalan adakah kita faham bagaimana kita


berhubung dan berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran luar.
Deep (dalam) merupakan persoalan sedalam mana kita menyoal
cara kita beroperasi, adakah kita bekerja berdasarkan interpretasi
pengalaman lalu dan jangkauan masa depan dan adakah jangkaan
kita hari ini valid dengan masa depan. Long (jauh) pula
mengutarakan persoalan sejauhmana kita melihat masa hadapan
dan adakah kita memahami alternative organisasi kita pada masa
hadapan.
Untuk meningkatkan prestasi sekolah, seharusnya seorang
pemimpin menjadikan budaya berfikiran strategic sebagai elemen
penting. Ini kerana berfikiran strategic akan memudahkan perkara
yang sukar, memaksakita bertanyakan soalan yang betul, lebih
focus, menyediakan kita pada hari esok, mengurangkan margin
kesilapan dan memberi kita pengaruh atas orang lain.

Dalam menerajui sekolah, seorang pemimpin perlu mempunyai


kompetensi berfikiran strategik. Pemikiran strategik mengambil kira
tentang kompetensi dan kemahiran yang ada untuk menjana
kecemerlangan sekolah. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran
yang boleh memberi peluang kepada sekolah untuk berjaya.
Contohnya visi sekolah ialah SK Padang Batu akan melahirkan
pelajar yang cemerlang pada tahun 2020. Visi dibuat pada tahun
2015. Dalam tempoh 3 tahun lagi dijangkakan sekolah
dapat melahirkan pelajar cemerlang. Di sini jelas bahawa guru
besar telah berfikir secara strategik meletakkan kedudukan sekolah
pada masa depan mengikut apa yang diimpikan. Selain dari itu
berfikiran strategik membolehkan seorang pemimpin organisasi
berfikiran secara terbuka, berani menerima perubahan, pemikiran
yang bersistem dan sentiasa berfikir di luar kotak bagi mencapai
matlamat organisasi. Sentiasa optimis dalam membuat matlamat
masa depan dan sentiasa pihatin tentang apa yang berlaku
disekeliling sama ada di dalam atau pringkat global.

Rasionalnya, pemikiran strategik adalah asas kepada pengurusan


strategik yang mempunyai kesan positif dalam membantu
pengurus-pengurus untuk menerajui organisasi bagi mencapai
matlamat secara efektif dan kecemerlangan organisasi.

Justeru itu, setiap organisasi wajar memberi latihan, kursus dan


bimbingan dalam isu pemikiran strategik bagi mencapai tujuan
berikut:-
Memberi pendedahan mengenai pemikiran strategik di dalam
aspek pengurusan

Mempelajari kemahiran dan teknik pemikiran strategik

Meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan setiap


organisasi secara strategik

Soalan 2 : Berdasarkan contoh, jelaskan cara aktiviti pra


perancangan dilaksanakan dalam pembangunan pelan
kecemerlangan organisasi anda. (20m)

Perancangan Strategik Sekolah :


Memperkasa dan Melonjak Kecemerlangan SK Padang Batu
Bidang : Pengurusan Kurikulum
Fasa pertama : Proses Praperancangan

1. Guru Besar memberi taklimat kepada semua penolong kanan.


2. Mesyuarat Jawatankuasa Induk untuk membentuk
jawatankuasa kerja dan menjelaskan spesifikasi tugas setiap
jawatankuasa yang ditubuhkan.
3. Mengumpul semua mandat terbaru dan terkini dan membina
pelan kerja perancangan strategik.

Pelan Kerja Pembinaan Perancangan Strategik


BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
1 Penubuhan Jawatankuasa Induk 19 Guru
Ogos Besar
2016
2 Taklimat Perancangan Strategik sekolah 25 Guru
kepada Jawatankuasa kerja Ogos Besar
2016
3 Agihan tugas kepada guru-guru 26 JK Induk
Jawatankuasa Pelaksana Ogos
2016
4 Fasa Pertama 31 JK Induk
Proses Praperancangan Ogos JK Kerja
4.1 Latar belakang sekolah 2016 JK
4.1.1 Sejarah sekolah Pelaksana
4.1.2 Enrolmen murid hingga
4.1.3 Biodata pemimpin sekolah
4.1.4 Prestasi kurikulum dan kokurikulum 11
4.1.5 Kemudahan fizikal sekolah Septem
4.1.6 Pencapaian terbaik sekolah ber
2016

Soalan 3 : Berdasarkan contoh format tertentu, huraikan


hubung kait Petunjuk Prestasi Utama dengan hala tuju
organisasi.(20m)

Ket Performance Indicator (KPI) adalah satu sistem pengukuran yang


mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan
mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang
disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi
sesebuah organisasi ( PKPA Bil. 2/2005 ). Prinsip-prinsip KPI ialah
meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam
keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. KPI
adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi.

Ianya sangat perlu untuk memotivasi organisasi, iaitu mengukur


prestasi tinggi individu dan kumpulan serta mengukur perubahan
tabiat mereka dan memantau organisasi, iaitu mengukur kemajuan
strategi dan mengukur pemberian ganjaran secara adil dan memberi
pengiktirafan kepada program. Sistem pengukuran prestasi yang
baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai pengukuran
sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategik di
sekolah. Dengan adanya komitmen pihak sekolah terhadap
pengukuran, ia akan membentuk satu budaya yang mementingkan
pencapaian, iaitu setiap individu bekerja kuat untuk memacu ke
arah mencapai visi dan misi sekolah. Kegagalan menghasilkan
sistem pengukuran yang betul akan memberikan kesan yang tidak
baik kepada prestasi organisasi. Situasi ini akan menyebabkan
segala usaha ditumpukan kepada prestasi organisasi.

Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah


penting dan perlu dilaksanakan di sekolah. Pelbagai tuntutan
terhadap sekolah dalam amalan-amalan terbaik dalam pengurusan,
kecemerlangan akademik, sahsiah terpuji, disiplin yang baik,
kokurikulum, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain
memerlukan sekolah menggunakan strategi bijak yang berasaskan
prestasi. Ini bermakna KPI merupakan satu sistem pengukuran yang
mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan
mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang
disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi sesebuah
organisasi..
Secara keseluruhannya penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi
organisasi dapat difokuskan kepada tiga perkara utama iaitu:

i. Menjelaskan hala tuju organisasi ,melalui pembinaan KPI,


sesebuah organisasi dapat menyedari perkara-perkara penting yang
patut diberi perhatian dalam menjayakan misi dan visi organisasi.
Sistem pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran
yang jelas mengenai pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan
kepada perancangan strategik.

ii. Organisasi dapat memberikan tumpuan kepada bidang-


bidang utama kepada pihak berkepentingan ,ia membantu
organisasi menentukan tindakan yang perlu diambil terhadap
penghalang kepada keberkesanan sesuatu program. Dengan ini
teras kepada kecemerlangan dan keberkesanan dapat diberi
tumpuan.

iii. Menilai semula prestasi yang telah disasarkan ,tindakan


pembetulan serta penambahbaikan dapat dilaksanakan berdasarkan
petunjuk-petunjuk prestasi. Pemantapan prestasi boleh dilaksanakan
dengan membandingkan pencapaian masa lalu dengan prestasi
semasa serta menyasarkan prestasi pada masa akan datang.

Penggunaan petunjuk prestasi utama ( KPI ) merupakan satu amalan


yang harus diterapkan ke dalam budaya kerja yang berasaskan
prestasi. KPI adalah penting bagi memastikan tahap prestasi
tercapai seperti yang telah ditetapkan bagi memenuhi kehendak
pihak-pihak berkepentingan. Melalui penggunaan KPI tindakan
penambahbaikan secara berterusan dapat memenuhi kehendak
pelanggan.

Soalan 4 : Berdasarkan satu bidang pengurusan di sekolah,


jelaskan proses-proses yang perlu dilakukan untuk menjana
sesuatu strategi atau inisiatif bagi mencapai satu objektif
yang ditetapkan.(30m)

Bidang : Pengurusan kurikulum


Objektif :Meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris.

1. Analisis persekitaran (Analisis SWOT)


Analisis persekitaran dilakukan untuk mengenal pasti semua elemen
dalaman dan luaran yang boleh memberi kesan kepada prestasi
sekolah dan menilai tahap kekuatan, kelemahan, peluang dan
cabaran atau ancaman yang hadir. Alat mengumpul data bagi tujuan
analisis persekitaran yang dipilih adalah dengan analisis SWOT.
Analisis SWOT berkaitan bidang kurikulum dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris telah dijalankan.

2. Penjanaan Strategi ( TOWS Matriks)


TOWS Matriks digunakan untuk menjana strategi yang diperolehi
daripada Analisis SWOT. Ia mengambilkira faktor luaran dari segi
peluang dan ancaman serta faktor dalaman organisasi dari segi
peluang, kekuatan dan kelemahan. Kesemua aspek ini digabungkan
untuk menghasilkan beberapa strategi pilihan.

3 Matriks Ranking
Matriks Ranking adalah satu kaedah untuk menilai pelbagai idea
atau penyelesaian berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui
antara beberapa alternatif. Ia bertujuan untuk menentukan
keputusan yang perlu dibuat atau memilih strategi yang paling
signifikan daripada strategi yang telah dikumpulkan berdasarkan
pemberatan iaitu meliputi pelbagai aspek seperti kos dan aspek
kesesuaian masa.

4 Analisis Pemilihan Strategi


Proses pemilihan strategi dibuat dengan menggunakan Analisis
Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan. Tujuan penggunaan
kaedah ini ialah untuk menilai strategi yang perlu diberi keutamaan
dan paling berkesan sekiranya dilaksanakan melalui satu
perbincangan antara ahli-ahli panitia Bahasa Inggeris untuk memilih
satu strategi yang disenaraikan berdasarkan faktor penerimaan oleh
semua pihak dan kesesuaian masa, keperluan, kehendak serta kos
untuk dilaksanakan. Keutamaan strategi dapat diputuskan melalui
persetujuan secara kolektif oleh ahli-ahli panitia Bahasa Inggeris.
Kaedah matriks keputusan yang digunakan telah dapat menetapkan
strategi pilihan yang mengambilkira beberapa faktor keperluan
murid khususnya keberkesanan program terhadap pembelajaran
murid dalam Bahasa Inggeris.

5. Pelan Strategi
Dalam membina pelan strategik merangkumi pemilihan isu,
matlamat, objektif yang hendak dicapai dengan menetapkan KPI
sekolah, sasaran murid dan beberapa strategi yang sesuai untuk
dijanakan menjadi pilihan program yang berkesan.

6. Pelan Taktikal
Pelan taktikal merupakan perancangan jangka pendek dan akan
melalui proses kerja yang terancang mengikut tempoh masa yang
ditetapkan. Sekiranya program utama tidak dapat dilaksanakan
disebabkan oleh faktor-faktor menghalang maka satu pelan
kontigensi akan disediakan dan dipilih berasaskan program Bahasa
Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai