Soalan Peperiksaan Perdagangan Ting 4-Penilaian 2

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG DUA (FELDA)

Tarikh Ujian : 06hb Ogos, 2012 (Isnin) Masa : 11.50 12.50 tengahari (1 Jam)

Nama : ________________________ Kelas : __________________

UJIAN PENILAIAN 2
TINGKATAN 4

PERDAGANGAN
Satu Jam

JANGAN JAWAB KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi:

Kertas 1 : 20 soalan objektif. Jawab semua soalan.


Kertas 2 : 2 soalan esei. Jawab satu soalan sahaja.

KERTAS 1

Arahan : Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan yang betul atau yang paling sesuai bagi tiap-tiap soalan.

1. Gambar di bawah ini menunjukkan salah satu keperluan manusia.

Apakah keperluan manusia yang berkaitan dengan gambar di atas?


A. Keperluan fisiologi
B. Keperluan kasih sayang
C. Keperluan penghargaan
D. Keperluan sempurna kendiri

1
2. Pilih unsur-unsur yang berkaitan dengan pengeluaran tidak langsung.
I Terdapat lebihan dalam keluaran
II Bilangan keluaran untuk memenuhi kehendak adalah terhad
III Kemahiran tenaga kerja adalah pada tahap yang rendah
IV Proses pengeluaran dalam zaman moden menggunakan teknologi moden

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I dan IV

3. Gambar di bawah ini menunjukkan dua aktiviti ekonomi.

Manakah cabang pengeluaran yang berkaitan dengan gambar di atas?


A. Ekstraktif dan perkilangan
B. Ekstraktif dan pembinaan
C. Perkilangan dan perdagangan
D. Khidmat langsung dan ekstraktif

4. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Nik.

Encik Nik ialah seorang nelayan di Tumpat, Kelantan. Pada musim tengkujuh,
beliau bekerja sebagai pekerja am di sebuah kilang batik di Terengganu.

Apakah jenis pengkhususan yang terlibat?


A. Pengkhususan mengikut pekerjaan dan kawasan
B. Pengkhususan mengikut proses dan pekerjaan
C. Pengkhususan antara kawasan dan proses
D. Pengkhususan antara proses dan antara sektor

5. Rajah di bawah ini menunjukkan kaitan antara pengeluaran dan perdagangan.

Pengeluaran tidak langsung

Perdagangan
2
Apakah persamaan antara kedua-duanya?
A. Aktiviti pengkhususan
B. Aktiviti jual beli barang
C. Penyediaan lokasi pengeluaran
D. Proses penciptaan nilai faedah

6. Gambar di bawah ini menunjukkan proses pengeluaran di sebuah kilang kereta.

Apakah kesan pengkhususan dalam proses pengeluaran di atas?


A. Menambahkan minat pekerja
B. Meningkatkan daya kreatif pekerja
C. Pekerja berasa bangga dengan hasil kerja
D. Saling bergantungan dalam proses pengeluaran

7. Gambar yang berikut menunjukkan situasi di Jalan Dato Taha.

Mengapakah Kedai Runcit Ali masih wujud walaupun menghadapi persaingan


daripada Pasar Raya Pelangi Bhd.?
A. Menjalankan aktiviti promosi
B. Menjual pada harga yang murah
C. Terletak berhampiran dengan pelanggan
D. Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

8. Pernyataan yang berikut berkaitan dengan konsep perniagaan.

Perniagaan adalah sebahagian daripada perdagangan.

3
Hal tersebut adalah benar kerana perniagaan membantu
A. mengagihkan barang-barang
B. meningkatkan mutu barang
C. menyelaraskan harga barang
D. menghasilkan pelbagai jenis barang

9. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Soo.

Encik Soo pemilik ladang nanas seluas 500 hektar di Pontian, Johor. Hasil
nanas keluarannya diedarkan ke seluruh negara melalui beberapa orang
pemborong. Pada masa kini beliau mengupah seramai 50 orang pekerja untuk
bekerja di ladang dan di pejabatnya.

Antara yang berikut, manakah peranan Encik Soo sebagai seorang usahawan?
I Mewujudkan peluang pekerjaan
II Meningkatkan taraf hidup
III Menggalakkan pertukaran wang asing
IV Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

A. I, II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

10. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan runcit.

Bentuk milikan : Syarikat Berhad


Luas tapak bangunan : 20,000 ke 200,000 kaki persegi
Stok bangunan : Makanan, pakaian, perabot, peralatan dapur,
dan peralatan eletrik
Lokasi : Kawasan pinggir bandar

Apakah jenis perniagaan runcit di atas?


A. Pasar raya besar
B. Gedung aneka jabatan
C. Kedai sejaras
D. Kedai am

11. Pilih fungsi pemborong dalam saluran agihan.


I Memecah pukal
II Menghasilkan pelbagai jenis barangan
III Menyediakan kemudahan pergudangan
IV Menyediakan kemudahan kewangan untuk pengguna

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I dan IV

4
12. Gambar di bawah ini menunjukkan perbualan telefon antara Encik Dorai dan Encik
Yusof.

Encik Dorai adalah seorang


A. ejen pengeluar
B. ejen penjual
C. broker
D. prinsipal

13. Yang berikut adalah butir-butir pembelian dan pinjaman kereta Encik Andy.

Harga kereta : RM 70,000


Bayaran pendahuluan : RM 16,000
Amaun pinjaman : RM 54,000
Tempoh pinjaman : 5 tahun
Kadar faedah setahun : 5%

Hitung amaun ansuran bulanan untuk menjelaskan pinjaman kereta itu.


A. RM 225.00
B. RM 900.00
C. RM 1,125.00
D. RM 4,000.00

14. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang invois?


A. Invois bertindak sebagai bukti penjualan barang
B. Invois digunakan dalam urus niaga tunai
C. Invois dikirimkan oleh pembeli kepada penjual
D. Invois digunakan apabila barang diuji sebelum dibeli

15. Maklumat yang berikut berkaitan dengan situasi dalam perniagaan antarabangsa.

I Malaysia mengeksport minyak sawit ke India.


II India mengeksport hasil buah-buahannya ke Malaysia.

Situasi tersebut wujud kerana terdapat perbezaan

5
A. sumber semula jadi
B. taraf hidup
C. teknologi
D. nilai mata wang

Soalan 16 hingga soalan 18 berdasarkan data eksport negara X seperti yang berikut.

Nilai eksport
Jenis eksport
(RM juta)
Pertanian 10,000
Pengangkutan dan Insurans 2,500
Pendapatan daripada pelaburan 4,500
Galian 15,000
Barang-barang perkilangan 35,000
Perjalanan 3,000
16. Berapakah perbezaan antara nilai eksport nyata dengan eksport tak nyata?
A. RM 50,000 juta
B. RM 52,500 juta
C. RM 53,000 juta
D. RM 54,500 juta

17. Berapakah nilai eksport tak nyata?


A. RM 5,500 juta
B. RM 7,000 juta
C. RM 7,500 juta
D. RM 10,000 juta

18. Hitung peratus eksport tak nyata kepada eksport negara X.


A. 7.86%
B. 10.0%
C. 10.7%
D. 14.29%

19. Perbualan yang berikut berlangsung antara Encik Yassin dan anaknya, Sharif.

Sharif: Bolehkah ayah meminjamkan wang sebanyak RM50,000.


Saya ingin memulakan satu agensi pengiklanan bersama
kawan saya, Raj. Pada masa sekarang ekonomi sedang
berkembang pesat dan mengikut beberapa rakan saya,
kami berpeluang mengaut keuntungan yang lumayan
apabila menjalankan perniagaan ini.

Encik Yassin: Sharif, saya boleh bantu kamu dari segi keperluan modal.
Tetapi untuk memulakan sesuatu perniagaan, selain modal,
awak juga mesti mempertimbangkan beberapa faktor lain
yang tidak boleh dipandang ringan.

Selain modal, apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan oleh Sharif sebelum
memulakan agensi pengiklanan tersebut?

6
I Pengetahuan dan pengalaman
II Persaingan
III Rancangan perniagaan
IV Undang-undang dan peraturan

A. I, II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

20. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis milikan perniagaan.

Syarikat Telekom Malaysia Berhad


Tenaga Nasional Berhad

Pilih ciri-ciri yang berkaitan dengan jenis milikan perniagaan di atas.


I Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
II Saham boleh dijualbeli di Bursa Saham
III Pemilik saham menanggung liabiliti tidak terhad
IV Dikawal dan diuruskan oleh satu Lembaga Pengarah

A. I, II, dan III


B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

KERTAS 2
Arahan: Jawab mana-mana satu soalan sahaja.

1. Maklumat yang berikut berkaitan Syarikat Kayu Mega yang mengeluarkan perabot di
Gua Musang, Kelantan.
Modal : RM 1.5 juta
Bilangan pekerja : 130 orang (tempatan)
Jualan tahun 2011 : RM 20 juta
Pasaran : Sekitar negeri Kelantan

(a) Mengapakah Syarikat Kayu Mega diklasifikasikan sebagai Industri Kecil dan
Sederhana (IKS)?
[5 markah]
(b) Terangkan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada negara.

[10 markah]
(c) Terangkan lima sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada
masyarakat.
[10 markah]

7
2. (a) Jelaskan empat cara untuk memulakan perniagaan. [8 markah]

(b) Situasi yang berikut menunjukkan perubahan milikan perniagaan.

Terangkan empat kelebihan jenis milikan perniagaan dalam Situasi 2.


[9 markah]

(c) Azman dan Weng telah lama berkongsi mengusahakan perniagaan. Mereka
bersetuju menukarkan milikan perniagaan tersebut kepada syarikat sendirian
berhad.

Terangkan empat kelebihan yang dinikmati oleh Azman dan Weng daripada
keputusan tersebut.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.. ..
En. Zainudin Mohd Husain En. Ahmad Hapian Bin Hj. Pilus Hjh. Toharah Bt Hj. Harun
Guru Perdagangan Ketua Bidang Teknik & Vokasional Pengetua
Tingkatan 4 SMK Palong 2 (Felda) SMK Palong 2 (Felda)

8
SKEMA JAWAPAN DAN PEMARKAHAN

KERTAS 1 (Objektif)

1. B 11. B
2. D 12. C
3. A 13. C
4. A 14. A
5. A 15. A
6. D 16. A
7. D 17. D
8. A 18. D
9. B 19. B
10. A 20. B

KERTAS 2 (Esei)

Soalan 1

(a) Syarikat Kayu Mega diklasifikasikan sebagai IKS kerana:

- Ditubuhkan sebagai sebagai sebuah syarikat atau syarikat berhad [1m]


- Bilangan pekerja sepenuh masa hanya 120 orang dan tidak melebihi 150 orang [1m]
- Modal syarikat hanya RM 1.5 juta dan tidak melebihi RM 2.5 juta [1m]
- Nilai jualan tahunannya tidak melebihi RM 25 juta, jualan syarikat pada tahun
2004 ialah RM 24 juta [1m]
- Mengeluarkan barang keperluan penduduk setempat iaitu perabot [1m]
- Lokasinya yang sesuai dan bahan mentah mudah diperoleh [1m]
- Teknologi rendah dan berintensifkan buruh [1m]
- Tingkat dan skala pengeluaran rendah [1m]

Jumlah markah [5 markah]

(b) Sumbangan IKS kepada negara:

1. Meningkatkan tabungan dalam ekonomi [1m]


- Tabungan IKS adalah sumber penting kepada tabungan negara [1m]

2. Pengagihan pendapatan negara [1m]


- Memberi pekerjaan kepada pekerja kurang mahir dan [1m]
berpendidikan rendah

3. Mengukuhkan struktur asas industri negara [1m]


- Hubung jalin dan pembekal komponen kepada industri besar [1m]
dan syarikat antarabangsa

4. Mengurangkan kadar pengangguran [1m]


- Mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kerana [1m]
berintensifkan buruh

9
5. Memberi latihan kepada pekerja dan pengusaha [1m]
- Memberi pelbagai kemahiran dan latihan kepada pekerja dan [1m]
usahawan

6. Mengurangkan import barangan pengguna [1m]


- Membolehkan pengguna membeli barang keluaran tempatan [1m]

Jumlah markah [10 markah]

(c) Sumbangan IKS kepada masyarakat:

1. Mewujudkan peluang pekerjaan [1m]


- Mengurangkan kadar pengangguran kerana berintensifkan buruh [1m]

2. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat [1m]


- Menghasilkan keluaran dan ciptaan baru serta mengurangkan [1m]
pergantungan kepada barang import

3. Peluang untuk menceburi bidang perusahaan [1m]


- Dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pendapatan [1m]

4. Peluang menonjolkan dan menggunkan kebolehan diri dan kreativiti [1m]


- Dapat menyumbang bakti kepada masyarakat setempat dan [1m]
membangunkan negara

Jumlah markah [10 markah]


Soalan 2

(a) Empat cara untuk memulakan perniagaan:

1. Memulakan sendiri [1m]


- Menubuhkan perniagaan baru atas usaha sendiri [1m]

2. Mengambil alih [1m]


- Membeli atau mengambil alih perniagaan sedia ada [1m]

3. Warisan [1m]
- Mewarisi secara turun temurun perniagaan keluarga [1m]

4. Francais [1m]
- Mendapatkan hak atau kebenaran untuk menjual produk [1m]
atau jenama syarikat terkenal

5. Diundang [1m]
- Dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai [1m]
rakan kongsi

Jumlah markah [8 markah]

10
(b) Kelebihan jenis milikan perniagaan dalam Situasi 2:

1. Modal lebih besar [1m]


- Modal dapat dikumpul daripada sumbangan dua rakan kongsi [1m]

2. Mudah ditubuhkan [1m]


- Tiada banyak peraturan dan dokumen penubuhan yang rumit. [1m]

3. Dapat berkongsi kepakaran dan mengamalkan pengkhususan [1m]


- Dapat berkongsi kemahiran dalam pelbagai aspek untuk [1m]
memajukan perniagaan

4. Risiko perniagaan dapat disebarkan [1m]


- Kerugian boleh ditanggung bersama rakan kongsi dan dapat [1m]
elak persaingan

5. Maklumat kewangan perniagaan dirahsiakan [1m]


- Penyata kewangan perkongsian tidak perlu diumum kepada [1m]
orang ramai

6. Beban cukai yang rendah [1m]


- Setiap rakan kongsi hanya perlu membayar cukai pendapatan [1m]
individu

Jumlah markah [9 markah]

(c) Kelebihan syarikat sendirian berhad

1. Modal lebih besar [1m]


- lebih banyak modal dapat dikumpulkan kerana bilangan [1m]
lebih ramai

2. Kewujudan perniagaan berterusan [1m]


- syarikat terus wujud walaupun pemegang syer meninggal dunia [1m]

3. Menikmati ekonomi bidangan [1m]


- kos pengeluaran seunit dijimatkan dan boleh menjalankan [1m]
pengeluaran besar-besaran

4. Liabiliti terhad [1m]


- tanggungan hutang ahli setakat modal yang dilaburkan sahaja [1m]

5. Maklumat kewangan perniagaan dirahsiakan [1m]


- penyata kewangan perkongsian tidak perlu diumum kepada [1m]
orang ramai

Jumlah markah [8 markah]

11

Anda mungkin juga menyukai