Anda di halaman 1dari 8

Fenomena Gerhana Matahari

Separa
9 Mac 2016 dari Malaysia

Fasa gerhana matahari separa yang dirakam di Australia pada Nov 2012.

Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan
dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di

angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad
Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti
biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah
fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja
yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana
untuk cuba merakam fenomena tersebut.
Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup
(bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari
Separa.

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah
pada bulan Januari 2010.

Waktu Kejadian

Pandangan yang hampir serupa pada 9 Mac 2016 nanti.

Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermulasebaik
sahaja matahari terbit di ufuk timur.

Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan
hilang sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.

Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan
sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First
Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari,
lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.

Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia
bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga
bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari
akan tertutup.

Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak
gerhana serta peratusan matahari tertutup.

Semenanjung Malaysia
Kangar 8.25 pagi (67%) Seremban 8.24 pagi (81%)
Kuah 8.25 pagi (67%) Melaka 8.23 pagi (83%)
Alor Setar 8.25 pagi (68%) Johor Bharu 8.24 pagi (86%)
Georgetown 8.25 pagi (70%) Kuantan 8.25 pagi (77%)
Ipoh 8.24 pagi (73%) Kuala Terengganu 8.26 pagi
Kuala Lumpur 8.24 pagi (79%) (71%)
Shah Alam 8.24 pagi (79%) Kota Bharu 8.26 pagi (68%)
Putrajaya 8.24 pagi (80%)
Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamatlebih
kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.

Fasa-fasa atau bentuk gerhana tersebut adalah seperti di bawah. (Rajah ini
merujuk kepada lokasi di sekitar Lembah Kelang. Namun ia boleh digunakan
sebagai gambaran kasar untuk lokasi-lokasi lain di Malaysia)

Cara Melihat Gerhana

Disebabkan fenomena ini Gerhana Matahari Separa, maka sebahagian matahari
masih kelihatan dan bersinar terang di langit. Walaupun peratusan matahari yang
tertutup itu tinggi (sekitar 87% di Kuching), namun ia masih amat
berbahaya untuk dilihat dengan mata.

AMARAN! JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT MATAHARI, SAMA ADA

MENGGUNAKAN MATA MAHUPUN PERALATAN ASTRONOMI, TANPA
MENGGUNAKAN SEBARANG PENAPIS KHAS MATAHARI. IA BOLEH
MENGAKIBATKAN MATA ANDA BUTA!

Pastikan anda mendapat nasihat dan tunjuk ajar yang betul daripada pakar-pakar
Astronomi tempatan, pegawai Falak di Jabatan-jabatan Mufti, dan juga organisasi
seperti Planetarium Negara.

Saya syorkan agar hubungi mereka terlebih dahulu untuk mendapattunjuk

ajar yang betul cara-cara melihat gerhana matahari ini.

Cermin Mata Gerhana.

Ini merupakan sebuah cermin mata khas yang mempunyai lapisan khas yang
akan menapis SEGALA cahaya berbahaya yang datang daripada matahari. Ia
boleh didapati daripada kedai-kedai teleskop (jika masih ada stok!)

BAHAYA! BAHAYA!

Tolong jangan main-main apabila melihat Gerhana Matahari nanti.

Jika tidak..degil juga nak tengok matahari menggunakan kaedah yang SALAH dan TAK
DISARANKAN.. kesannya ialah seperti dalam FOTO-FOTO ini. kesan TERBAKAR pada
bahagian mata yang dipanggil 'macula'. (bahagian hitam tu..)

Anda mungkin juga menyukai