Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

(PISMP-IPG) AMBILAN JUN 2014

AMALI 4 : KUALITI BUNYI

FIZIK DALAM KONTEKS

(SCE 3053)

TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN


NAMA
SEMBOK.

NO. KAD PENGENALAN 950821-11-5091

UNIT 2 PISMP SAINS

NO. MATRIK 7386

KOD MATA PELAJARAN SCE 3053

SUBJEK FIZIK DALAM KONTEKS

NAMA PENSYARAH EN. ZULKEFLE BIN AB RAHMAN

TARIKH HANTAR APRIL 2015

1
Teori :

Bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat melalui pepejal,
cecair dan gas. Bunyi dihasilkan oleh suatu sistem bergetar seperti getaran tala bunyi,
getaran tali gitar atau getaran kon suatu pembesar suara. Oleh itu, bunyi ialah sejenis
gelombang mekanikal.

Tenaga bunyi dipindahkan oleh getaran molekul-molekul udara dalam siri mampatan
dan renggagan udara. Oleh itu bunyi tidak boleh dirambat melalui vakum.

2
Halaju bunyi dalam suatu medium diberi sebagai

V =f

Gerakan perambatan molekul-moleku udara ini menghasilkan halaju v, panjang


gelombang , dan frekuensi gelombang f.

Halaju gelombang bunyi dalam suatu gas dipengaruhi oleh :

a) suhu gas

b) jisim molekul gas

Halaju gelombang bunyi adalah lebih tinggi jika suhu persekitaran gas yang dilaluinya
adalah tinggi berbanding dengan suhu yang lebih rendah. Pada suhu yang sama,
halaju gelombang bunyi adalah lebih tinggi bagi gas yang mempunyai molekul gas
yang lebih kecil berbanding dengan molekul gas yang lebih besar. Gelombang bunyi
bergerak atau merambat dengan halaju yang lebih tinggi dalam pepejal dan cecair
dan gas. Hal ini disebabkan oleh molekul pepejal dan cecair adalah lebih rapat jika
dibandingkan dengan molekul-molekul dalam gas. Gelombang bunyi juga
menghasilkan fenomena-fenomena pantulan, pembiasan, pembelauan dan interferens

3
PRAKTIKAL 3 : KUALITI BUNYI

Tujuan :

Untuk mendemonstrasi dan menjelaskan bagaimana perbezaan kualiti suara yang


dihasilkan.

Hipotesis:

1. Bunyi yang lebih langsingakan terhasil apabila permukaan botol yang mengandungi
air yang sedikit ditiup.

2. Botol yang mengandungi air yang banyak akan menghasilkan bunyi yang lebih
langsing apabila pensil diketuk pada dinding botol.

Pembolehubah:

(a) manipulasi: kuantiti air dalam setiap botol

(b) bergerak balas: kelangsingan bunyi yang dihasilkan

(c) malar: jenis botol yang digunakan

Bahan/peralatan :

Tiga botol kaca yang serupa, Air, Tala bunyi, Mangkuk , Pembaris meter, Pensel

Prosedur:

Aktiviti :
Mendemonstrasi
penghasilan kualiti
bunyi yang berbeza

4
1. Sebuah mangkuk diisi dengan air. Tapak kasut diketuk dengan menggunakan

tala bunyi. Hujung tala bunyi diletakkan di dalam mangkuk yang mengandungi air.

Perhatikan apa yang berlaku.

2. Tala bunyi diketuk semula pada tapak kasut. Apakah yang berlaku jika tala bunyi

dipegang menghampiri telinga?

3. Air diletakkan di dalam 3 botol yang sama dengan kandungan air dalam botol A

penuh, botol B penuh dan botol C penuh.

5
4. Jarak antara hujung botol dengan permukaan air dan ketinggian air pada setiap

botol diukur. Ukuran dicatatkan.

BOTOL A

BOTOL B

BOTOL C

5. Perbezaan kenyaringan bunyi pada setiap botol

apabila ditiup diramalkan. Berikan sebab pada bagi setiap ramalan yang diberikan.

6
6. Ramalan diuji dengan meniup hujung setiap botol. Bunyi yang dihasilkan

didengari. Jelaskan setiap bunyi yang dihasilkan samada keyaringannya adalah

rendah, sederhana dan tinggi. Rekodkan kenyaringan bunyi yang dihasilkan.

7. Apabila anda

mengetuk sisi setiap

botol dengan pensil,


BOTOL A BOTOL B anda BOTOLakan
C

menghasilkan bunyi yang berlainan. Pada pandangan

anda adakah bunyi yang dihasilkan adalah sama atau berlainan dengan bunyi yang

dihasilkan apabila beniup hujung botol? Jelaskan.


8. Ramalan diuji dengan mengetuk sisi botol dengan pensel. Bunyi yang dihasilkan

direkodkan.

7
Keputusan
Aktiviti 1 :

Aktiviti Pemerhatian
Tala bunyi diketuk dengan Air akan terpercik dan bergetar
tapak kasut dan
didekatkan dengan air
Ketuk tala bunyi dengan Bunyi dengungan akan terhasil
tapak kasut dan dekatkan
dengan telinga

Aktiviti 2:

Ketinggian botol kaca : 20.5 cm

Botol Jarak hujung botol Ketinggian air


dengan permukaan air

penuh (A) 15.6 cm 4.9 cm

penuh (B) 11.5 cm 9.0 cm

8
penuh (C) 6.0 cm 14.5 cm

Pemerhatian apabila permukaan botol ditiup

Botol Pemerhatian Inferens

penuh (A) Rendah Lebih sedikit jumlah air dalam botol


kaca, lebih banyak udara yang terdapat
di dalamnya. Maka, udara akan bergetar
dengan perlahan dan menghasilkan
frekuensi yang rendah apabila
permukaan botol ditiup. Dengan ini,
kelangsingan bunyi yang dihasilkan
adalah rendah.

penuh (B) Sederhana Apabila banyak jumlah air dalam botol


kaca, sedikit udara terdapat di dalamnya.
Maka, udara akan bergetar dengan laju
dan menghasilkan frekuensi yang tinggi
apabila permukaan botol ditiup. Dengan
ini, kelangsingan bunyi yang dihasilkan
adalah tinggi.

penuh (C) Bunyi siulan Apabila lebih banyak jumlah air dalam
yang tinggi botol kaca, lebih sedikit udara yang

9
terdapat dalam botol kaca. Maka, udara
akan bergetar dengan laju dan
menghasilkan frekuensi yang tinggi
apabila permukaan botol ditiup. Dengan
ini, kelangsingan bunyi yang dihasilkan
adalah lebih tinggi.

Pemerhatian apabila sisi botol diketuk dengan pensel

Botol Pemerhatian Inferens

penuh (A) Apabila botol diketuk pada sisinya


Paling kuat menyebabkan getaran pada botol dan air
bukannya udara di dalam botol. Apabila
jumlah air kurang di dalam botol, maka
getaran yang terhasil adalah tinggi dan
menghasilkan bunyi yang lebih langsing.

penuh (B) Apabila botol diketuk pada sisinya


menyebabkan getaran dan menghasilkan
Sederhana bunyi. Pada masa ini botol dan air yang
menghasilkan getaran bukannya udara di
dalam botol. Apabila jumlah air
bertambah di dalam botol, maka getaran
yang terhasil adalah rendah dan
menghasilkan bunyi yang kurang
langsing.

penuh (C) Apabila botol diketuk pada sisinya


Perlahan menyebabkan getaran dan menghasilkan
bunyi. Pada masa ini botol dan air yang
menghasilkan getaran bukannya udara di

10
dalam botol. Apabila jumlah air lebih
banyak di dalam botol, maka getaran
yang terhasil adalah lebih rendah dan
menghasilkan bunyi yang tidak langsing.

Kesimpulan

Bunyi terhasil disebabkan getaran. Bunyi memerlukan medium untuk merambat


seperti pepejal, cecair dan juga udara. Kelangsingan bunyi yang terhasil apabila
permukaan botol ditiup dipengaruhi oleh kuantiti udara yang terdapat dalam botol
tersebut. Apabila sisi botol diketuk, getaran yang terhasil turut dipengaruhi oleh kuantiti
air yang terdapat dalam botol tersebut.

Kelangsingan bunyi yang tinggi akan terhasil apabila meniup permukaan botol
sekiranya kuantiti udara di dalam botol adalah sedikit. Manakala, apabila mengetuk
sisi botol, kelangsingan bunyi yang terhasil adalah tinggi sekiranya kuantiti air yang
terdapat dalam botol adalah sedikit.

Langkah berjaga-jaga

1. Sebelum menjalankan eksperimen yang melibatkan bekas kaca, bekas tersebut

dipastikan supaya mempunyai bentuk, jenis dan ruangan udara yang sama supaya

tiada unsur ralat berlaku.

2. Kipas perlu ditutup supaya tidak mengganggu getaran yang terhasil pada air dan

getaran udara sepanjang proses eksperimen berjalan.

3. Semasa mengetuk botol kaca, ketuk dengan perlahan supaya botol tidak pecah.

11
4. Bunyi yang dihasilkan perlu didengar beberapa kali untuk mengetahui perbezaan antara

bunyi yang dihasilkan.

Soalan :

1. Dalam Prosedur 6, botol manakah yang menghasilkan kelangsingan yang lebih


tinggi? Apakah yang menyebabkan perubahan kelangsingan dari botol ke
botol?

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan dalam Prosedur 6, botol yang mempunyai


penuh isipadu air yang menghasilkan kelangsingan bunyi yang lebih tinggi.
Manakala, botol yang mempunyai penuh isipadu air akan menghasilkan
kelangsingan bunyi yang lebih rendah. Perbezaan kelangsingan bunyi yang dihasilkan
disebabkan oleh jumlah udara yang terdapat di dalam botol tersebut. Botol yang
mempunyai penuh isipadu air mempunyai jumlah udara yang lebih sedikit
berbanding botol yang mempunyai penuh isipadu air.

2. Jelaskan bagaimana bunyi dihasilkan dalam Prosedur 8? Botol manakah yang


menghasilkan kelangsingan yang lebih tinggi? Apakah yang menyebabkan
perubahan kelangsingan daripada botol ke botol?

Untuk menghasilkan bunyi dalam Prosedur 8, botol akan diketuk dengan pensel di
bahagian sisinya. Isipadu air yang dimasukkan ke dalam botol adalah berbeza untuk
menghasilkan bunyi yang berbeza. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan dalam
Prosedur 8, botol yang mempunyai penuh isipadu air akan menghasilkan
kelangsingan bunyi yang lebih tinggi berbanding botol yang mempunyai penuh
isipadu air. Kelangsingan bunyi yang terhasil adalah berbeza disebabkan oleh getaran

12
yang berlaku pada botol dan juga air yang terdapat dalam botol tersebut bukannya
jumlah udara yang terdapat dalam botol.

3. Bandingkan bunyi yang dihasilkan dengan meniup melalui permukaan botol dan
mengetuk sisi botol. Apakah perbezaan kelangsingan untuk setiap botol?
Terangkan jawapan anda.

Dengan meniup melalui permukaan botol, botol yang mempunyai penuh isipadu air
yang menghasilkan kelangsingan bunyi yang lebih tinggi. Manakala, botol yang
mempunyai penuh isipadu air akan menghasilkan kelangsingan bunyi yang lebih
rendah. Perbezaan kelangsingan bunyi yang dihasilkan disebabkan oleh jumlah udara
yang terdapat di dalam botol tersebut. Botol yang mempunyai penuh isipadu air
mempunyai jumlah udara yang lebih sedikit berbanding botol yang mempunyai
penuh isipadu air. Apabila udara yang terdapat di dalam botol adalah lebih sedikit,
udara akan bergetar dengan laju dan frekuensi yang dihasilkan adalah tinggi dan
kelangsingan bunyi yang terhasil turut tinggi.

Dengan mengetuk sisi botol, botol yang mempunyai penuh isipadu air akan
menghasilkan kelangsingan bunyi yang lebih tinggi berbanding botol yang mempunyai
penuh isipadu air. Kelangsingan bunyi yang terhasil adalah berbeza disebabkan
oleh getaran yang berlaku pada botol dan juga air yang terdapat dalam botol tersebut
bukannya jumlah udara yang terdapat dalam botol. Apabila jumlah air lebih banyak di
dalam botol, maka getaran yang terhasil adalah lebih rendah dan menghasilkan bunyi
yang tidak langsing.

4. Dengan merujuk data yang terdapat di dalam jadual, bagaimanakah ketinggian


isipadu udara mempengaruhi kelangsingan? Bagaimanakah ketinggian isipadu
air mempengaruhi kelangsingan?

13
Dengan merujuk data yang terdapat jadual, botol A mempunyai isipadu ketinggian
udara yang tinggi iaitu 15.6 cm dan menghasilkan kelangsingan yang rendah.
Manakala, botol C mempunyai isipadu ketinggian udara yang rendah iaitu 6.0 cm
tetapi menghasilkan kelangsingan yang tinggi. Semakin rendah isipadu udara yang
terdapat dalam botol, semakin laju getaran yang dihasilkan oleh udara di dalam botol
itu apabila botol ditiup. Maka, kelangsingan yang dihasilkan adalah lebih tinggi.

Botol A mempunyai ketinggian isipadu air yang lebih rendah iaitu 4.9 cm dan
menghasilkan kelangsingan yang tinggi apabila botol diketuk. Manakala, botol C
mempunyai ketinggian isipadu air yang tinggi iaitu 14.5 cm dan menghasilkan
kelangsingan yang rendah apabila diketuk. Hal ini kerana, apabila botol diketuk,
getaran terhasil oleh air dan botol tersebut. Semakin tinggi isipadu air, semakin sedikit
getaran yang terhasil, maka semakin rendah kelangsingan bunyi yang terhasil.

5. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berkaitan hubungan antara bunyi yang
dihasilkan dan medium yang membantu rambatan bunyi?

Bunyi ialah sejenis gelombang membujur yang boleh merambat melalui pepejal,
cecair dan gas. Bunyi memerlukan medium untuk membantunya merambat. Apabila
permukaan botol ditiup, bunyi dirambat melalui udara yang terdapat di dalam botol
tersebut. Melalui udara, bunyi akan merambat dengan lebih perlahan berbanding
merambat dalam cecair dan pepejal. Dengan itu, bunyi akan merambat dengan lebih
laju apabila kuantiti udara yang terdapat di dalam botol adalah sedikit. Semakin sedikit
kuantiti udara yang terdapat di dalam botol, semakin tinggi frekuensi dihasilkan dan
kelangsingan bunyi yang dihasilkan adalah tinggi.

Manakala, apabila botol diketuk dengan pensel, getaran yang terhasil adalah daripada
botol dan juga air yang terdapat di dalam botol dan bukannya udara yang terdapat
dalam botol tersebut. Oleh itu, bunyi dirambat melalui medium cecair dan pepejal.
Semakin kurang ketinggian air yang terdapat di dalam botol,lebih laju bunyi dirambat
melalui pepejal dan cecair. Maka, frekuensi yang dihasilkan adalah tinggi dan
kelangsingan bunyi yang dihasilkan adalah tinggi.

14
6. Violin ialah alat muzik bertali, seruling dan klarinet adalah alat muzik tiup kayu
dan trumpet adalah alat muzik brass. Apakah persamaan bagi setiap alat muzik
berikut?

Alat muzik brass merupakan alat muzik yang mempunyai peniup yang bersambung
pada tiub panjang yang dipenuhi udara. Apabila peniup ditiup, getaran bibir dan
peniup akan menghasilkan frekuensi bunyi. Getaran udara yang terhasil dalam tiub
panjang yang dipenuhi udara menyebabkan bunyi yang boleh kita dengar.

Manakala, alat muzik tiup kayu juga menghasilkan bunyi dengan cara yang sama.
Tetapi, getaran bunyi dihasilkan oleh alat muzik kayu tersebut. Apabila udara ditiup
melalui alat muzik kayu, alat muzik ini akan bergetar dan menghasilkan frekuensi
getaran yang menghasilkan bunyi.

Untuk alat muzik bertali pula, getaran akan terhasil apabila tali pada alat muzik
tersebut dipetik. Getaran bunyi terhasil disebabkan tali pada alat muzik tersebut.

Setiap alat muzik menghasilkan bunyi dengan cara yang sama iaitu melalui getaran
bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut.

15
Bibliografi :

Anthony S.H.Tan. (1996). Revisi Komprehensif Fizik SPM. Subang Jaya: Penerbit CTS.

Chong Chee Sian. (2011). Referens Ekspres SPM Fizik. Selangor:Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd

Khoo Goh Kow, 2007. Reference Text Series PHYSIC SPM. Selangor:Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.

Lim Ching Chai, Chia Song Choy & Poh Liong Yong. (1995). Fizik KBSM. Johor
Bahru:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd

Tho Lai Hoong. (1993). Panduan KBSM Fizik Amali. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd

Yee Cheng Teik (1995). Fizik Tingkatan 4 & 5. Selangor;Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

16

Anda mungkin juga menyukai