Anda di halaman 1dari 6

Selat Melaka dan Penjelajahan Orang Bugis

Dr. Hayati Hasan, Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Pengenalan

Makalah ini dipersembahkan adalah dalam keranoka memenuhi keperluan tema


seminar yang bertujuan menelusuri kesejarahan negeri Johor di Malaysia khasnya dan
Nusantara amnya. Tajuk makalah yang bersifat umum ini juga bertujuan untuk memfokuskan
kedudukan Selat Melaka yang bukan sahaja sebagai jalan perdagangan dan tempat pertemuan
pedagang antarabangsa, malahan dalam konteks rumpun Melayu ia menjadi jambatan yang
menghubungkan pelbagai tanah sebarang etnik Melayu yang sentiasa berfikiran terbuka,
toleran, positif, kreatif dan dinamik dalam menghadapi persaingan hidup. Masyarakat
Nusantara yang biasanya terdedah kepada kawasan perairan telah mempengaruhi kehidupan
mereka sebagai pelaut, pelayar pedagang dan penjelajah baharu yang handal. Mereka sentiasa
bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran sama ada dalam aktiviti perdagangan ataupun
dalam menghadapi cabaran pertembungan tamadunnya dengan bangsa lain. Oleh sebab
kebanyakan ibu kota kerajaan Melayu terletak di persisiran pantai dan muara sungai, maka
pertembungan budaya juga turut berlaku melalui jalan laut.
Dalam lakaran sejarahnya, Selat Melaka memang terkenal dengan dagangan yang
sentiasa berulang alik ke destinasi pelabuhan-pelabuhan tertentu di sekitar Nusantara. Dalam
lipatan sejarahnya, Selat Melaka juga adalah antara kawasan perairan yang dipenuhi dengan
aktiviti perdangan dan juga peperangan di antara pelbagai kuasa tempatan dan juga penjajah
Eropah. Warna kebiruan air Selat Melaka mulai bertukar menjadi merah setelah Selat
didatangi oleh penjajah bukan untuk mencari perdamaian, tetapi atas tiket perdagangan
mereka akhirnya memusnahkan kerajaan, menguasai dan memonopoli aktiviti perdagangan.
Ini menyebabkan berlakunya episod peperangan demi peperangan di antara orang Melayu
dengan orang Barat untuk membebaskan negeri mereka dari tawanan orang Eropah.
Kenyataan sejarah juga menunjukkan kekuatan teknologi Barat sering dipaparkan melalui
aktiviti peperangan. Kemajuan yang dicapai oleh orang Barat dipergunakan untuk merampas
dan menjajah. Tindakan ini tentunya berbeza dengan cara pemikiran orang-orang Asia yang
juga mempunyai tamadun dan teknologi yang setara dengan orang Barat, tetapi mempunyai
niat yang datang ke Selat Melaka dan kawasan perairan Melayu lain untuk tujuan perdamaian
yakni untuk berdagang dan berniaga.
Abad ke-16 hingga ke-20 merupakan zaman panca roba dan getir bagi bangsa
Melayu Nusantara yang menghadapi cabaran penjajahan Barat. Pada saat kejatuhan pelbagai
pusat perdagangan dan pelabuhan Melayu di Nusantara khususnya pada abad ke-17 dan ke-
18, muncul sebuah kuasa Melayu yang cuba mempertahankan dan mengembalikan semula
kedudukan Melayu khususnya dalam aktiviti perdagangan dan kekuasaan kerajaan.
Kemunculan kuasa Bugis di Nusantara pada abad ke-17 dan ke-18 khasnya di perairan Selat
Melaka dan juga dalam episod sejarah Johor adalah perlu mendapat perhatian utama
khususnya dalam konteks perjuangan orang Melayu untuk mengembalikan maruah dan
kekuasaannya di Alam Melayu. Ini bermakna, peranan dan sumbangan orang-orang Bugis
dalam sejarah Nusantara amat besar ertinya kepada bangsa Melayu.
Sebagai suku bangsa Melayu yang mempunyai reputasi yang tinggi sebagai pelaut,
pelayar, penjelajah dan pedagang di samping kekuatan kerajaan yang setanding dengan
kerajaan-kerajaan Melayu di bahagian barat Nusantara. Maka kehadiran mereka di sebelah
Barat tentunya sentiasa dialu-alukan apabila mereka mempunyai niat untuk membantu
masalah politik yang stabil. Kedatangan mereka ke negeri Johor dapat dianggap sebagai batu
loncatan dalam serampang dua mata iaitu pertama untuk mengembalikan maruah dan darjat
orang Bugis yang teruk akibat penguasaan Belanda di Sulawesi Selatan dan kedua untuk
membantu negeri Johor menyelesaikan masalah dalam negerinya. Kedua-dua matlamat
kedatangan orang Bugis ke negeri Johor juga harus dilihat dari sudut aktiviti pasompe
(merantau) Bugis. Aktiviti kehidupan ini adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti
utama dalam budaya orang Bugis yang bertujuan untuk mempertingkatkan status sosial dan
ekonominya. Pasompe adalah sebahagian daripada pecahan variasi lokal tradisi merantau
dalam kalanoan rumpun Melayu. Kehadiran orang Bugis di sebelah barat Nusantara telah
menjadikan pelabuhan Riau negeri Johor muncul sebagai pelabuhan yang dapat menyaingi
kedudukan Melaka yang ditadbir oleh Belanda.
Orang dagang dan pedagang Melayu dari pelbagai keturunan di Nusantara memang
sentiasa berulang alik antara pelbagai pelabuhan untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Warisan budaya dan tradisi merantau inilah yang masih utuh dan kekal hingga kini seperti
yang terakam dalam ungkapan Melayu sebagai aktiviti kehidupan yang "tidak lekang dek
panas dan tidak lapuk dek hujan". la adalah sebuah tradisi yang sentiasa dinamik, inovatif dan
penuh dengan daya positif. Hal ini juga mencerminkan semangat kegigihan, keazaman dan
kekuatan tekad, sikap dan rasa untuk berubah, mempertingkatkan status diri, keluarga,
masyarakat dan bangsa. Keadaan ini tentunya berkaitan dengan harga diri, jati diri dan
maruah bangsa yang maju dan membangun lantaran usaha dan kerja keras seperti yang
dilambangkan oleh konsep sosioekonomi menurut fahaman Islam sebagai ikhtiar. Dalam hal
ini, memang wajar sekiranya Prof. Syed Naquib Al-Attas menyatakan bahawa Islam itu
sesungguhnya membawa sistem kehidupan yang praktikal dan rasional. Ini merupakan
lambang keperibadian bangsa yang bersifat sejagat. Namun, manusia Melayu Nusantara
sebenarnya telah menyediakan kerangka kehidupan yang berteraskan kepada konsep lokal
genius untuk menguruskan kehidupan mereka yang wilayahnya sentiasa dikelilingi oleh air.
Justeru, konsep cintakan tanah air adalah terbit dari kedudukan geografi dan aktiviti
kehidupan mereka. Ini bermakna masyarakat Nusantara harus menyediakan strategi dan
program kehidupannya demi mencapai matlamat untuk membina keperibadian dan tamadun
bangsa. Maka disediakan pelbagai petua, panduan dan peraturan hidup seperti yang terdapat
dalam sistem adat. Antara lain telah dirakam dalam warisan puisi berupa peribahasa dan
pantun yang ada pada setiap etnik. Semuanya ini menjadi pedoman dan pengajaran kepada
setiap individu yang ditanamkan dalam minda dan jiwa dari peringkat kanak-kanak hinggalah
ke peringkat dewasa melalui sistem sosialisasinya.
TEKNIK MEMBACA

Teknik Membaca Luncuran (Skimming)


Teknik membaca ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang ringkas tetapi
menyeluruh. Pembaca hanya akan membaca tajuk besar, sub-tajuk, huruf-huruf condong,
huruf-huruf yang dihitamkan, gambar rajah dan carta. Biasanya pembaca akan melompat dari
satu bahagian ke satu bahagian dan dasatu muka surat ke satu muka surat dengan cepat.
Melalui penulisan sejarah di atas, pembaca akan hanya mengenalpasti dan mengingati tajuk
besar dan sub-tajuk (faktor-faktor kedatangan penjajah). Pembaca akan fokus dengan tulisan
condong serta maksudnya seperti pasompe (merantau).

Teknik Membaca Imbasan (Scanning)


Teknik ini bertujuan untuk mengimbas kembali fakta khusus atau huraian sesuatu
isi. Hal ini akan membolehkan pembaca mengingati satu isi yang ringkas tetapi
menghuraikannya dengan banyak dan panjang. Pembaca akan membaca dengan kadar yang
cepat bagi mengoptimumkan sebanyak yang boleh. Melalui Penulisan sejarah di atas,
pembaca mungkin akan membaca bahawa Belanda datang ke Tanah Melayu adalah
disebabkan faktor ekonomi. Oleh itu, penulis boleh menghuraikan lebih panjang berkaitan
faktor ekonomi berdasarkan pengetahuan seperti kekayaan bahan mentah, pelabuhan yang
strategik dan sebagainya.

Teknik KWL
Pada tahun 1986, Ogle membina carta KWL untuk tujuan membantu merangsang
pemikiran atau minda pembaca secara aktif semasa proses membaca. Model ini
dikembangkan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan daya pengetahuan murid-murid mengenai sesuatu topik. Teknik ini terbina
daripada akronim perkataan bahasa Inggeris KWL, yang membawa maksud:

K Know: Apa yang saya tahu?;


W What: Apa yang ingin saya tahu?; dan
L Learn: Apa yang saya pelajari?
Pelaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah ataupun penggunaannya secara
individu untuk tujuan pembacaan secara kritikal tertumpu kepada penggunaan jadual KWL.
Jadual KWL adalah seperti yang berikut:

Jadual KWL

K (KNOW) W (WHAT) L (LEARN)

Apakah yang saya ketahui? Apakah yang ingin saya L (LEARN)


ketahui? Apakah yang telah saya
pelajari?
Kehebatan pejuang Bugis Bagaimana pejuang Bugis Sudah menjadi
dalam mempertahankan dapat menguasai dan tanggungjawab untuk
kerajaan Melayu dari dijajah memerintah dengan baik di sentiasa memperbaiki dan
oleh kuasa asing. Johor dan mahir dalam mengembangkan kemahiran
perlbagai bidang? diri kea rah yang sepatutnya.
Semangat cintakan akan
tanah air perlulah dipupuk
dalam jiwa bagi
membendung anasir-anasir
luar.

Pelaksanaan Teknik Preview Teks Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Sama seperti teknik KWL, teknik preview teks juga dirangka untuk membantu para
guru membantu pelajar-pelajar membaca dengan berkesan. Penggunaan teknik preview teks
ini dapat meningkatkan pemahaman pembaca apabila mereka berupaya mengaitkan
pengetahuan latar mereka dengan bahan bacaan. Pengetahuan latar ini mampu menarik
pembaca untuk berminat dengan topik yang dibaca. Gambar rajah yang berikut menjelaskan
pelaksanaan teknik preview teks. Semasa pelaksanaan preview teks ini guru boleh
mengabungkannya dengan teknik membaca secara sepintas lalu dan teknik membaca
imbasan.
Guru memperkenalkan pelajar Pelajar akan membaca teks Selat
kepada teks sejarah yang akan Melaka dan Penjelajahan Orang
dibaca pada hari tersebut. Bugis secara sepintas lalu bagi
mendapat gambaran umum

Pelajar akan menyenaraikan apa Pelajar akan membaca teks


yang mereka tahu misalnya secara imbasan untuk mencari
sinopsis cerita setelah maklumat yang tertentu
membacanya secara sepintas lalu
dan imbasan

Pelajar membaca teks


penuh

Anda mungkin juga menyukai