Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Solat lima waktu sehari semalam merupakan rukun islam yang kedua, di mana ia
merupakan rukun yang wajib untuk umat islam patuhi untuk menjadi seorang muslim yang sejati.
Selain itu, solat-solat sunat juga digalakkan untuk dilakukan dengan kerap untuk mendapatkan
pahala yang berganda dan banyak lagi kebaikan yang lain. Salah satu daripada solat sunat yang
disebutkan ialah solat sunat tahajud. Solat tahajud atau sembahyang tahajud adalah salah satu
solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas bangkit daripada tidur atau semasa
Qiamullail. Antara kebaikan melakukan solat sunat tahajud dengan kerap adalah penghapusan
dosa, peroleh keredhaan Allah SWT, peroleh cahaya pada wajah dan hati dan juga untuk
penyembuhan penyakit.

Allah berfirman: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah
'sembahyang tahajud' padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit
dan menempatkan engkau pada hari akhirat ditempat yang terpuji" [Quran 17:29]. Seperti yang
sedia maklum, agama Islam menuntut pengikutnya berjaga malam untuk beribadah.

Adakah solat dapat menyembuhkan penyakit? Soalan ini sering berlegar-legar di minda
masyarakat milenium pada masa kini. Buku yang ditulis oleh Dr. Mohammad Salleh ini akan
membincangkan tentang kehebatan dan keajaiban yang dapat diperoleh melalui ibadat solat
tahajud. Hal ini demikian kerana beliau telah menemukan beberapa kajian saintfik dimana
kaedah psikoneuroimunologi dapat memberikan kuasa penyembuhan penyakit terhadap
seseorang apabila mereka melakukan solat tahajud. Selain itu juga, buku ini juga menerangkan
tentang teknik berserta panduan praktikal untuk mendapatkan kesan penyembuhan tersebut
melalui solat sunat tahajud. Akhir sekali, fakta-fakta yang diragui oleh minda masyarakat
muslimin berkenaan dengan mukjizat solat sunat tahajud juga akan dapat diyakinkan dan
keraguan juga dapat disangkal serta-merta.

Oleh yang demikian, terdapat 1001 rahsia tentang kehebatan dan keajaiban didalam
ibadat solat tahajud ini. Walaupun solat tahajud sekadar ibadat sunat dan tidak wajib dilakukan,
tetapi ia sangat berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan kita. Maka, buku ini akan
menghuraikan setiap perkara terperinci yang berkaitan dengan kesihatan kita melalui ibadat
solat tahajud.

Anda mungkin juga menyukai