Anda di halaman 1dari 2

Tan Teck Lee : Guru Kaunseling

Felicia Ang Fong Sin : Klien

Ang Keh Chuon : Pencerita/Pembentang

K : Selamat pagi cikgu.


GK : Selamat pagi. Apakah yang cikgu boleh bantu?
K : Cikgu, saya ingin berjumpa dengan cikgu untuk membincangkan masalah yang saya
hadapi.
GK : Oh boleh. Sebelum itu, cuba kamu perkenalkan diri kamu.
K : Nama saya Felicia, saya dari kelas 5 Hijau.
GK : Ok. Cuba kamu ceritakan masalah anda.
K : Cikgu, kebelakangan ini, saya tidak dapat fokus dalam kelas dengan baik. Apabila guru
mengajar, saya tidak dapat memberi perhatian kepada isi pengajaran yang
disampaikan oleh guru.
GK : Kamu tidak dapat memberi perhatian dengan baik dalam kelas.
K : Ya, cikgu. Saya berasa mudah letih dan sentiasa mengantuk apabila saya berada di
dalam darjah.
GK : Kamu rasa apakah yang menyebabkan kamu sentiasa berasa letih?
K : Saya tidak dapat tidur dengan bagus pada waktu malam. Banyak fikiran dalam otak
saya.
GK : Bolehkah kamu kongsikan dengan cikgu apa yang anda fikir?
K : Saya asyik berfikir tentang peperiksaan akhir tahun ini.
GK : Apakah perasaan kamu apabila kamu berfikir tentang peperiksaan itu?
K : Cikgu, saya amat risaulah. Saya bimbang saya akan gagal dalam peperiksaan.
GK : Cuba kamu jelaskan perasaan bimbang yang kamu mengalami itu.
K : Umm..saya berasa resah, cemas dan tegang apabila saya berfikir tentang peperiksaan
itu.
GK : Nampaknya Felicia mengalami stres kerana ingin mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan yang akan datang.
K : Ya, saya berasa tertekan sekali.. Saya kurang yakin dengan sendiri untuk mencapai
matlamat tersebut.
GK : Semasa cikgu belajar dulu, saya pun pernah berasa begitu tetapi yang penting adalah
kita pandai menangani stress ini.
K : Umm..saya tidak tahu la apa yang harus saya buat.
GK : Ok, sekarang cikgu ingin menjalankan satu tempoh sesi terapi muzik dengan Felicia.
Sesi ini akan mengambil masa lebih kurang 20 minit, boleh?
K : Boleh, apa yang perlu saya lakukan, cikgu?
GK : Kamu tidak perlu melakukan apa-apa. Sebelum itu, cikgu minta Felicia untuk berbaring
atau duduk dalam posisi selesa. Sekarang cikgu akan memainkan muzik, dan cikgu
minta Felicia untuk menutup mata dan mendengar muzik ini.
K : Ok. (berbaring dan menutup mata)
GK : (Muzik mula)
Cuba kamu relaks dan kosongkan minda.
Sekarang cikgu hendak kamu menarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas kamu
perlahan-lahan.
Terus fokus kepada pernafasan anda sambil mendengar muzik ini.
(Muzik tamat)
Kamu boleh buka mata anda sekarang.
K : (Buka mata)
GK : Adakah kamu suka muzik ini?
K : Ya, cikgu.
GK : Apakah perasaan kamu selepas terapi muzik sebentar tadi?
K : Saya berasa amat relaks dan tenang.
GK : Berdasarkan perkongsian kamu tadi, kamu bimbang kamu akan gagal dalam
peperiksaan. Oleh itu, cuba kamu fikirkan, adakah kamu membuat persediaan untuk
peperiksaan?
K : Ya, ada.
GK : Apa persediaan yang kamu lakukan?
K : Saya meluangkan masa selama 3 jam sehari untuk mengulang kaji. Selain itu, saya
juga mengikuti kelas tambahan sebanyak 3 kali seminggu.
GK : Nampaknya kamu ada membuat persediaan yang secukupnya.
K : Ya cikgu, tetapi saya masih akan berasa bimbang.
GK : Sekarang, cikgu mencadangkan kamu untuk mendengar muzik yang lembut apabila
kamu mengulang kaji kerana muzik yang lembut dapat membantu kamu menenangkan
keadaan emosi dan mental.
K : Baiklah, cikgu. Saya akan cuba untuk menggunakan cara ini semasa saya mengulang
kaji.
GK : Kita akan berjumpa lagi pada sesi yang seterusnya untuk melihat keberkesanan terapi
ini.

Anda mungkin juga menyukai