Anda di halaman 1dari 3

Latihan kata hubung

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
A tetapi B bahawa C supaya D kerana

2 Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.


A atau B hingga C dan D kecuali

3 Encik Mahendran berbual-baul dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya
untuk bermesyuarat.
A sementara B manakala C jika D kerana

4 Kakinya bengkak _____ disengat oleh seekor lebah.


A kerana B agar C tetapi D kalau

5 Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.


A dan B lalu C sambil D serta

6 Kenneth membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.


A sambil B manakala C atau D hingga

7 Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A jika B tetapi C walaupun D meskipun

8 Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas
hati.

A tetapi B kerana C kalau D malahan

9 Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.


A jikalau B ketika C lalu D agar
10 Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah
negara.

A seraya B dan C hingga D kecuali

11 Seng Yuk membuat laporan polis ______ mendapat kad pengenalannya hilang.

A sebelum B setelah C sungguhpun D kecuali

12 Setiap murid boleh memilih sama ada menyertai kelab Badminton _____ Kelab Olahraga

sebagai aktiviti kokurikulum mereka.

A dan B atau C serta D tatkala

13 Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ______ dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.

A malahan B dan C bahawa D kerana

14 Klinik itu beroperasi 18 jam setiap hari _____ hari Ahad.

A kecuali B atau C dan D selepas

15 Vishu minum empat gelas air _____ terlalu dahaga.

A meskipun B tetapi C kerana D supaya

16 Pekerja bengkel itu sedang membaiki kereta _____ pengurusnya sedang melayan pelanggan.

A bahawa B manakala C atau D sambil

17 Mesyuarat tergempal itu berlanjutan ______ ke tengah malam.

A selepas B sebelum C lalu D hingga

18 _______ Ji Han miskin, namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-sungguh demi

mencapai cita-citanya.

A Sungguhpun B sekiranya C Selepas D Ketika

19 John sekeluarga tidak dapat keluar dari tempat letak kereta itu _____ mereka belum

menjelaskan ticket bayaran.

A selagi B lalu C selepas D atau


20 Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.

A melainkan B semasa C seraya D agar

Anda mungkin juga menyukai