Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Shertzer & Stone (1992) mendefinisikan bimbingan sebagai suatu proses yang
membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Ungkapan beliau bererti individu
akan diberi bimbingan untuk mengenali diri individu dalam pelbagai aspek. Individu yang
memahami kekuatan dan kelemahan diri akan mengelakkan diri sendiri daripada mengalami
konflik di samping membantu untuk berinteraksi dengan persekitaran dengan lebih harmoni.

Dalam Akta Kaunselor 1998 pula, kaunseling bermaksud suatu proses sistematik untuk
membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh
kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan,kemajuan
dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan
dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

Justeru, menurut Suradi Salim (1996) mendefinisikan bimbingan dan kaunseling sebagai
satu proses di mana seseorang kaunselor akan berinteraksi dengan individu untuk membantu
individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan
kebolehan, kupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Hal ini merujuk kepada
bimbingan dan kaunseling merupakan interaksi yang dijalankan antara klien dengan kaunselor.

Oleh hal yang sedemikian, Kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak telah
ditawarkan kepada guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru yang bertujuan untuk
mendedahkan ilmu yang berkaitan kepada guru biasa iaitu guru bukan bimbingan dan
kaunseling. Guru biasa juga perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran-kemahiran asas
dalam bimbingan dan kaunseling agar proses pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan
dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai