Anda di halaman 1dari 10

1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
beketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.

Dalam konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang diumumkan


secara rasmi pada tahun 1988, menerangkan mengenai tentang aktiviti pendidikan
di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
FPK menerangkan matlamat pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan individu
yang berilmu.

FPK berfungsi untuk mentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Matlamat FPK
adalah melahirkan individu yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
yang baik dan berguna. Justeru ia berperanan untuk melahirkan rakyat malaysia
yang sempurna.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan


seimbang, adalah melalui proses pendidikan, malaysia dapat mencapai matlamat
pendidikannya. Ia juga satu usaha untuk memperkembangkann potensi individu
yang harmonis dan seimbang berdasasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja mengejar


pangkat atau taraf pendidikan, tetapi bertujuan untuk pembangunan diri yang
seimbang dan menyeluruh untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berilmu,
berakhalak mulia dan berbakti kepada negara terutamanya.
2

2.0 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN ELEMEN FALSAFAH


PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK) kerana guru merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan
seseorang insan. Selain itu, guru dapat membantu serta membimbing murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Tambahan pula, seorang guru dapat
menyemai serta memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Di sekolah
jugalah nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkan
modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Justeru itu, guru mempunyai peranan yang penting untuk
merealisasikan elemen-elemen seperti melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, beketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.1 Rakyat Yang Berilmu Pengetahuan

Seorang guru mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran


pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk
menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain,
mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, serta
mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan
manjayakan kurikulum yang terbentuk. Disamping itu, seorang guru juga mengetahui
peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis
objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan
seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-
bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan
kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan
3

meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat


pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Oleh yang demikian, seorang murid yang berilmu pengetahuan dapat


dilahirkan sekiranya kesemua ilmu yang dipelajari oleh seseorang guru itu
diaplikasikan semaksima mungkin. Sebagai contoh, kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru memupuk serta membuka minda murid-muridnya untuk terus
menimba ilmu pengetahuan.

2.2 Rakyat Yang Berketerampilan Dan Berakhlak Mulia

Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung


dengan insan yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi beberapa aspek seperti
pemikiran, kepercayaan dan perasaan. Di sini hasrat yang ingin dicapai ialah
melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam
menjalankan sesuatu tugas atau amanah. Melahirkan individu yang berketerampilan
ini penting bagi memastikan keseimbangan pendidikan dari segi rohani, jasmani dan
intelek. Seterusnya, masyarakat berakhlak mulia di sini bermaksud masyarakat yang
mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan santun, berbudi bahasa, jujur,
amanah, berintergriti dan sebagainya. Unsur ini merupakan perkara utama yang
dituntut agar rakyat Malaysia mampu untuk berfikir, bertindak dan menilai mana satu
yang baik dan mana satu yangg buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang
kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

Dari segi kukurikulum nilai-nilai positif telah diselitkan dalam semua mata
pelajaran agar melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dengan berpaksikan
kepada tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni atau positif
tersebut dapat membentuk serta melatih seorang murid mempunyai akhlak yang
mulia dan berketerampilan. Sebagai contoh, seorang guru yang berpakaian kemas
serta teratur menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak muridnya. Perilaku
seorang guru itu serba sedikit dapat membantu dalam membentuk pribadi murid.
Tambahan pula, kod etika pakaian di sekolah sering kali dimbil berat oleh seorang
guru untuk melahirkan individu yang berketerampilan. Elemen berakhlak mulia pula
4

dapat disemai kepada murid-murid melalui sikap guru itu sendiri. Apa yang kita
dapat lihat seseorang guru itu mempunyai nilai-nilai murni ketika berada di sekolah.
Sebagai contoh, guru menepati masa ketika bekerja iaitu mempunyai jadual waktu
yang berbeza berbanding kakitangan kerajaan yang lain serta guru juga akan
menyemai nilai-nilai murni tidak kira dilam kelas mahupun diluar kelas.

2.3 Rakyat Yang Bertanggungjawab

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur dan nilai


kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab yang
dimaksudkanmmeliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab
terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap perlembagaan undang-
undang, tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab
itu, nilai ini telah dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di
bangku sekolah lagi. Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan
agar rakyat Malaysia mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
seorang warganegara.

Elemen ini dapat direalisasikan melalui usaha guru yang melatih murid dari
segi kepimpinan. Kepimpimpinan dapat membentuk murid menjadi lebih
bertanggungjawab. Sebagai contoh, lantikan pengawas ataupun ketua kelas
mahupun ketua sesuatu aktiviti dapat memupuk sikap bertanggungjawab di
kalangan murid. Di samping itu, aktiviti kokurikulum di sekolah juga turut membantu
dalam merealisasikan elemen ini. Perkara ini jelas dapat dilihat seorang murid yang
mempunyai jawatan atau komitmen di sekolah mempunyai sikap tanggungjawab
yang tinggi. Walaubagaimanapun, untuk memastikan kesemua murid
mengaplikasikan elemen bertanggungjawab seperti yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ialah menerusi kerja rumah yang diberikan oleh
seorang guru. Kerja rumah yang diberikan oleh seorang guru perlu disiapkan kerana
ianya merupakan tanggungjawab sebagai seorang guru. Tuntasnya, elemen
tanggungjawab ini dapat dilatih oleh seorang guru di sekolah.
5

2.4 Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri.

Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang


individu yang berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya
sebagai contoh. Mereka juga mampu untuk berfikir secara waras apabila
menghadapi sebarang situasi seperti menilai kesan dan akibat baik dan buruk
sesuatu pertimbangan. Di samping itu juga, keseimbangan mencapai kesejahteraan
hidup ini juga meliputi keupayaan seseorang individu untuk mempunyai tubuh badan
sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan
orang lain.

Guru dapat merealisasikan elemen ini dengan cara menerapkan kemahiran


menaakul kepada murid-murid. Kemahiran ini sedikit sebanyak membantu seorang
murid itu untuk berfikir lebih meluas dan kritis. Sebagai contoh, soalan yang
menaakul berkaitan nilai-nilai murni yang memberi impak positif kepada murid dapat
membantu dalam mencapai kesejahteraan diri murid tersebut. Di samping itu,
kesejahteraan diri jugak dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti fizikal. Hal ini demikian
kerana perkara tersebut meliputi fizikal dan mental. Sebagai contoh, aktiviti yang
dijalankan dalam kelas pendidikan jasmani mahupun melibatkan kokurikulum dapat
membantu seseorang murid itu meningkatkan tahap kecergasan fizikalnya dan
secara tidak langsung kesejahteraan diri murid dari aspek fizikal telah pun dicapai.

2.5 Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga,


Masyarakat Dan Negara.

Elemen terakhir yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


iaitu rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Dengan wujudnya rakyat Malaysia
yang mampu memberi sumbangan kepada negara, ia sebenarnya telah membantu
proses pembangunan negara ke arah sebuah negara maju. Bukan itu sahaja,
harapan untuk melihat ramai rakyat Malaysia berjaya di dalam memberikan
sumbangan terutama sekali sumbangan kepada keluarga akan menambahkan lagi
keharmonian dan kemakmuran di dalam sesebuah keluarga bahkan juga kepada
masyarakat.
6

Guru dapat merealisasikan keharmonian di sekolah dengan cara memupuk


perpaduan kaum. Contoh yang terdekat ialah seorang guru menunjukkan contoh
yang terbaik iaitu tidak menunjukkan sebarang sikap perkauman dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan berbilang bangsa. Di samping itu,
mencampurkan murid-murid yang berbilang bangsa dapat meningkatkan perpaduan
kaum di sekolah. Seterusnya, untuk melahirkan murid yang memberi sumbangan
kepada negara semuanya perlu dimulai dengan keluarga dan diikuti dengan
masyarakat. Hal ini demikian kerana kemakmuran sesebuah keluarga itu merupakan
faktor utama untuk melahirkan murid yang dapat memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara.

Di samping itu, guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada
murid-muridnya dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan
nilai dan norma masyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-
murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi
teladan kepada murid-murid untuk dicontohi. Sebagai contoh, guru haruslah
sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa,
sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-
tugasnya. Guru merupakan ibu bapa ataupun penjaga kepada murid-murid selepas
ibu bapa kandung mereka. Ini disebabkan hampir seharian murid-murid akan
bersama dengan guru di sekolah. Oleh itu, nilai-nilai murni serta sikap kasih sayang
yang disemaikan oleh seorang guru kepada anak muridnya dapat memupuk ke arah
penghasilan keluarga yang bahagia.
7

3.0 PROGRAM KURIKULUM DAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAPAT


MEMBENTUK MURID YANG SEIMBANG

Pihak sekolah bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan


pelbagai aktiviti yang dapat membina perkembangan murid. Antara aktiviti yang
boleh dijalankan di sekolah ialah Hari Anugerah Kecemerlangan Murid, Sambutan
Maulidur Rasul, Kem Kiralah Sayang program NILAM, kelas tambahan dan
sebagainya. Secara tidak langsung, melalui program seperti ini dapat mencungkil
potensi murid-murid lalu dapat diperkembangkan secara optimum. Dengan
perlaksanaan aktiviti kurikulum yang berbentuk pertandingan atau program ini,
secara tidak langsung membantu dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di sekolah.

Dalam sesi P&P, guru sekolah menggunakan alat bantu mengajar yang
disediakan pihak sekolah seperti LCD, Projektor, laptop (untuk guru-guru Sains,
Matematik, bahasa Inggeris dan pemulihan), radio, televisyen dan lain-lain yang
telah disediakan oleh pihak sekolah melalui peruntukan-peruntukan yang telah
disediakan oleh pihak kerajaan. Program Pemulihan juga dilaksanakan di sekolah
bagi mengatasi masalah keciciran penguasaan 4M dan pelbagai lagi masalah
pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah.

Justeru itu, pengurusan kurikulum yang baik dapat menghasilkan acuan yang
bagus dan mantap dari segala aspek. Kurikulum juga memberi peluang kepada
murid untuk menimba ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan mengasah bakat
dalam pelbagai bidang di sekolah seterusnya melahirkan individu yang berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan taat setia sebagaimana yang terkandung di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kokurikulum merupakan antara agenda utama di sekolah bagi merialisasikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat tiga jenis kokurikulum yang dijalankan di
sekolah iaitu persatuan, kelab dan permainan, dan unit beruniform. Antara unit-unit
beruniform yang biasanya terdapat di sekolah rendah ialah Pengakap, Tunas Kadet
Remaja Sekolah (TKRS), Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
Terdapat juga persatuan-persatuan akademik seperti Persatuan Sains dan
8

Matematik, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris dan persatuan


atau kelab bukan akademik seperti Kelab Badminton, Kelab Bola Sepak, dan
sebagainya yang menjadi pilihan murid-murid untuk mengasah minat dan bakat
mereka. Aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah akan menyemaikan sifat-sifat
kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan
murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial,
jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-
murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri
sendiri.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah perkhemahan Unit Beruniform,


Hari Sukan dan larian merentas desa. Antara objektif aktiviti kokurikulum ini
dilaksanakan adalah untuk menyeimbangkan antara perkembangan mental
(akademik) dengan jasmani, sosial emosi dan jasmani pelajar dan pengukuhan
interaksi dan intergrasi dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu, matlamat
kokurikulum adalah untuk meningkatkan minat, bakat, kemahiran dan daya
kepimpinan pelajar serta meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan
pemupukan nilai-nilai murni. Jadi, dapatlah dirumuskan bahawa kegiatan
kokurikulum amatlah penting untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari
segala aspek sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 AKTIVITI YANG DAPAT MENJAYAKAN KONSEP KESEDARAN DIRI DAN


KEHARMONIAN KAUM DI SEKOLAH

Konsep kesedaran diri serta keharmonian kaum sangat penting untuk


dititikberatkan dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini demikian kerana untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial(JERIS) iaitu selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh itu, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan di sekolah untuk
menjayakan perkara ini. Antaranya ialah pelaksanaan aktiviti gotong-royong juga
boleh mengekalkan perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti gotong royong
9

membersihkan sekitar kawasan sekolah menggalakkan murid-murid untuk


bersemuka, bertegur sapa dan saling memahami hati budi antara satu sama lain.
Sebagai contoh, murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu, cina
dan india akan bekerjasama serta mengukuhkan konsep kendiri mereka ketika
melakukan aktiviti tersebut.

Selain itu, guru juga boleh menggalakkan murid untuk menyertai program-
program yang melibatkan perpaduan untuk perpaduan kaum serta konsep kendiri.
Antara contoh program perpaduan adalah Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP). Ia bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang berlainan kaum,
agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis supaya
mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai.

Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan atau sukaneka juga dapat
melahirkan murid yang cergas dan harmoni. Sukan merupakan agen terbaik untuk
mengekalkan perpaduan kaum di kalangan murid-murid. Sebagai contoh, murid
yang berlainan kaum akat bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi
pertandingan yang dijalankan. Secara tidak langsung, nilai-nilai murni juga dapat
disemai melalui aktiviti ini.

Akhirnya, mengadakan program Hari Keluarga peringkat sekolah. Dengan


menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang
berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk
mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. Serentak dengan
itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir
dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan
sesuatu isu. Sebagai contoh, ibu bapa di setiap lapisan masyarakat juga dapat
melibatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. Secara tidak langsung hubungan
dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sesebuah menjadi semakin mantap
kerana jalinan dua hala pihak sekolah dan juga ibu bapa.
10

5.0 RUMUSAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah teras kepada sistem pendidikan di


negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai
tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan
pendidikannya. Selaras dengan Rukun negara, falsafah pendidikan ini turut
menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan
Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan.

Falsafah Pendidikan ini ditanam dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang
dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia
dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai