Anda di halaman 1dari 2

Masalah memakai kasut dengan betul dan kemas bukan masalah yang baru bagi murid-murid

pendidikan khas masalah pembelajaran. Kelemahan yang mereka alami ini sedikit sebanyak

menggangu proses pengurusan diri mereka.. Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk

meningkatkan kemahiran memakai kasut dengan betul dalam kalangan murid pendidikan khas

dengan menggunakan teknik acuan kaki. Peserta kajian merupakan dua orang murid pendidikan khas

yang mempunyai masalah sindrom down dan autism. .Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa

peserta kajian ini mempunyai masalah dalam memakai kasut terbalik dan tidak dapat melekatkan

pelekat kasut dengan betul dan ini merupakan perkara asas dalam kemahiran pengurusan diri.

Melalui teknik acuan kaki ini, peserta kajian akan melaksanakan aktiviti analisis tugasan dan latih tubi

langkah demi langkah bagi membolehkan peserta kajian dapat memakai kasut dengasn betul dan

dapat melekatkan pelekat kasut dengan kemas. Tindakan ini melalui pemerhatian iaitu senarai semak

dan temubual. Data dianalisis menggunalan analisis deskriptif (graf, jadual, naratif tindak balas

peserta kajian dengan pengkaji dan temubual) hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat

peningkatan dalam penguasaan peserta kajian dalam memakai kasut selepas tindakan.

Kata kunci :Acuan kaki, Kemahiran memakai kasut ,

Anda mungkin juga menyukai