Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis Artikel: Komunikasi Berkesan

Komunikasi berkesan merupakan antara faktor utama dalam menentukan keberjayaan


sekolah. Dalam pengamalan komunikasi berkesan, ia melibatkan beberapa faktor iaitu ciri
komunikasi yang diaplikasikan serta pengamalan etika positif dalam melaksanakan
komunikasi. Dengan penggunaan sistem komunikasi secara berkesan pelaksanaan proses
merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti dapat dilaksanakan secara lancar. Dalam
pengoperasian di sekolah, terdapat 4 bentuk komunikasi iaitu menyelaras, berinovasi,
menyelenggara dan memberi maklumat. Keberkesanan komunikasi bergantung kepada
kewujudan persekitaran saling mempercayai, hormat-menghormati, membina dan pertukaran
maklumat. Ini akan menentukan kepuasan kedua-dua pihak (pentadbir dan guru) dalam
melaksanakan tugasan dan memiliki kepuasan kerja. Selain lisan, komunikasi juga
ditonjolkan melalui ekspresi gerak tubuh yang mana perlu diberi perhatian yang setara agar
dapat memberikan kesan dan pengaruh yang positif terhadap keberkesanan komunikasi
seterusnya meningkatkan pencapaian organisasi.

Anda mungkin juga menyukai