Anda di halaman 1dari 16

TERAPI MUZIK

NAMA NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN


CHEONG JIA YIN 940810-08-5182 2014151340003
CINDY LU 940323-13-5816 2014151340005
LING YEE KIONG 940109-13-5700 2014151340013
LIOW ZHI XIAN 940705-12-5672 2014151340014
NGUI MAY JIEH 940629-13-6168 2014151340017
PENGENALAN

Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional
yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan
taraf kesihatan mental dan fizikal. Terapi ini juga merupakan sesuatu usaha
meningkatkan kualiti fizikal dan mental dengan rangsangan suara yang terdiri daripada
melodi, ritma, harmoni, timber, bentuk dan gaya yang diorganisasi sedemikian rupa
sehingga tercipta muzik yang bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Muzik
memiliki kekuatan untuk mengubati penyakit dan meningkatkan kemampuan fikiran
seseorang. Ketika muzik diterapkan menjadi sebuah terapi, ia dapat meningkatkan,
memulihkan, dan memelihara kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

Sasaran murid dalam simulasi terapi ini adalah murid Tahun 6 yang akan
menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Bilangan sasaran
adalah seramai 20 orang. Kebanyakan murid Tahun 6 akan berasa sangat tertekan
sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Perasaan tekanan ini akan mempengaruhi
emosi murid-murid serta menimbulkan fikiran yang negatif. Emosi serta fikiran yang
negatif ini akan mempengaruhi segala keputusan murid-murid semasa peperiksaan
dijalankan. Isu-isu ini merupakan masalah yang ingin dituju dan diselesaikan dengan
menggunakan terapi muzik. Tujuan terapi muzik untuk murid Tahun 6 adalah bagi
membantu mereka menghilangkan tekanan serta menyenangkan hati mereka daripada
perasaan yang tegang sebelum peperiksaan. Murid-murid juga diharap agar dapat
berasa gembira dan lebih ceria untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan
datang.

Selain itu, aktiviti-aktiviti dalam terapi ini telah mendapat kebenaran daripada
pihak sekolah serta ibu bapa murid-murid Tahun 6. Semoga terapi muzik ini dapat
membantu murid-murid Tahun 6 untuk menghilangkan tekanan supaya tidak berasa
beban terhadap peperiksaan UPSR.
MATLAMAT TERAPI MUZIK

Terapi muzik mungkin kedengaran asing kepada sesetengah individu tetapi ia


sebenarnya berguna untuk meredakan tekanan akibat kekangan waktu kerja, tersepit
dalam pergolakan hidup berumahtangga ataupun stres menghadapi peperiksaan. Ia
adalah alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik
bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta
fizikal. Antara matlamat utama terapi jenis ini adalah untuk memulihkan kekuatan fizikal,
menyediakan klien dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan,
memberi sokongan emosi kepada klien dan keluarga mereka, serta memberi peluang
kepada mereka untuk meredakan ketegangan perasaan dan fikiran.

Melalui terapi muzik, pakar terapi akan menjalankan program muzik dengan
memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah
lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis
menggunakan muzik. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesakitan dan tekanan
yang sesak ditanggung oleh klien.

Selain itu, terapi muzik merupakan satu teknik klinikal dan evidence -based yang
dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Muzik adalah
satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya
getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik
boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya


boleh digunakan untuk mengurangkan penderitaan seseorang dalam mengurangkan
tekanan. Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik
muzik tertentu. Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di
seluruh dunia dan mereka sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama
yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser
dan juga AIDS.

Secara umumnya, objektif terapi muzik adalah untuk pengurusan tingkah laku,
meningkatkan penglahiran perasaan, harga diri, keupayaan dan kemajuan akademik
serta mengembangkan emosi. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai masalah
berkomunikasi, terapi ini juga dapat memudahkan komunikasi interpersonal dan
intrapersonal serta melatih pertuturan.

Sasaran untuk terapi muzik yang akan kami laksanakan pada kali ini adalah
untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR). Melalui terapi muzik yang diberi ini, kami berharap dapat
mengurangkan tekanan emosi yang mereka hadapi. Terapi muzik juga akan dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka. Seterusnya, mereka akan dapat
meningkatkan kemahiran bermuzik secara tidak langsung meningkatkan kemahiran
berseronok.

Peperiksaan UPSR merupakan satu ujian yang sangat penting. Murid-murid


sering mengulang kaji sampai lewat malam demi mendapatkan keputusan yang
cemerlang dalam UPSR. Selain itu, mereka juga akan menyertai banyak aktiviti
akademik selepas waktu persekolahan seperti kelas tuisyen dan kelas ulang kaji yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka akan berasa letih dan daya imunisasi badan
sudah semestinya akan turun disebabkan oleh keletihan dan kekurangan senaman. Ini
akan menyebabkan mereka mudah dijangkiti penyakit dan mempunyai pelbagai
masalah kesihatan. Intervensi yang dirancangan oleh kami ini dapat mengurangkan
kesakitan dan membantu pergerakan. Selain itu, ia juga mempunyai pengaruh positif
pada otot, menguatkan otot, lantas mengawal pergerakan fizikal.

Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai


berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat
menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat. Tetapi muzik boleh
menolong melahirkan proses tersebut. Gianna berpendapat bahawa cara yang paling
baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya ialah
melalui lagu yang disukainya iaitu Twinkle, twinkle, little star. Gianna mendapati
bahawa Josh dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-
huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja Clark. Di
sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang
lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya.

Jadi, terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan


suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga dapat melegakan keresahan,
kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu murid-murid UPSR yang
mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan
mereka sendiri. Melalui cara ini, mereka dapat melakukan perubahan yang positif
terhadap tingkah laku. Selain itu, mereka juga dapat mempraktikkan penyelesaian
masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau
migrain yang boleh berlaku kerana kekurangan tidur.

STRATEGI TERAPI MUZIK

Mengikut definisi American Music Theraphy Association, terapi muzik ialah


intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan
terapeutik yang dilaksanakan oleh terapis yang telah dilatih dan berjaya dalam program
terapi muzik yang diakui. Terapi muzik sesuai diaplikasikan untuk individu yang
menghadapi masalah komunikasi. Maka intervensi terapi muzik sesuai digunakan untuk
mengurus tekanan, memulihkan kesihatan, mengekpres perasaan, meningkatkan
ingatan, menambahbaikkan komunikasi dan menggalakkan pemulihan fizikal.

Kumpulan kami akan menjalankan simulasi terapi muzik dengan 20 orang (guru
pelatih unit muzik PISMP Semester 7) dan menggangap mereka sebagai murid berumur
Tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada
pendapat kami, murid-murid Tahun 6 akan berasa sangat tertekan kerana UPSR yang
akan diduduki itu amat penting dalam kehidupan mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana UPSR bukan sahaja menguji kefahaman murid-murid, tetapi juga akan
mempengaruhi pilihan sekolah menengah murid pada masa hadapan. Contohnya, jika
keputusan UPSR seseorang murid tidak begitu memuaskan, kemungkinan besar dia
akan ditolak pemohonan oleh sekolah menengah yang telah dimohon untuk
menyambung persekolahannya. Oleh itu, kumpulan kami telah merancang prosedur dan
aktiviti-aktiviti dalam terapi muzik supaya dapat membantu murid-murid untuk
mengurangkan tekanan berat mereka yang disebabkan oleh peperiksaan UPSR.

Aktiviti yang dirancang:

Simulasi terapi muzik yang telah kami rancang akan dijalankan dalam bentuk
kumpulan. Ini adalah bertujuan untuk melibatkan setiap murid dalam aktiviti yang telah
dirancang di samping mengawal disiplin kelas yang mempunyai bilangan murid yang
begitu banyak. Menurut Fleshman dan Fryrear (dalam Nystul, 2003), terapi muzik
merangkumi empat aktiviti, yang pertama ialah pengalaman rekreasi dan
berorientasikan hiburan bertujuan untuk memupuk proses sosialisasi. Terdapat 3
bahagian dalam terapi muzik yang telah kami rancangkan dan setiap terapi adalah
dalam bentuk hiburan. Setiap kumpulan mempunyai peluang untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti terapi muzik. Tempoh masa aktiviti dijalankan dalam setiap
bahagian adalah sepanjang 3:22 minit, iaitu masa durasi lagu Try Everything.

Selain itu, menurut Fleshman dan Flyrear (dalam Nystul, 2003) juga, kelompok
teraputik yang mendengar lagu adalah bertujuan untuk meningkatkan kejelekitan
kelompok. Pada pendapat kami, kejelekitan kelompok membawa maksud kerjasama
antara ahli kumpulan dalam sesuatu kumpulan. Dengan usaha mewujudkan kejelekitan
kelompok, kami telah menyediakan sebuah lagu untuk didengar oleh murid yang berada
di setiap bahagian terapi muzik. Lagu yan telah kami pilih ialah lagu Try Everything
oleh penyanyi yang bernama Shakira. Kami memilih lagu tersebut kerana ia mempunyai
tempo yang sesuai, iaitu tempo yang sederhana untuk menjalankan aktiviti dalam setiap
bahagian berdasarkan lagu. Bukan itu sahaja, nadanya adalah dalam nada major yang
bersifat terang serta kegembiraan dan sesuai untuk didengar oleh murid-murid.

Antara aktiviti terapi muzik yang akan dijalankan ialah aktiviti menepuk tangan
berdasarkan ritma lagu, aktiviti bermain ritma dengan menggunakan bahan-bahan
berdasarkan lagu dan aktiviti permainan batu berdasarkan lagu yang didengar.

a) Menepuk Tangan

Murid-murid akan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan


mempunyai 6 hingga 7 orang murid. Pada permulaannya, guru akan mengajar teknik
menepuk tangan sebelum aktiviti bermula. Guru akan mendemonstrasikan cara
menepuk tangan secara individu dan berpasangan. Selepas demonstrasi, murid akan
berlatih tepukan selama 1 minit. Selepas murid menguasai teknik menepuk tangan, guru
akan memulakan lagu. Murid akan menepuk tangan dengan pelbagai cara mengikut
ritma lagu yang didengar.
Dalam terapi muzik ini, murid diminta untuk menepuk tangan berdasarkan ritma
lagu yang didengar. Kami telah merancangkan aktiviti tepukan tangan dengan gabungan
antara dua jenis tepukan, iaitu tepukan individu dan tepukan berpasangan. Hal ini
dikatakan demikian kerana tepukan antara murid dapat menjamin kerjasama antara
murid dalam kumpulan. Contohnya, semasa mendengar lagu yang dimainkan, murid
haruslah menepuk tangan dengan cara yang betul dan menepuk tangan rakan yang
berada di sebelah untuk menghasilkan bunyi tepukan tangan. Ini amat memerlukan
persefahaman antara mereka. Kerjasama antara murid adalah penting untuk
menjayakan aktiviti ini. Penglibatan mereka secara aktif dalam aktiviti membolehkan
mereka meluahkan tekanan yang telah dihadapi. Bukan itu sahaja, hubungan mesra
yang telah diwujudkan antara murid juga dapat meningkatkan keupayaan untuk
mempercayai orang lain dan berhubung dengan orang lain semasa menghadapi
tekanan. Demikian, murid dapat mengalihkan tekanan yang sesak ditanggung oleh
mereka dengan menggunakan medium muzik.

b) Bermain Bahan-Bahan Mengikut Ritma Lagu

Dalam aktiviti ini, murid diperlukan untuk menggunakan bahan-bahan seperti


pensel, pembaris dan botol untuk menghasilkan bunyi mengikut lagu. Guru akan
memperkenalkan alat-alat yang boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi demi
mengiringi lagu yang dimainkan, iaitu lagu Try Everthing. Selepas guru memperkenalkan
alat-alat, demonstrasi akan ditunjukkan oleh guru kepada murid. Contohnya, guru
menggunakan sepasang pensel untuk mengetuk meja bagi menghasilkan bunyi.
Pelbagai warna ton dapat dihasilkan berdasarkan cara murid menggunakan alat-alat
untuk menghasilkan bunyi. Ini adalah bergantung kepada kreativiti murid.

Selain daripada melepaskan tekanan murid, tahap kreativiti murid juga dapat
ditingkatkan dalam aktiviti ini. Murid-murid boleh memainkan alat berdasarkan detik dan
ritma lagu, ataupun memainkan corak irama yang sesuai berdasarkan lagu yang
didengar. Contohnya, detik empat krocet boleh dimainkan oleh murid dalam meter
berempat. Murid boleh mencipta corak irama yang baru dan asal berdasarkan kreativiti
masing-masing. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2001), kreativiti adalah aktiviti buah
fikiran yang hasilkan peningkatan keberkesanan atau kecekapan kepada apa yang telah
sedia ada. Semasa guru mendemonstrasikan cara bermain alat, murid boleh
mengubahsuai dan menambahbaikan corak irama yang telah dimainkan oleh guru untuk
menghasilkan sesuatu corak irama yang baru. Pada pendapat kami, aktiviti terapi muzik
dalam bahagian ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja mewujudkan suasana yang
menyeronokkan, tetapi juga mengurangkan tekanan murid di samping meningkatkan
kreativiti murid-murid.

c) Permainan Batu (Obwisana)

Obwisana merupakan satu permainan yang berasal dari Afrika, Ghana. Kanak-
kanak membuat pergerakan tangan dengan batu yang berada di atas tangan sambil
menyanyikan lagu Obwisana. Kumpulan kami telah mengubahsuaikan permainan batu
Obwisana kepada permainan yang baru, di mana murid-murid tidak perlu menyanyikan
lagu Obwisana dan hanya perlu membuat pergerakan sahaja.

Pada mulanya, guru akan menerangkan cara permainan batu dijalankan.


Demonstrasi akan ditunjukkan oleh guru. Setiap murid akan mendapat dua biji batu
selepas penerangan guru tentang cara bermain permainan tersebut. Murid akan
berduduk dalam bulatan semasa permainan batu dijalankan. Semasa lagu dimulakan,
murid akan bermula membuat pergerakan tangan dengan batunya berada di tangan.
Lagu Try Everything mempunyai empat bit. Pada bit yang pertama, murid akan
memegang batu dengan kedua-dua belah tangan (Sila rujuk gambar 1). Pada bit yang
kedua, murid akan mengetuk kedua-dua batu di tangan antara satu sama lain (Sila rujuk
gambar 2). Manakala pada bit yang ketiga, murid akan mengetuk kedua-dua batu di
atas lantai dan pada bit yang keempat, murid akan meletakkan batu yang berada di
tangan kanan ke depan lantai kawan yang berada di sebelah kiri. Guru akan
memberikan arahan tentang pertukaran arah permainan tersebut. Contohnya, jika
berarah jam lawan, murid haruslah menyerahkan batu dari tangan kiri kepada kawan
yang berada di sebelah kanan dan meletakkan batu di atas lantai berhadapannya (Sila
rujuk rajah 2). Guru boleh memberikan arahan seperti pusing ke arah jam dan pusing ke
arah lawan jam untuk meningkatkan keseronokkan aktiviti.
Gambar 1: Cara memegang batu pada bit pertama

Gambar 2: Cara mengetuk batu pada bit kedua

Rajah 2: Cara menyerahkan batu

Dalam aktiviti ini, murid akan memberikan fokus yang sepenuhnya semasa
bermain permainan batu untuk menerima mesej dan arahan yang ingin disampaikan
oleh guru. Mereka dapat mengurangkan tekanan yang telah dihadapi kerana permainan
ini menggunakan konsep asas permainan tradisional Afrika yang menarik. Selain itu,
permainan ini juga melibatkan murid untuk mendengar lagu yang dimainkan oleh guru
untuk mengenalpasti bit dalam lagu demi melakukan pergerakan tangan. Muzik dan lagu
dapat menyenangkan diri khususnya mendengar lagu yang berharmoni dan
mendamaikan. Oleh itu, ketenangan dan kegembiraan dapat diwujudkan dengan
penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti terapi muzik bahagian ini.

PROSES PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TERAPI MUZIK

Kumpulan kami telah menjalankan satu simulasi terapi muzik bagi menepati
kewajipan kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3073). Dalam proses
ini, kami telah menganggap guru pelatih PISMP Semester 7 Unit Pendidikan Muzik
sebagai murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR). Dengan itu, Program Persediaan Psikologi telah dijalankan kepada
murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR untuk menyuntik
semangat mereka dalam membuat persediaan menjelang peperiksaan.

Menurut Khoo (2014), terapi muzik bertujuan untuk membantu, menjaga dan
relaks posisi badan keras. Permainan muzik yang lega dan lembut dapat mengimbangi
keadaan emosi, fizikal, kognitif dan sosial seseorang. Kami bersetuju untuk
menggunakan terapi muzik bagi mengimbangkan emosi yang tegang akibat daripada
pemikiran stres yang terpengaruhi oleh kebimbingan mendapat keputusan yang tidak
memuaskan dalam peperiksaan UPSR. Dalam analisis kes ini, kaunselor mendapati ia
adalah berkaitan dengan teori terapi rational emotif. Kebimbangan murid-murid terhadap
pencapaian dalam peperiksaan yang akan datang menyebabkan mereka menganggap
usaha yang dilakukan masih tidak mencukupi sehingga emosi mereka menjadi tegang
Keadaan ini akan mempengaruhi keputusan peperiksaan kelak.

Sebelum menjalankan terapi muzik ini, kami telah mendapat persetujuan


daripada pihak atasan iaitu guru besar dengan memberi consent form kepada beliau
agar membenarkan mereka menjalankan sesi terapi ini. Setelah itu, kaunselor
mengagihkan consent form kepada setiap guru kelas agar mereka menjelaskan tujuan
terapi ini kepada semua murid dan menyuruh murid-murid mendapat kebenaran
daripada ibu bapa untuk menyertai sesi terapi ini. Tempoh sesi terapi telah dinyatakan
dalam borang kebenaran tersebut. Segala latar belakang peserta terapi akan
dirahsiakan agar melindungi hak kesulitan maklumat klien. Berdasarkan bilangan murid
Tahun 6 sebanyak 20 orang, kaunselor membuat keputusan untuk menjalankan terapi
ini di dewan sekolah serta memohon kebenaran untuk menggunakan dewan daripada
pihak atasan.

Kaunselor mengatur prasesi untuk semua murid di dewan dengan menentukan


masa yang sesuai dan tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran murid-
murid. Tambahan pula, kaunselor menyemak semua rekod tentang murid-murid agar
memastikan kaedah yang digunakan dalam terapi muzik ini tidak bersifat mengancam.
Kaunselor juga membentuk suatu prosedur bersistematik yang dijadikan garis panduan
yang perlu dipatuhi oleh setiap klien sepanjang sesi terapi ini berlangsung. Dalam
proses prasesi ini, kaunselor telah merancang sesi terapi yang dapat memberikan
keselesaan, pemahaman tentang bentuk pertolongan dan tujuan sesi dijalankan.
Sehubungan itu, suasana dewan juga diberi perhatian di mana kebersihan dijaga
sepanjang sesi terapi dijalankan dan pencahayaan serta pengudaraan yang kondusif di
sekeliling murid. Hal ini adalah untuk memastikan semua klien mempunyai persekitaran
terapi yang selesa.

Aktiviti bermula dengan penjelasan kaunselor kepada klien tentang tujuan


menjalankan sesi terapi ini dan kesan sekiranya tekanan emosi seseorang individu tidak
dilepaskan. Kemudian, kaunselor menjelaskan prosedur terapi kepada murid-murid.

Prosedur aktiviti adalah seperti berikut:

1. Klien dibahagikan kepada 3 kumpulan.

2. Dalam kumpulan masing-masing, kumpulan 1 akan menggunakan batu


untuk membuat pergerakan, kumpulan 2 menggunakan sepasang pensel
sebagai alat perkusi dan kumpulan 3 menepuk tangan untuk mengiringi
lagu yang akan dimainkan.

3. Lagu yang ditentukan untuk terapi muzik ini adalah Try Everything. Lagu
ini dipilih adalah kerana genrenya yang lebih bersifat kekanakan dan
berancak.

4. Kaunselor memainkan lagu tersebut dan memaparkan lirik lagu serta


menyuruh klien untuk mendengar keseluruhan lagu yang akan dinyanyian
dan membuat pergerakan dengan penuh perhatian.
5. Kaunselor membimbing klien menyanyi lagu sambil membuat pergerakan
mengikut kumpulan dengan menggunakan batu, botol air dan pen serta
tepukan tangan.

Sepanjang aktiviti tersebut, kaunselor meronda dan memberi bantuan kepada


klien yang menghadapi masalah dalam membuat pergerakan dan menyanyi. Kaunselor
memberikan kontak mata, nada suara yang berintonasi dan berekspresi dan bahasa
badan yang memberi keyakinan kepada klien. Kaunselor juga memberikan ekspresi
muka yang bertenaga dan bermotivasi agar dapat memberi keyakinan yang maksimum
kepada semua klien untuk menjayakan aktiviti terapi sehingga mencapai tujuan terapi
ini.

Sebelum sesi ini ditamat, kaunselor mengagihkan boring soal selidik kepada
semua klien untuk menilai sesi terapi ini. Ini dapat membantu kaunselor dalam membuat
rekod mengenai perasaan dan pemikiran klien terhadap terapi yang telah dijalankan
tersebut. Kaunselor akan membuat rekod yang terperinci mengenai keseluruhan proses
yang dijalankan bagi memudahkan bahagian refleksi dijalankan. Kaunselor juga
memberitahu klien dan ibu bapa mereka mengenai rancangan sesi terapi pada masa
yang akan datang.

Refleksi mengenai terapi muzik ini telah dihasilkan dalam bentuk penulisan
akademik agar dapat membantu kami mengubahsuai dan menambahbaik terapi yang
akan datang.

REFLEKSI

Setelah menjalankan tugasan simulasi ini, kumpulan kami telah memperolehi


manfaat daripadanya. Kami berasa amat bersyukur kerana dapat mempelajari teknik
terapi bimbingan dan kaunseling melalui simulasi tersebut. Terapi yang kami lakukan
ialah terapi muzik.

Sebelum menjalankan simulasi ini, kami memulakan tugasan dengan


memainkan peranan masing-masing bagi mengumpulkan maklumat dan contoh kes
terapi muzik yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Berdasarkan maklumat yang
diperolehi, kami berasa terkagum kerana tidak tersangka bahawa seni muzik yang
merupakan kursus major kami mempunyai peranan yang begitu penting dalam bidang
bimbingan dan kaunseling. Bagi menjayakan simulasi terapi muzik yang akan
dijalankan, kami berbincang bersama-sama bagi menentukan sasaran terapi, jenis-jenis
muzik yang sesuai untuk digunakan dalam terapi dan aktiviti yang boleh dijalankan.
Melalui langkah-langkah tersebut, kami bukan sahaja memahami prosedur yang harus
dilancarkan dalam terapi muzik, tetapi juga meningkatkan kefahaman kita terhadap
peranan yang dimainkan oleh pelbagai jenis muzik dalam terapi berkenaan.

Gambar rajah 1: Ilmu Yang Diperolehi Daripada Tugasan Simulasi Terapi Muzik

Semasa menjalankan simulasi terapi muzik, kami telah membuat pemerhatian


terhadap perkembangan aktiviti dan reaksi klien. Berdasarkan keadaan yang diteliti,
kami mendapati bahawa minat klien akan mudah ditarik oleh lagu yang dimainkan dalam
sesi terapi. Mereka juga kelihatan lebih lega ketika melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
yang disediakan. Kami berasa amat gembira kerana simulasi ini berjalan dengan lancar
dan berjaya.

Selepas menjalankan simulasi terapi muzik, kami telah menjalankan


perbincangan kecil bagi membuat refleksi kendiri untuk mencari aspek-aspek yang perlu
ditambahbaikan. Kami berpendapat bahawa arahan yang diberikan ketika aktiviti adalah
kurang jelas dan agak mengelirukan. Ini adalah disebabkan latihan simulasi yang kurang
sebelum menjalankan simulasi sebenar. Bagi mengelakkan keadaan sebegini, kami
akan menjalankan latihan yang mencukupi sebelum aktiviti dilaksanakan bagi membina
keyakinan diri yang kukuh ketika pelaksanaan aktiviti sebenar.

Gambar rajah 2: Aspek Yang Perlu Ditambahbaik Dalam Simulasi

Melalui tugasan simulasi terapi muzik ini, kami telah memperolehi pengalaman
dan pengetahuan yang amat berharga dalam kerjaya kami sebagai seorang pendidik
pada masa hadapan. Segala manfaat yang diperolehi akan sentiasa diingati dan
diaplikasikan dalam kerjaya kami pada masa yang diperlukan.
RUJUKAN

(a) Buku

Betsey King Brunk. (2004). Music Therapy.


USA : Future Horizons.

Djohan. (2006). Terapi musik: teori dan aplikasi.


Yogyakarta : Penerbit Galangpress.

Michael J. Silverman. (2015).


Music therapy in mental health for illness management and recovery.
United Kingdom: Oxford University Press.

(b) Laman web

Berita Harian. (2008). Terapi muzik berkesan pulih tekanan mental, perasaan.
http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=783. Dilayari pada 21 Januari
2017.
Geoffrey Yew. (2016). Bagaimana anda mengurangkan tekanan minda.
https://prezi.com/tqkbhlhbl-8g/bagaimana-kamu-mengurangkan-tekanan-minda/.
Dilayari pada 21 Januari 2017.

Huzaini Ismail. (2011). Definisi terapi muzik. http://www.kickstory.net/2011/09/definisi-


terapi-muzik.html. Dilayari pada 21 Januari 2017.

Mamalisa. (2009). Obwisana song with a translation and YouTube video.


http://www.mamalisa.com/blog/obwisana-song-with-a-translation-and-youtube-
video/. Dilayari pada 21 Januari 2017.

Pendidikan Khas. (2012). Terapi muzik. http://terapikhas.blogspot.my/2012/04/terapi-


muzik-g-53.html. Dilayari pada 21 Januari 2017.

LAMPIRAN

Gambar ketika pelaksanaan simulasi terapi muzik:

Anda mungkin juga menyukai