Anda di halaman 1dari 13

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

Berikut adalah surat pekeliling Kementerian Pelajaran


Malaysia tentang salah laku yang dianggap berat.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/1975

Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat.

Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat di mana


hukuman gantung sekolah dan hukuman buang sekolah boleh
dijatuhkan adalah seperti berikut:-

1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.


2. Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.
3. Memukul guru.
4. Mengancam guru-guru atau Guru Besar atau Pengetua.
5. Melanggar peraturan dan undang-undang yang
ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pelajaran.
6. Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak
berkuasa sekolah.
7. Sengaja merosakkan harta kerajaan dan harta benda
sekolah.
8. Sengaja merosakkan harta benda persendirian murid-
murid dan guru-guru.
9. Mencuri.
10. Mengancam murid-murid lain. Ancaman yang
serius dan bahaya.
11. Menghisap rokok dan mengambil dadah.
12. Berjudi.
13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan
di dalam kawasan sekolah.
14. Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah
dua/tiga kali amaran.
15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat
penghinaan kepada guru-guru, Guru Besar atau
Pengetua.
16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang
sensitive dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan
perpecahan.
17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib yang
menurut budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran
tatatertib yang berat.

JENIS-JENIS SALAH LAKU MURID

1. Tingkah laku Jenayah


1.1 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan
guru
1.2 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan
pengawas
1.3 Berjudi
1.4 Mencuri
1.5 Memeras ugut
1.6 Membuli/peloncoan
1.7 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
1.8 Menyalahgunakan dadah
1.9 Membawa senjata berbahaya
1.10 Mencabul kehormatan
1.11 Mengancam/memukul/mencederakan murid lain
1.12 Menceroboh bilik khas/kedai koperasi/pejabat
sekolah/asrama
1.13 Mengedar dadah
1.14 Menunjuk perasaan/berpiket/mengganggu
ketenteraman sekolah
1.15 Bertaruh

2. Tingkah laku Lucah


2.1 Bercumbu-cumbuan
2.2 Berkhalwat
2.3 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
2.4 Mengintai murid-murid perempuan
2.5 Menggunakan perkataan lucah/perbuatan lucah
2.6 Melukis/menulis kata-kata/gambar-gambar lucah

3. Kekemasan Diri
3.1 Berambut panjang/berwarna/fesyen rambut
bertentangan dengan peraturan sekolah
3.2 Berkuku panjang
3.3 Bermisai dan berjanggut (lelaki)
3.4 Memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan
sekolah
3.5 Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang di
sekolah

4. Tingkah laku Tidak Mementingkan Masa


4.1 Berkeliaran di kawasan sekolah pada waktu P & P
4.2 Datang lewat ke sekolah
4.3 Lewat ke perhimpunan
4.4 Makan di kantin di luar waktu rehat

5. Tingkah laku Kurang Sopan dan Biadap


5.1 Berkelakuan kasar terhadap guru
5.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
5.3 Berkelakuan kasar terhadap murid lain
5.4 Berbahasa kesat
5.5 Menyimpan/mengedar/menghisap rokok
5.6 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
5.7 Tidak menghormati guru
5.8 Tidak menghormati pengawas/ketua tingkatan

6. Tingkah laku Musnah


6.1 Merosakkan harta benda sekolah
6.2 Merosakkan harta benda Pengetua/guru-
guru/kakitangan sekolah
6.3 Merosakkan harta benda kantin sekolah
6.4 Merosakkan harta benda murid

7. Tingkah laku Tidak Jujur/Menipu


7.1 Menipu yang melibatkan wang
7.2 Menipu yang melibatkan kepercayaan
7.3 Menipu/meniru semasa ujian/peperiksaan

8. Ponteng
8.1 Ponteng kelas
8.2 Ponteng sekolah
8.3 Ponteng perhimpunan
8.4 Ponteng kegiatan kokurikulum
8.5 Ponteng ujian/peperiksaan

A.Peraturan-peraturan Am
1. Murid-murid hendaklah berbaris dengan teratur dan
senyap sewaktu keluar kelas dan sewaktu masuk ke
kelas untuk:

1.1 Balik sekolah atau masuk belajar.

1.2 Pergi dan balik sewaktu Pendidikan Jasmani.

1.3 Pergi dan balik sewaktu pelajaran di bengkel/makmal

sains/makmal komputer/bilik-bilik khas.

1.4 Pergi dan balik dari perpustakaan/pusat sumber.

2. Pada waktu rehat murid tidak dibenarkan berada di dalam


kelas melainkan bertugas.
3. Murid-murid dibenarkan membeli keperluan alat tulis
persekolahan di kedai koperasi hanya pada waktu rehat
sahaja.

4. Murid-murid mesti menghafal, memahami dan menghayati


Rukun Negara dan mengamal falsafahnya.

5. Murid-murid tidak dibenarkan memadam/memindah


kenyataan yang ditulis di papan kenyataan.

6. Murid-murid tidak dibenarkan berada di luar kawasan


sekolah dengan memakai pakaian seragam sekolah pada
waktu persekolahan tanpa sebab-sebab tertentu.

7. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang


atau mewarnakan kuku. Murid lelaki dilarang memakai rantai,
gelang, subang, cincin dan seumpamanya.

8. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata gelap


dan berfesyen sewaktu berada di dalam kawasan sekolah.

9. Murid-murid tidak dibenarkan membuat atau menyebarkan


khabar angin.

10. Murid-murid tidak dibenarkan menulis, mengirim atau


menerima surat-surat berunsur cinta/asmara.

11. Murid-murid dilarang terlibat dalam kegiatan asmara atau


bercumbu-cumbu atau perbuatan yang seumpamanya.

12. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan atau


menyimpan buku teks di dalam kelas selepas waktu
persekolahan.

13. Murid-murid dilarang membawa dan mendengar radio di


dalam sekolah.
14. Semua jenis alat muzik tidak dibenarkan dibawa ke
sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.

15. Murid-murid dilarang membawa kamera ke sekolah


melainkan setelah mendapat kebenaran daripda pihak
sekolah.

16. Telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh


ibubapa/penjaga.

17. Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan telefon


awam pada waktu rehat dan selepas persekolahan atau
dengan kebenaran guru.

18. Laptop/netbook boleh dibawa untuk tujuan


pembelajaran sahaja dan tidak boleh disalahgunakan untuk
tujuan lain. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan/kerosakan peralatan tersebut.

19. Murid-murid dilarang bermain-main dengan alat-alat


elektrik dalam kelas/ bangunan sekolah atau sebarang alat
yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan.

20. Murid-murid hendaklah taat kepada perintah Pengetua,


Pentadbir sekolah, guru-guru, semua pengawas dan ketua
kelas.

21. Murid-murid hendaklah melaporkan kepada


Pengetua/Penolng Kanan Hem/Guru Disiplin/Guru
Tingkatan/Guru Bertugas Mingguan akan apa sahaja kegiatan
jahat yang mereka ketahui berlaku dalam sekolah.
Menyembunyikan perkara-perkara ini dianggap bersubahat
dan merupakan suatu kesalahan.

22. Kebenaran perlu dipohon daripada Pengetua jika


seseorang murid ingin menjadi ahli atau mengambil bahagian
dalam sesuatu kegiatanyang bukan dikelolakan oleh pihak
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

23. Murid-murid mestilah mengisi borang kebenaran ibu bapa


sebelum menyertai sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah
yang dianjurkan sama ada oleh pihak sekolah, Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian
Pelajaran Malaysia.

24. Murid-murid mestilah sentiasa menjaga nama


baik/maruah SMK Iskandar Shah.

B.Masa Persekolahan

Isnin, Selasa dan Khamis : 07.30 pagi 02.30 petang

Rabu : 07.30 pagi 04.00 petang

Jumaat : 07.30 12.00 tengah hari

Semua murid hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 15


minit sebelum waktu P & P bermula. Murid-murid yang hadir
lewat ke sekolah akan diambil tindakan/dikenakan hukuman
dengan merekodkan kesalahan dalam SSDM.

C.Kehadiran
1. Semua murid diwajidkan hadir ke sekolah setiap hari
persekolahan.
2. Kehadiran ke sekolah kerana aktiviti kokurikulum adalah
wajib.
3. Para murid yang tidak hadir ke sekolah atau aktiviti
kokurikulum mestilah memberikan kenyataan bertulis
pada hari berikutnya (jika hadir) sama ada daripada ibu
bapa/penjaga/ atau surat akuan doktor.

D. Perhimpunan

Perhimpunan adalah wajib bagi semua murid. Murid-murid


yang gagal menghadiri perhimpunan akan dihukum.

1. Waktu perhimpunan Mingguan: Setiap hari Isnin bermula


jam 7.15 pagi di tapak perhimpunan.
2. Waktu perhimpunan Harian: Selasa Jumaat bermula
7.15 7.30 pagi.
3. Semua murid mestilah berada di tapak perhimpunan
pada masa yang ditetapkan.
4. Murid-murid dilarang membuat bising semasa
perhimpunan.
5. Murid-murid hendaklah mendengar dengan teliti perkara
yang disampaikan oleh guru bertugas, guru-guru atau
Pengetua sewaktu perhimpunan.
6. Semasa bersurai, murid-murid dikehendaki berjalan
dengan teratur dan kemas mengikut kelas dan laluan
yang ditetapkan.

E. Tidak hadir ke sekolah

Murid-murid mestilah hadir ke sekolah tiap-tiap hari


persekolahan kecuali atas sebab yang munasabah.

1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab


atau kenyataan bertulis akan dihukum.
2. Seseorang murid yang tidak hadir ke sekolah pada
sesuatu hari perlu menghantar surat yang ditulis oleh
ibu bapa atau penjaganya atau surat akuan doktor
kepada pihak sekolah sebaik hadir ke sekolah pada hari
berikutnya.
3. Sekiranya seseorang murid sakit mengejut atau
mengalami lain-lain kecemasan, sijil-sijil perubatan atau
surat penjelasan perlu disampaikan kepada pihak
sekolah oleh ibu bapa atau penjaganya dengan secepat
mungkin.
4. Murid-murid yang sedia sakit di rumah dinasihatkan
tidak terus ke sekolah sebaliknya dibawa ke klinik atau
hospital oleh ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan
rawatan.
5. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-
turut tanpa sebab akan diberikan surat amaran. Jika
selepas 3 hari , surat amaran pertama diikirimkan murid
berkenaan masih juga tidak hadir, surat amaran kedua
akan dikirimkan. Surat amaran akhir akan dikirimkan jika
masih dalam keadaan yang sama.
6. Murid yang tidak hadir selama 14 hari berturut-turut
selepas surat amaran akhir dikirimkan, nama murid
tersebut akan dipadamkan daripada daftar sekolah. Ini
bermaksud murid tersebut telah disingkirkan (dibuang
dari sekolah).
7. Murid-murid mestilah hadir di dalam bilik darjah semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

F. Keluar dari kawasan sekolah

Pada hari-hari persekolahan para murid tidak dibenarkan


keluar dari kawasan sekolah kecuali apabila:
1. Ibu bapa atau penjaga datang menjemput untuk tujuan-
tujuan tertentu dengan kebenaran Pengetua.
2. Dihantar oleh guru ke klinik/hospital atau ke tempat-
tempat tertentu (aktiviti sekolah) dengan kebenaran
Pengetua.
3. Semua murid tidak dibenarkan balik sebelum tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan.

G. Pakaian seragam sekolah

Para murid mestilah memakai pakaian seragam yang


diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Murid lelaki

1.1 Kemeja berlengan pendek berwarna putih. Kemeja


berlengan panjang hendaklah sentiasa dibutangkan atau
dilipatkan sehingga atas dari siku.

1.2 Memakai tali leher sepanjang waktu persekolahan.

1.3 Seluar berwarna hijau kehitam-hitaman. Seluar-seluar


bell-bottom dan seluar ketat adalah tidak dibenarkan. Lilitan
kaki seluar antara 16 inci hingga 18 inci atau 40cm hingga
45cm di bahagian tumit kaki. Seluar fesyen jeans adalah
tidak dibenarkan.

1.4 Kemeja perlu disisipkan ke dalam seluar.

1.5 Kasut kanvas berwarna putih dan bertali atau flaps sahaja
yang dibenarkan. Kasut berkenaan hendaklah tidak berhias
atau berbelang-belang.
1.6 Hanya stoking berwarna putih yang tidak berbelang
dibenarkan untuk dipakai ke sekolah.

1.7 Lencana sekolah dan tanda nama hendaklah


dijahit/ditampal di bahagian dada atau saku kemeja di
sebelah kiri.

1.8 Hanya tali pinggang berwarna hijau tua berukuran lebar


3cm (1.5 inci) serta berkepala yang berukuran 4cm sahaja
dibenarkan.

1.9 Para murid dilarang memakai sebarang topi dan jaket


semasa waktu persekolahan. Hanya songkok berwarna hitam
sahaja dibenarkan dipakai ke sekolah.

2. Murid perempuan

2.1 Murid perempuan Islam mesti berbaju kurung putih


berpesak, berkain sarung berwarna biru laut dan bermini
telekung putih yang tidak bersulam.

2.2 Murid yang bukan beragama Islam dibenarkan memakai


kemeja putih kolar terbuka, berlengan pendek dan pinafore
biru laut.

2.3 Baju serta kain sarung atau skirt yang diperbuat dari kain
licin atau jarang adalah tidak dibenarkan.

2.4 Lencana sekolah dan tanda nama hendaklah


dijahit/ditampal di bahagian dada. Sebelah kiri baju atau
tudung.

2.5 Kasut kanvas berwarna putih dan stoking putih tanpa


berbelang dibenarkan.
2.6 Murid dilarang memakai alat solek, barang kemas dank
anta lekap yang berwarna.

3. Murid Tingkatan Enam

Semua murid lelaki dan perempuan Tingkatan Enam mesti


berpakaian kemas . Lelaki seluar slack, berkemeja,bertali
leher, kasut kulit atau separuh kulit. Pelajar perempuan
memakai baju kurung dan two piece.

Pakaian pengawas

Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber memakai


pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

H. Pakaian Pendidikan Jasmani dan Kokurikulum

Semua murid diwajibkan mengikuti mata pelajaran


Pendidikan Jasmani kecuali kurang sihat atau dengan surat
akuan doktor.

1. Murid lelaki mesti memakai seluar trek berwarna hitam


atau biru gelap dan berbaju-T dengan logo sekolah (baju
sukan).
2. Murid perempuan dikehendaki memakai seluar trek
berwarna hitam atau biru gelap dan berbaju-T dengan
logo sekolah. Murid perempuan Islam wajib berbaju-T
dengan logo sekolah berlengan panjang (baju sukan).
Tudung mestilah berwarna putih atau cream dan tidak
bersulam.
3. Berkasut kanvas putih atau kasut yang sesuai dengan
permainan.
4. Semasa aktiviti kokurikulum seperti persatuan atau
kelab, pakaian hendaklah pakaian seragam sekolah atau
pakaian persatuan/kelab.

Anda mungkin juga menyukai