Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN KES : Seorang murid Tahun 5

JANTINA : Perempuan

CARA DATANG : Datang sendiri

KES : Stres

Masalah

Masalah yang dihadapi oleh murid ini ialah stres kerana kurang keyakinan dalam diri
untuk menghadapi peperiksaan. Prestasinya dalam kelas menurun kerana dia tidak
dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya apabila guru mengajar. Dia juga sentiasa
berasa letih dan penat kerana tidak dapat tidur dan berehat dengan baik pada waktu
malam akibat perasaan bimbang dan risau yang berlebihan. Oleh itu, dia berasa
tertekan dan hilang semangat dan motivasi untuk belajar.

Teknik

Justeru itu, guru kaunseling telah memilih terapi muzik sebagai cara untuk membantu
klient tersebut untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Rasional

Terapi muzik diadakan bertujuan untuk membantu mengurangkan stres dan keresahan.
Mainan muzik yang lega dan lembut dapat mengimbangi keadaan emosi, fizikal,
kognitif/mental dan sosial seseorang. Antara kelebihan terapi muzik adalah berkesan
untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi
muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik
membantu klien yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta
menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan
perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Di samping itu, klien juga dapat
mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan
menyelesaikan konflik mereka. Justeru, dalam masalah ini guru kauseling menggunakan
muzik untuk mengalihkan stres dan keresahan muridnya terlebih dahulu sebelum
membantu muridnya mengulang kaji.
Langkah-Langkah

1. Klien diminta menjelaskan perkara-perkara yang menyebabkan dia berfikir bahawa


dia mungkin tidak akan cemerlang dalam peperiksaan.
2. Guru kaunseling menyoal soalan yang bersesuaian untuk memahami masalah klien
dengan lebih mendalam.
3. Klien diminta mendengar muzik yang lembut dan lega yang dimainkan oleh guru
kaunseling untuk menenangkan fikiran.
4. Guru kaunseling berbincang mengenai cara klien belajar menghadapi peperiksaan.
5. Klien dicadangkan untuk mendengar muzik yang lembut bagi menghilangkan
kebimbangan.

RUMUSAN
Stres ialah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental
dan fizikal. Stres disebabkan oleh tekanan dalam diri atau dari luar seperti konflik
dengan orang lain. Stres boleh berpunca daripada kurang keyakinan diri, mudah
berputus asa, inginkan kesempurnaan, desakan untuk mendapat pujian dan takut
mengecewakan orang lain. Kesan daripada stres ialah tekanan perasaan, prestasi
pembelajaran menurun, mental dan fizikal mudah letih, hilang semangat dan
motivasi dan bersikap pesimis. Justeru, stres pula dihadapi dan ditangani dengan
baik. Oleh itu, terapi muzik merupakan salah satu terapi yang sesuai digunakan
untuk mengatasi masalah ini.,

Anda mungkin juga menyukai