Anda di halaman 1dari 6

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa semua hasil kerja di dalam Kerja Kursus Projek ini adalah hasil karya
saya sendiri dan tidak mempunyai unsur plagiat kecuali beberapa rujukan seperti yang tertera
pada ruangan Bibliografi.

....................................................
(MOHD HAFIZ BIN RAMLI)
No. K/P: 900911-11-5305

1
KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengakuan i

2. Kandungan ii

3. Penghargaan iii

4. Pendahuluan 1

5. Tugasan 1 3

6. Tugasan 2 10

7. Refleksi iv

8. Bibliografi vi

9. Lampiran vii

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Ilahi kerana limpah kurnia nikmat-Nya dapat saya
menyiapkan Kerja Kursus Projek ini. Di sini juga ingin saya menghulurkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing, Encik Aziz bin Mahmood yang sudi memberi tunjuk ajar
kepada kami dalam melengkapkan lagi kerja kursus ini agar menjadi lebih sempurna dan
bermanfaat. Sekalung penghargaan juga kepada ibu bapa dan keluarga yang menjadi tulang
belakang bagi diri selama ini. Sumbangan mereka terhadap saya tidak dapat dinilai sama
sekali. Tidak lupa, rakan-rakan guru pelatih yang sudi memberi sumbangan dan sentiasa
memberi nasihat yang berguna dalam melaksanakan tugasan ini. Segala ilmu yang dikongsi
dapat memberikan kekuatan lagi dalam menyiapkan tugas ini dengan cemerlang. Akhir kata,
jasa dan pengorbanan mereka semua akan digunakan sebaik-baiknya. Semoga Tuhan yang
Esa memberkati kita dan membalas jasa baik anda semua.

3
REFLEKSI

Alhamdulillah, Kerja Kursus Projek (KKP) bagi mata pelajaran EDU 3093 ini berjaya
diselesaikan. Mata pelajaran ini banyak membantu saya dalam memperkemaskan diri sebagai
persediaan bergelar pendidik. Akhir-akhir ini, banyak isu yang memperkatakan mengenai guru
sama ada berkenaan isu disiplin, isu kerja mahupun isu pengambilan guru. Guru sentiasa
menjadi tumpuan dalam masyarakat kerana guru merupakan tunjang dalam pembentukan
masyarakat yang bertanggungjawab. Oleh itu, EDU 3093 merupakan satu mata pelajaran yang
dapat memberikan maklumat-maklumat penting kepada saya dalam menghadapi cabaran
sebagai seorang guru.

Tugasan yang diberikan dalam KKP ini berkait rapat dengan isu-isu semasa dalam
pendidikan di Malaysia. Melalui perbincangan dalam susur galur kejayaan pendidikan dalam
dan luar negara, saya mempelajari bahawa sebagai seorang guru atau individu, kita
seharusnya memperluaskan amalan demokrasi dalam pendidikan. Pendiskriminasian dalam
pendidikan hanya membawa kerosakan dan kemusnahan kepada negara bangsa itu sendiri.
Hal ini kerana mereka yang mempunyai taraf ekonomi dan pendidikan yang rendah akan
keciciran seterusnya mungkin akan terlibat dalam masalah-masalah sosial yang sangat
meruncing pada masa kini.

Selain itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kini menjadi satu keperluan
kepada masyarakat dan hal ini tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Perkara ini jelas dapat
dilihat dengan adanya penggabungjalinan dalam mana-mana mata pelajaran melalui
penggunaan komputer atau menayangkan persembahan slaid. Guru juga perlu memuat naik
markah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui web yang disediakan terutamanya
penilaian band dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Oleh itu, guru perlu sedar
dan sentiasa belajar dalam mendalami kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini dalam
mendekati murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penulisan esei akademik pula membincangkan pelan tindakan untuk mengurus


perubahan dan cabaran yang akan dihadapi negara berdasarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Melaluai penulisan esei ini, pelbagai pelan tindakan boleh diambil
untuk menghadapai sistem pendidikan pada abad ke-21. Kerjasama antara semua pihak dilihat
merupakan salah satu aspek yang harus dititik beratkan bagi mencapai satu sistem pendidikan
yang baik dan mampu melahirkan modal insan kelas pertama. Disamping itu juga, dalam
memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ini mencapai sasaran dan
objektifnya, semua pihak termasuk pihak kementerian, pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa,

4
pelajar dan pihak swasta perlu memainkan peranan masing-masing. Segala usaha kementerian
yang berusaha menambah baik sistem pendidikan perlu disokong dan segala kekurangan
perlulah sama-sama diberi penambahbaikan seperti pepatah Melayu yang berbunyi "bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Saya berharap agar pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ini dapat saya
terjemahkan di sekolah pada satu hari nanti. Saya juga berharap tugasan KKP ini dapat
membantu saya dalam memperkuatkan diri sebagai seorang guru dan menjadi manusia yang
berguna sepanjang hayat kerana kepimpinan yang baik adalah melalui teladan. Sekian.

5
BIBLIOGRAFI

Abdullah S. Y., Abdul Rashid & Abdul Ghani (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Sdn. Bhd.

Abd. Razak Hussin (2012). Demokrasi Pendidikan Lonjak Transformasi.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Demokrasipendidikanlonjaktransformasi/Arti
cle. Diakses pada 14 Ogos 2014.

Borich, G.D. & Tombari, M.L., (1995). Educational psychology :A comtemporary approach. New
York:Harper Collins College Publisher.

Elias, M.J. & Arnold, H. (2006). The Educators Guide to Emotional Intelligence and Academic
Achievement: Social-Emotional Learning In The Classroom. CA:Corwin Press.

Ismail Zain (2011). Aplikasi & integrasi TMK Dalam Pendidikan.


http://www.adap.com.my/info.php?id=279. Diakses pada 11 Ogos 2014.

Liz Ozman Wan Oman.(2000). Mengurus agenda abad 21: Cabaran dan persiapan diri dalam
era globalisasi.Kuala Lumpur:Golden Books Centre.

Noriati A. Rashid etl (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi pendidikan; Pendekatan Kontemporari. Kuala
Lumpur:Mc Graw Hill.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Shahril@Charil Marenki.(1999). Isu pendidikan di Malaysia: Sorotan dan cabaran.Kuala


Lumpur:Utusan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.(2000).Globalisasi:Implikasi dan cabaran. Bangi: Fakulti Sains


Pembangunan.

Zaid Ahmad et al.(2006).Hubungan etnik di Malaysia.Shah Alam .Oxford Fajar Adn Bhd.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai