Pengajian Tamadun Islam 2 PDF
Pengajian Tamadun Islam 2 PDF
Takrif tamadun
A.Perspektif tamadun islam
>Ibnu Khaldun kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan
kemewahan dan minat kepada pelbagai aspek industri yang
boleh mempertingkatkan kualitinya.
Model-model tamadun
~Ibnu Khaldun(1332-1406)
Masyarakat pra-tamadun
(belum mantap terhadap aspek aspek kebendaan,idea dan kemanusiaan)
seperti;sembah berhala,semangat kabilah,dan keterbatasan interaksi sosial.
Masyarakat bertamadun
(peringkat awal budaya baru berteraskan islam)
seperti;perluasan hubungan silaturahim dan cetusan idea-idea intelek
Masyarakat pasca-tamadun
(peringkat kejatuhan)
seperti;kebekuan idea dan penyelewengan agama
Kandungan tamadun
~Pada tahap paling minimum,kandungan tamadun mempunyai 6 ciri asas;-
a)kehidupan di Bandar
b)sistem pemerintahan dan kerajaan
c)bahasa dan tulisan
d)sistem perundangan
e)agama dan sistem kepercayaan
f)pengkhususan dalam pekerjaan
Hubungan dalam tamadun
~Maksud;kekuatan-kekuatan yang terbentuk disebalik elemen-elemen penting dalam
tamadun.
~Hubungan paling dominan;-
i.agama
>jatuh bangunnya sesebuah tamadun atau kerajaan selari dengan jatuh
bangunnya sesuatu agama.
>agama mempunyai hubungan fungsi dengan unsur-unsur tamadun yang lain
seperti;
a-moral
b-etika
c-ekonomi
d-undang-undang estetika dan sains
>tamadun islam ialah tamadun agama bukannya tamadun bangsa atau
wilayah.
ii.ketenteraan
>persaingan dan perebutan kuasa pada peringkat intra-tamadun(persaingan
antara negara-negara Eropah dalam gerakan imperialisme dan
kolonialisme)dan antara tamadun menyebabkan penggunaan ketenteraan
atau militer semakin ketara.
>kesan hubungan ini- nilai-nilai negatif lebih banyak daripada positif seperti;
a-peperangan
b-balas dendam
iii.pasaran
>transformasi telah berlaku dalam peranan pasaran sehingga dapat
menentukan jatuh bangunnya tamadun.
>nilai-nilai moral terabai akibat daripada penekanan yang berlebihan
terhadap consumerisme oleh pasaran barat yang menganggap seseorang
itu memang individualistic secara semulajadi dan tidak perlu mempedulikan
orang lain.
Bersifat terbuka
~Pra-syarat kepada tersebarnya tamdun pada peringkat pertama.
~Menerima idea daripada tamadaun lain tetapi melalui proses penapisan dahulu bagi
memastikan tiada pertentangan dengan ajaran islam. Contohnya;-bidang perubatan
dimulakan oleh tamadun Mesopotamia dan Mesir tetapi dikembangkan oleh tamadun
islam dan India.
Definisi tamadun
~Sebuah masyarakat yang berusaha meningkatkan arus pembangunan dengan
menunjukkan;
a.kehebatan
b.keilmuan
c.moraliti
d.pemikiran
untuk mendapatkan sanjungan untuk kenangan bagi generasi selepasnya.
Definisi
~114 surah,30 juzuk,60 hizb,6666 ayat.
~Maksud al-Quran dari segi bahasa :bacaan
dari segi istilah : kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang
membacanya.
Keistimewaan al-Quran
~Diwahyukan kepada Nabi Muhammad adalah pelengkap kepada semua kitab
sebelumnya.
~Al-Quran merupakan kitab suci terakhir dimana segala isi kandungannya bersesuaian
dengan semu keadaan,tempat dan masa.
~Ia diturunkan secara beransur-ansur bagi memudahkan proses pembacaan.
~Al-Quran mempunyai susunan dan gaya bahasa yang menarik .Selain itu ia juga
merupakan sumber rujukan dan jalan penyelasaian yang terbaik kepada semua
masalah yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Kandungan Al-Quran
A)Tauhid~manusia diperintahkan supaya menyembah Allah SWT semata-mata yakni
tidak mensyirikkannya.Tanpa tauhid nescaya manusia berada didalam kesesatan.Para
nabi dan rasul diutus bagi mengejar dasar-dasar tauhid dan seterusnya menjamin
kesejahteraan hidup didunia dan akhirat.
B)Janji dan ancaman Allah SWT~Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup didunia
dan akhirat kepada setiap orang yang beriman dan mematuhi segala perintahNya.Allah
SWT mengancam sesiapa yang ingkar kepada perintahNya dan mereka yang
memusuhi para nabi serta rasulnya dengan azab yang pedih.
C)Ibadah ~Konteks ibadat dalam islam sangat luas kerana ia tidak terbatas kepada
upacara ritual semata-mata.Semua aktiviti yang dilakukan dengan niat bagi mendapat
keredhaan Allah dikira ibadat.
D)Jalan dan cara mencapai kebahagiaan~setiap orang yang beragama pasti berhasrat
mencapai kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.Oleh itu Allah memberi petunjukNya
menerusi al-Quran dengan cara menghayati segala ajaran yang disyariatkan.
Pengertian
1)Al-Sunnah~dari segi bahasa sirah yang membawa maksud perjalanan.Dari segi
istilah pula sesuatu yang bersumber kepada Nabi Muhammad berupa
perkataan,perbuatan,taqrir atau sifat daripada akhlaknya bermula daripada baginda
diangkat menjadi rasul sehingga wafat.
2)Al-Hadis~dari segi bahasa membawa maksud khabar,percakapan atau baharu.Dari
segi istilah pula ialah sesuatu yang bersangkutan dengan Nabi Muhammad samada
perkataan,perbuatan,taqrir,sifat yang berrkaitan dengan akhlak sebelum baginda
diangkat menjadi rasul hingga wafatnya.
Jenis-jenis sunnah
Perbezaan
AL-QURAN HADIS
Mukjizat Bukan mukjizat
Diturunkan kepada kepada Nabi Dituruni kepada Nabi Muhammad melalui
Muhammad dalam keadaan sedar. samada sedar, mimpi dll
Orang yang berhadas dilarang Tidak ada larangan menyentuhnya bagi
menyentuhnya orang yang berhadas.
Definisi
Perbezaan
AQIDAH IDEALOGI
IMAN Tertanam dalam lubuk hati. Tertanamdi dalam fikiran,
fantasi dan khayalan.
KEBENARAN Mutlak dan tetap Mungkin betul dn salah,
bersifat relatif.
PERPENDIRIAN Tetap, teguh dan kukuh Tidak tetap, mudah
selama-selamanya. berubah-ubah.
Aman bahagia, tenang Gembira apabila benar,
kerana sentiasa benar. sedih dan putus asa
apabila salah.
Aspek kepercayaan :
o Percaya kepada Allah SWT.
o Percaya kepada Malaikat.
o Percaya kepada Rasul.
o Percaya kepada Kitab.
o Percaya kepada Hari Kiamat.
o Percaya kepada Qada dan Qadar.
Aspek kaedah :
o Kaedah pelaksanaan aqidah / bagaimana aqidah dapat bertapak.
o Dibahagikan kepada tiga prinsip yang menjadi kriteria asas aqidah :-
aspek kesatuan
aspek rasional
a) menolak semua yang tidak bersesuaian dengan realiti.
b) menolak pertentangan diantara akal dengan wahyu.
c) bersifat terbuka kepada penemuan-penemuan baru.
Aspek tolenrasi :
o Ditunjangi oleh empat prinsip :-
karamah insaniah / emuliaan manusia.
kepercayan bhawa perbezaan agama adalah manifestasi
kekuasaan Allah SWT.
umat islam tidk di pertanggungjawablan ke atas kekafiran orang-
orang kafir.
kewajipan melakukan keadilan dan berakhlak mulia sesama
manusia.
Ini disebabkan oleh kecetekan ilmu yang dimiliki tentang Islam dan tidak
menyeluruh, cuma melibatkan aspekaspek seperti ibadat, nikah kahwin dan
sebagainya ahaja.
Berbagai-bagai fahaman dan idealogi lahir yang menambahkan lagi kepincangan
yang sedia ada.
Antara persoalan terpenting ialah :-
o Fahaman aqidah sebagai suatu keyakinan yang tetap di hati. Dari sini
lahirlah pelbagai fenomena yang mengelirukan upamanya:-
a) Lahirnya idealogi moden seperti sekularisme, nasionalisme dll
b) lahir fahaman kononnya aqidah adalah suatu warisan turun-temurun.
Konsep
~Etimologi bererti jalan ke tempat pengairan atau jalan yang bersih yang selalu di
lalui.Secara ringkasnya syariah membawa maksud undang-undang,aturan-aturan dan
ketetapan-ketetapan Allah SWT yang diperuntukkan bagi manusia mengatur hubungan
manusia dengan Allah dan kedamaian didunia bagi menyelamatkan mereka untuk
mencapai kehidupan abadi di akhirat kelak.
Sumber-sumber syariah
~Al-Quran
~Al-Sunnah
~Al-Ijma
~Al-Qias
~Al-Ijtihad
Maqasid syariah
Dari segi bahasa qasada bermaksud arah tuju yang betul dalam perjalanan.Dari
segi istilah pula bererti Allah SWT menurunkan syariatNya bertujuan menjaga dan
menjamin kemaslahatan manusia didunia dan di akhirat yang meliputi aspek
ibadat,politik,ekonomi dll.
Pembahagiaan maqasid
1)Maqasid Dhururiyyah
>>asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan akhirat.Ia merangkumi
aspek agama,jiwa,akal,keturunan,dan harta.
2)Maqasid Hajiyah
>>bagi mendapat kelapangan dalam kehidupan dengan menghilangkan kesempitan
yang biasanya membawa kesusahan dan kesukaran.Terbahagi kepada 2 aspek iaitu;-
a.muamalatjual beli saham,memberi modal dll.
b.jinayatsumpah dan jaminan keatas harta.
3)Maqasid Tahsiniyah
>>perkara-perkara yang dianggap terpuji didalam adat kehidupan dan pergaulan.Ia
menjauhi suasana yang kurang baik.Merangkumi aspek-aspek seperti;-
a.Ibadat~sembahyang,puasa,zakat dll.
b.kehidupan~adab-adab makan,pakaian,musafir dll.
c.muamalat~haramkan penipuan,sorok barang untuk mengaut keuntungan dll.
ISI KANDUNGAN
Permulaan pembinaan tamadun Islam ialah lahirnya Rasulullah SAW beserta turunnya
wahyu daripada Allah SWT di Gua Hira di kaki bukit an-Nur pada 17 Ramadhan 610
Masihi. Tamadun Islam dibahagikan tiga peringkat iaitu peringkat awal di Mekah,
peringkat pertengahan, dan peringkat akhir. Nabi Muhammad SAW mengajak
masyarakat Arab kembali kepada nilai akhlak dan kemanusiaan yang murni.
Pertahapan Penghayatan Tamadun Islam:
Pembinaan Peribadi dan Keluarga
Pembinaan Peribadi
Tahap pembinaan peribadi adalah tahap pertama pembinaan tamadun Islam.
a) Rasulullah SAW membentuk peribadi Muslim daripada segenap sudut seperti akidah,
syariah, akhlak, ilmu, dan sifat kenegaraan yang menyentuh seluruh sistem politik,
ekonomi, sosial, ketenteraan dan sebagainya.
b) Ciri-ciri sebagai pemimpin umat seperti, kemurniaan aqidah, ibadah yang mantap.
c) meluaskan ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam.
d) Latihan meningkatkan kekuatan fizikal.
e) Berdikari dan melarang daripada sikap suka meminta-minta daripada orang.
f) Mengurus kehidupan dengan teratur dan berdisiplin.
g) Pelaksanaan kewajipan sembahyang berjamaah adalah melatih menepati dan
menghargai masa.
h) Berbakti kepada masyarakat dan manusia sejagat mengikut kemampuan masing-
masing.
Pembinaan Keluarga
Pembentukan keluarga Islam ialah membentuk rumahtangga bermula daripada
perkahwinan.
Bagi menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan berkekalan faktornya:
1) Takwa, asas utama berperanan meletakkan perkahwinan dilandasan yang betul
bagi mendapat keberkatan dan menjadikan perkahwinan itu suatu ibadah.
2) Al-mawaddah, atau perasaan kasih sayang dan saling cinta-mencintai, ingin
memberi dan menerima adalah saripati sebuah keluarga muslim. Mencari
keredhaan Allah SWT, menjaga batas-batas dan adab-adab Islam serta ia
disuburkan dengan pengisian Islam.
3) Al-rahmah, iaitu bertimbang rasa, saling memahami di antara satu sama lain dan
tolong menolong ke arah kebajikan dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Tanggungjawab Sebelum Berumah Tangga
Penyediaan peribadi penting kerana perkahwinan memerlukan kesesuaian.
Hanya muslim yang berperibadi soleh layak mendapat pasangan muslimah yang
solehah.
Pendidikan Anak-anak
Tanggungjawab terhadap anak-anak yang utama ialah memberikan tarbiyah
ataupun pendidikan Islam.
Memastikan anak-anak selamat daripada bahaya siksaan api neraka di akhirat.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 36 yang bermaksud, Dan
sesungguhnya kami mengutus Rasul pada tiap-tiap umat yang menyeru mereka
sembahlah Allah dan jauhilah Thaguf.
Perubahan bermula daripada dalaman manusia, iaitu akidah. Perubahan
pegangan hidup adalah asas perubahan semua sistem dalam kehidupan seperti
ibadah, sosial, ekonomi dan lain-lain.
Pada peringkat awal proses menyebarkan Islam atau proses dakwah bermula
secara rahsia kemudian secara terbuka.
Perlantikan Khalifah
1. Cadangan daripada seseorang dan kemudiannya dipersetujui oleh orang ramai.
2. Dilantik oleh khalifah yang terdahulu dan dipersetujui oleh orang ramai.
3. Dikemukakan beberapa calon oleh khalifah terdahulu supaya dipilih salah
seorang daripada mereka yang paling layak menjawat jawatan khalifah.
Syura
Sistem permesyuaratan yang dinamakan syura.
Firman Allah SWT alam surah Ali Imran ayat 259 yang bermaksud, Urusan
negara hendaklah dimesyuaratkan sesama mereka.
Baiah
Pengakuan seseorang ataupun sekumpulan manusia kepada seseorang untuk
memegang kuasa ataupun memerintah, yang dikenali sebagai khalifah.
Memberikan pengiktirafan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada
khalifah.
Islam sebagai al-din yang sempurna dan lengkap merangkumi segala aspek
kehidupan.
Peraturan-peraturan dalam ilmu muamalat, memperkatakan sumber-sumber
ekonomi, pengeluaran, penagihan, penggunaan, konsep pemilikan, pengurusan
harta seperti jual beli, pinjaman, gadaian, perkongsian, pelaburan dan lain-lain.
Konsep Ekonomi
Ekonomi dalam bahasa Arab bermaksud iqtisad.
Perkataan iqtisad berasal daripada perkataan qasd bererti pertengahan dan
bersederhana.
Perniagaan
Perniagaan dalam bahasa Arab bermakna tijarah.
Perkataan ini berasal daripada kata kerja ta-ja-ra.
Tijarah membawa makna pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain, yakni ia
adalah jual beli.
Peniaga disebut tajir iaitu orang yang menjual dan membeli.
Muamalat
Muamalat berasal daripada kata kerja a-ma-la.
Adalah bentuk jamak kepada muamalah.
Dalam bahasa Arab ia bermakna interaksi dengan orang lain.
Muamalat terbahagi kepada lima iaitu pertukaran yang bernilai, perkahwinan,
pertelingkahan, amanah-amanah dan harta peninggalan.
Perundangan Islam kepada empat bahagian iaitu:
& Ibadah
& Muamalat
& Kekeluargaan
& Hukum-hukum jenayah
KESIMPULAN