Anda di halaman 1dari 5

Persediaan mantap bantu pelajar duduki UPSR dengan tenang

ZAINUDDIN SAJURI (tengah) bergambar bersama para guru dan murid-murid SRAI Bandar Baru Bangi yang menghadiri Seminar Hebat UPSR di UKM, Bangi, semalam.mingguan/Azrul
Edham Mohd Aminuddin
30 April 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 29 April Persediaan mantap dalam sesi latihan pembelajaran membantu pelajar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) dengan lebih tenang.

Inisiatif yang dicetuskan oleh Berkat Minda Resources dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia melalui Seminar Hebat UPSR se ring mendapat
maklum balas positif pihak sekolah kerana pengisiannya memberi input sangat berguna.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru Bangi, Prof. Madya Dr. Zainuddin Sajuri
berkata, sudah tiba masa untuk semua pelajar menguasai teknik menjawab dengan baik.

Oleh kerana fokus kita adalah untuk melahirkan generasi yang terbiasa dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), latihan demi latihan adalah
antara perkara asas yang perlu dilakukan.

Interaksi antara sekolah-sekolah yang berlainan juga perlu dilakukan bagi mengukuhkan kefahaman serta corak pengajaran guru kepada para
pelajar, katanya kepada Mingguan Malaysia, sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program selama dua hari yang berakhir esok di Dewan Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Berkat Minda Resources, Mahmod Mat Ali.

Mengulas mengenai program tersebut, penyertaan 153 peserta turut membuktikan pelajar hari ini sedia untuk menimba ilmu baharu daripada tenaga
pengajar jemputan untuk kecemerlangan akademik masing-masing.

Guru penyelaras UPSR sekolah berkenaan, Samsidar Ahmad, 38, berkata, perkongsian teknik menjawab soalan oleh tenaga pengajar jemputan
membolehkan pihak sekolah meluaskan pengetahuan dalam memberikan pengajaran terbaik kepada pelajar.

Sebagai guru, kami mahu pelajar UPSR yang didedahkan dengan peperiksaan berbentuk KBAT boleh mencapai kecemerlangan yang diharapkan
sekali gus menaikkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi, katanya.
RM15 bilion teroka industri robotik

MOHAMED Khaled Nordin menyerahkan sijil kepada seorang pelajar cemerlang selepas mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah
Kecemerlangan 2017 SMK Pasir Gudang, di Pasir Gudang, Johor, kelmarin.
Zulhisham Isahak
02 Mei 2017 3:00 AM

PASIR GUDANG 1 Mei - Johor bakal meneroka industri robotik dengan nilai pelaburan RM15 bilion yang dijadualkan kerja-kerja
pembangunannya bermula tahun ini. Usaha itu yang akan dibangunkan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama sebuah
syarikat sistem robotik dari China merupakan yang pertama di Malaysia dan rantau ASEAN. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin berkata, perbincangan berkaitan industri tersebut kini dalam peringkat akhir untuk dibentangkan dan dua kawasan
sudah dikenal pasti.

Kawasan pembangunan industri robotik ini adalah di Sedenak di Iskandar Malaysia melibatkan pembinaan kilang dan aktiviti
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta jualan.

Dijangka lebih 1,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan kelak apabila beroperasi, ujarnya yang juga Pengerusi JCorp dalam
sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Anugerah Kecemerlangan 2017 Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang. Yang turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin
Kamal Hashim; Pengetua SMK Pasir Gudang, Rosnah Ismail dan Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Amran Arsad.

Pada 14 April lalu, anak syarikat kerajaan Johor itu memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Beijing Huize Boyuan
Robot Investment Company Limited China (Boyuan) di Shanghai, China bagi membangunkan projek berkenaan. Mohamed Khaled
berkata, sejajar perkembangan itu, Johor perlu menggerakkan modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi berkemahiran tinggi
bagi memenuhi permintaan dalam bidang tersebut pada masa akan datang.

Kalau di negara maju seperti Singapura nisbah modal insan mereka ialah melahirkan empat akademik dan enam dalam bidang
kemahiran berbanding negara kita tujuh akademik dan tiga dalam bidang kemahiran, katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas berkata, keadaan tersebut perlu diseimbangkan supaya modal
insan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memenuhi keperluan.

Utusan Melayu (M) Bhd


Tenaga solar jana telaga tiub selesaikan masalah bekalan air

MOHD. TAJUDIN ABDULLAH (tiga dari kanan) membuka paip air telaga tiub ketika merasmikan Telaga Tiub Dijana
Sistem Tenaga Solar di Perkampungan Keda Kota Aur, Belantik, Sik, Kedah, semalam.
Norlia Ramli
02 Mei 2017 3:00 AM

SIK 1 Mei Telaga tiub yang dipasang sejak beberapa tahun lalu kini berfungsi lebih baik apabila tenaga solar yang dibina SIRIM
Berhad (SIRIM) mampu menjana tenaga elektriknya. Ahli Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan
Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah berkata, dengan penjanaan tersebut lebih 70 rumah dikawasan
sekitarnya akan mendapat manfaat daripadanya.

Telaga tiub yang menggunakan tenaga elektrik digantikan dengan tenaga solar supaya pengguna di kawasan sekitarnya dapat
menggunakan air dengan lebih sempurna.

Sebelum ini penduduk terpaksa membeli sendiri pam air elektrik untuk menyedut air dari telaga tiup, bagi mereka yang berada
berdekatan dengannya ia tidak menjadi masalah, tetapi sebaliknya berlaku bagi mereka yang tinggal agak jauh, kata Mohd. Tajudin
pada Majlis Perasmian Telaga Tiub Dijana Sistem Tenaga Solar di Perkampungan Keda Kota Aur, Belantik di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden SIRIM Industrial Research (SIR) SIRIM Berhad, Ir. Dr. Mohamad Jamil. Menurutnya, tenaga solar ini
akan menjimatkan perbelanjaan penduduk luar bandar dan meringankan kos perbelanjaan harian mereka. Katanya, SIRIM juga
menyediakan sebuah generator untuk mendapatkan kuasa elektrik yang boleh digunakan sekiranya hari hujan. Sementara itu,
seorang penduduk, Che Su Osman, 57, berkata, telaga tiub dengan menggunakan tenaga solar itu mampu meringankan beban
penduduk yang berdepan dengan masalah bekalan air.

Masalah air berlaku kerana rumah saya agak jauh dari telaga tiup dan berada di kawasan yang agak tinggi menyebabkan tekanan
air menjadi rendah.

Dengan adanya tenaga solar, maka air dapat mengalir terus ke rumah saya serta rumah penduduk lain. Kami dapat
menggunakannya dengan lebih selesa dan tidak perlu mengangkut air lagi, katanya.
Amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan
2 Mei 2017

Amalkan senaman secara konsisten bagi mengekalkan tubuh badan sihat. Gambar hiasan

Kebiasaannya selepas waktu kerja, restoran mamak atau gerai-gerai tepi jalan pasti menjadi destinasi yang wajib saya kunjungi
untuk mengisi perut, jelas seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Aiman. Menurut Aiman, sejak bekerja di salah sebuah
bank di ibu kota tiga tahun lalu, dia tiada lagi bersenam atau mengamalkan gaya hidup sihat. Kini, berat badannya telah naik lebih
20 kilogram dan berdasarkan jisim berat badan (BMI), dia mengalami obesiti.

Semasa menuntut di universiti dahulu, saya seorang pelajar yang aktif dengan terlibat dalam aktiviti sukan. BMI saya ketika itu
masih normal.

Setelah berkerjaya, saya sangat sibuk sehingga sukar untuk bersenam. Saya masuk kerja pada waktu pagi dan pulang ke rumah
bila hari sudah malam, katanya.

Tambahnya, pada hujung minggu dia lebih gemar berehat di rumah atau mengunjungi kedai atau restoran untuk makan bersama
rakan-rakannya. Aiman mengakui sejak berat badannya naik, dia mudah penat apabila melakukan sesuatu perkara yang
memerlukan kekuatan fizikal. Disebabkan itu, dia tidak berani melakukan pemeriksaan kesihatan kerana khuatir mengalami
masalah-masalah kesihatan yang lain. Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, 73 peratus pekerja Malaysia tidak sihat dan berada pada
tahap membimbangkan dengan sebahagian besar mereka mengalami masalah kesihatan. Maklumat itu diperoleh daripada
Program Saringan Kesihatan yang dijalankan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan kebanyakan mereka mempunyai
masalah berat badan, kencing manis, tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol tinggi.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Prof. Dr. Ruzita Abd. Talib berkata, faktor pemakanan tidak dikawal menjadi salah satu punca yang mengundang masalah
kesihatan kepada masyarakat di negara ini. Menurutnya, pengambilan makanan yang tidak teratur dan tinggi kandungan minyak,
lemak serta gula secara tidak terkawal boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan.

Masalah obesiti ini boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan
serangan jantung, katanya. Tambahnya, tabiat masyarakat yang gemar makan pada lewat malam juga menjadi salah satu punca
masalah obesiti.

Jika diperhatikan pada lewat malam, ramai masyarakat kita mengunjungi restoran-restoran atau kedai makan.

Kebiasaannya, setelah makan pada lewat malam, kita akan terus tidur dan makanan itu tidak akan menjadi sumber tenaga,
sebaliknya ia tersimpan menjadi lemak.

Sebaiknya elak makanan yang berat dalam tempoh empat atau lima jam sebelum tidur, jelas Ruzita.
Dalam pada itu, Ruzita berkata, golongan pekerja akan menikmati apa sahaja makanan yang dijual di kantin pejabat. Jelasnya,
kebanyakan makanan itu tinggi kandungan minyak, lemak dan gula.

Mereka boleh makan apa sahaja tetapi biarlah secara sederhana. Membawa bekalan sendiri ke pejabat juga merupakan salah
satu tindakan bijak kerana kita dapat mengawal makanan tersebut, ujarnya.

Tambahnya, untuk kekal sihat orang ramai bukan sahaja perlu mengawal pemakanan, sebaliknya perlu mengamalkan gaya hidup
sihat seperti bersenam. Sementara itu, pakar motivasi dan kecergasan, Kevin Zahri berkata, untuk kekal sihat masyarakat perlu
mengamalkan tiga perkara asas iaitu penjagaan makanan, mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa bersenam. Menurutnya,
perkara yang paling penting adalah pemakanan dengan mengamalkan makanan mengikut keperluan diri sendiri.
Amalkan gaya pemakanan seimbang dan sesuai dengan keperluan diri sendiri kerana ia dapat membantu seseorang mengawal
berat badannya.

Selain daripada mengamalkan pemakanan yang bagus, amalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Gaya hidup sihat dan aktif ini merujuk kepada pergerakan kita dalam seharian kerana ia membantu membakar kalori. Bagi mereka
yang bekerja, tidak salah untuk meletak kereta jauh sedikit dari pejabat dan kemudiannya berjalan kaki, katanya.

Anda mungkin juga menyukai

  • TMKS3072 ESEI
    TMKS3072 ESEI
    Dokumen2 halaman
    TMKS3072 ESEI
    Lee Hou Yew
    100% (1)
  • Iklan Jawatan Kosong IAB 2018
    Iklan Jawatan Kosong IAB 2018
    Dokumen2 halaman
    Iklan Jawatan Kosong IAB 2018
    Jepeir Mohamad
    67% (3)
  • Agen Sosiskl
    Agen Sosiskl
    Dokumen1 halaman
    Agen Sosiskl
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Amos
    Amos
    Dokumen1 halaman
    Amos
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Sosialosasi Sosialosasi
    Sosialosasi Sosialosasi
    Dokumen1 halaman
    Sosialosasi Sosialosasi
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Sukar
    Sukar
    Dokumen1 halaman
    Sukar
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Aras Taksonomi Pembelajaran
    Aras Taksonomi Pembelajaran
    Dokumen1 halaman
    Aras Taksonomi Pembelajaran
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Presentation 1
    Presentation 1
    Dokumen13 halaman
    Presentation 1
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Segan
    Segan
    Dokumen1 halaman
    Segan
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Kagan
    Kagan
    Dokumen1 halaman
    Kagan
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • KBKK
    KBKK
    Dokumen5 halaman
    KBKK
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Tutorial
    Tutorial
    Dokumen1 halaman
    Tutorial
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Include 2
    Include 2
    Dokumen2 halaman
    Include 2
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Modul Pedagogi Pendidikan
    Modul Pedagogi Pendidikan
    Dokumen1 halaman
    Modul Pedagogi Pendidikan
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 1
    Tutorial 1
    Dokumen1 halaman
    Tutorial 1
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Masa Kini Dan Selamanya
    Masa Kini Dan Selamanya
    Dokumen1 halaman
    Masa Kini Dan Selamanya
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Modul
    Modul
    Dokumen3 halaman
    Modul
    Lee Hou Yew
    100% (1)
  • Peta Pemikiran I Think
    Peta Pemikiran I Think
    Dokumen3 halaman
    Peta Pemikiran I Think
    Thomas Perez
    Belum ada peringkat
  • Peta Pemikiran I Think
    Peta Pemikiran I Think
    Dokumen3 halaman
    Peta Pemikiran I Think
    Thomas Perez
    Belum ada peringkat
  • Kata Kata
    Kata Kata
    Dokumen4 halaman
    Kata Kata
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Asafafvv Hfujmkn
    Asafafvv Hfujmkn
    Dokumen1 halaman
    Asafafvv Hfujmkn
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Include 2
    Include 2
    Dokumen2 halaman
    Include 2
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • PEMBENTANGAN
    PEMBENTANGAN
    Dokumen2 halaman
    PEMBENTANGAN
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Kata Kunci
    Kata Kunci
    Dokumen3 halaman
    Kata Kunci
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Presentation 1
    Presentation 1
    Dokumen6 halaman
    Presentation 1
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Taklimat TMKS3072
    Taklimat TMKS3072
    Dokumen8 halaman
    Taklimat TMKS3072
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Bengkel
    Bengkel
    Dokumen2 halaman
    Bengkel
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Kesalahan Umum Bahasa Melayu
    Kesalahan Umum Bahasa Melayu
    Dokumen25 halaman
    Kesalahan Umum Bahasa Melayu
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat
  • Presentation 1
    Presentation 1
    Dokumen6 halaman
    Presentation 1
    Lee Hou Yew
    Belum ada peringkat