Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU (FAERMA SOFEA BINTI ALISA)

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurniaNya, kami
guru pelatih PISMP Semester 4 Elektif Pendidikan Jasmani telah menganjurkan satu program
iaitu Pertandingan Badminton Beregu Lelaki Tertutup Pensyarah dan Staf Institut Pendidikan
Guru Kampus Kota Bharu. Program ini merupakan salah satu tugasan kerja kursus yang
diberikan oleh pensyarah kepada kami. Program ini merupakan program yang amat besar bagi
kami kerana ini adalah kali pertama kami menganjurkan program seperti ini. Pertandingan
Badminton Beregu Lelaki Tertutup Pesnyarah dan Staf Peringkat IPGKKB ini telah berlangsung
pada 23 haribulan 24 haribulan Februari yang lalu di Dewan Wawasan. Peserta pertandingan
ini melibatkan 22 orang yang terdiri daripada pensyarah dan staf lelaki sahaja. Oleh hal yang
demikian, secara automatiknya kumpulan yang bertanding adalah sebanyak 11 kumpulan.

Beberapa hari sebelum pertandingan ini berlangsung, kami sekelas telah bekerjasama
untuk menyediakan tempat bermain iaitu dewan. Kami telah menyusun kerusi yang terdapat
dalam dewan tersebut manakala AJK Peralatan telah mengangkat alat-alat yang hendak
digunakan semasa pertandingan ini berlangsung. Misalnya, jaring, tiang, dan kerusi untuk referi.
Kami juga telah menyusun meja untuk memudahkan peserta-peserta membuat pendafataran
pada hari kejadian. Tidak ketinggalan juga, kami telah bekerjasama menampal pintu-pintu
dewan dengan menggunakan kertas hitam. Hal ini bertujuan agar peserta yang sedang bermain
tidak mengalami pencahayaan yang boleh menyebabkan silau. Kami telah menampal kesemua
pintu yang mempunyai cermin dengan kertas hitam tersebut menggunakan selotape.

Sepanjang pertandingan ini berlangsung, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman


terutamanya sebagai salah seorang penganjur. Saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa
Hadiah dan Protokol bersama teman saya iaitu Layah Kujat. Sepanjang program ini dijalankan
kami telah bekerjasama dalam menyediakan cenderamata kepada para pemenang. Semasa
saya menjalankan tugas sebagai AJK Hadiah dan Protokol, banyak pengalaman serta ilmu baru
yang telah saya timba. Misalnya tentang pengurusan hadiah serta kelancaran majlis penutup.
Kemudian, sebagai AJK Protokol, saya juga berpengalaman untuk menyediakan teks bagi
pengerusi majlis. Saya juga tahu serba sedikit untuk menguruskan jumlah hadiah yang perlu
disediakan untuk program ini dan sebagainya.

1
Di samping menjadi AJK Hadiah dan Protokol, saya juga telah dipilih sebagai penjaga
garisan. Pada mulanya, saya berasa bingung tentang peraturan-peraturan yang terdapat dalam
sukan badminton ini. Namun, terdapat rakan-rakan yang telah membantu saya untuk
memahaminya. Mereka memberi tunjuk ajar satu persatu sehingga saya memahaminya. Oleh
hal yang demikian, saya dapat melaksanakan tugas sebagai penjaga garisan tanpa ada
melakukan kesalahan. Walaupun tugas sebagai penjaga garisan hanya duduk di kerusi sahaja,
namun pelbagai masalah yang akan berlaku sekiranya penjaga garisan menjalankan tugas
dengan sambil lewa.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah penasihat kami yang tidak putus-
putus memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami semua. Beliau sangat berdedikasi
dalam memberi tunjuk ajar kepada kami. Misalnya, beliau sering bertanyakan tentang
perkembangan program yang hendak kami laksanakan ini. Beliau turut memberi kata-kata
semangat serta nasihat agar kami tidak berasa tertekan dengan tugasan yang diberi ini. Beliau
juga sedikit sebanyak telah memberikan kami pengalaman yang baru dan berguna untuk
melaksanakan pertandingan seperti ini. Saya yakin sekiranya beliau terus memberikan kami
semangat dan tunjuk ajar dengan lebih mendalam lagi, tidak mustahil bagi kami untuk
menganjurkan apa-apa program ke tahap yang lebih tinggi.

Konklusinya, saya berasa amat gembira kerana kami sekelas telah melaksanakan
program ini dengan jayanya. Kami juga telah mendapat beberapa respon yang positif daripada
para peserta. Saya berharap tugasan seperti ini akan diteruskan lagi untuk memberikan
pengalaman serta pendedahan awal kepada kami sebelum melangkah ke alam guru yang
sebenar. Tugasan seperti ini amat memberi impak yang besar kepada kami lebih-lebih lagi
sebagai guru pelatih yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai elektif. Dengan adanya
pengalaman seperti ini, akan memudahkan lagi kami untuk menceburi bidang Pendidikan
Jasmani dengan lebih meluas. Hal ini kerana kami sudah mempunyai serba sedikit pengalaman
tentang bagaimana hendak menguruskan sesuatu pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai