Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan Modul e-KomPeG Peringkat Asas

Selamat Datang ke Modul Kompetensi Pentaksiran Guru Secara Dalam Talian (e-KomPeG) Peringkat Asas.

Modul ini merupakan satu wadah untuk para guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
pentaksiran. Modul peringkat asas ini dibina berdasarkan tujuh (7) standard dalam The Standards for Teacher
Competence in Educational Assessment of Student, 1990 yang dibangunkan oleh American Federation of
Teachers, National Council on Measurement in Education dan National Education Association.

Sebagai permulaan dan pendedahan awal tentang pentaksiran kepada guru, program di peringkat asas yang
merangkumi Standard 1 dan 2 akan dilaksanakan. Standard 1 merujuk kepada kemahiran memilih kaedah
pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pengajaran. Standard 2 merujuk
kepada kemahiran membina kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai untuk membuat keputusan berkaitan
dengan pengajaran.

Modul peringkat asas ini telah dibangunkan oleh LP dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pelaksanaan
program ini akan dapat memberikan banyak faedah seperti berikut
Guru dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti
pentaksiran berkualiti dalam PdP.
Murid akan mendapat maklum balas yang tepat untuk meningkatkan pembelajaran mereka berdasarkan
instrumen pentaksiran yang efektif.
Maklumat pentaksiran dan pendidikan yang sah dan boleh dipercayai yang dihasilkan boleh dijadikan
sebagai rujukan dan asas dalam membuat keputusan yang lebih tepat tentang perubahan yang ingin
dilakukan dalam bidang pendidikan.
KPM dapat menyediakan latihan dalam bidang pentaksiran pendidikan untuk meningkatkan kompetensi
literasi pentaksiran dalam kalangan guru.
Maklumat pentaksiran dan pendidikan yang sah dan boleh dipercayai yang dihasilkan boleh dijadikan
sebagai rujukan dan asas dalam membuat keputusan yang lebih tepat tentang perubahan yang ingin
dilakukan dalam bidang pendidikan.

Guru-guru mesti mengikuti Unit 1 dan Unit 2 terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan unit-unit yang lain.
Modul ini boleh diikuti secarapeseorangan ataupun dalam kumpulan kecil seperti kumpulan Profesional Learning
Community (PLC). Aktiviti dan latihan yang disediakan hendaklah dilaksanakan dan dibawa ke sesi bersemuka
untuk perbincangan lanjut.

Unit 1 : Konsep Asas Pentaksiran

Guru perlu mengikuti sub modul mengikut turutan

Unit 2 : Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif

Unit 2 terbahagi kepada beberapa bahagian. Anda perlu mengikuti Unit 1 terlebih dahulu
sebelum meneruskan dengan Unit ini.

Objektif:

Di akhir unit ini anda akan dapat memahami konsep dan kaedah untuk merungkai standard
dan melakukan penjajaran konstruktif.
Anda adalah digalakkan untuk melaksanakan aktiviti dan juga latihan kendiri yang ada bagi
memantapkan kefahaman tentang unit ini.

Unit 3 : Proses Pembinaan Item

Anda boleh mengikuti unit ini setelah mengikuti Unit 1 dan Unit 2
Objektif

Perkongsian maklumat untuk memberi kefahaman tentang konsep dan praktis bagi Proses
Pembinaan Item melalui topik perbincangan seperti berikut:
o Mengenalpasti Prinsip Pembinaan Item
o Mengenalpasti aras pemikiran yang berbeza.
o Mengenalpasti ciri-ciri item KBAT.
o Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
o Mengaplikasi Sistem 9 Poin untuk menilai item yang baik.
Sila uji kefahaman anda dengan menjawab Latihan Kendiri 1,2 dan 3. Aktiviti 1,2 dan 3 boleh
dilaksanakan bagi menambahkan lagi tahap kefahaman anda.

Unit 4 : Pembinaan Item Objektif

Anda boleh mengikuti unit ini setelah mengikuti Unit 1, Unit 2 dan Unit 3

Objektif

Perkongsian maklumat untuk memberi kefahaman tentang konsep dan praktis Pentaksiran
Prestasi melalui topik perbincangan seperti berikut:
Mengetahui dan Memahami Prinsip, Jenis, Kaedah Penskoran dan Penilaian Item Objektif
Membina dan Menilai Item Objektif
Mematuhi Prosedur Pembinaan dan Penilaian Item Objektif Seperti Yang Telah Ditetapkan
Setelah selesai Unit 4, sila uji kefahaman anda dengan menjawab Latihan Unit 4

Unit 5 : Pembinaan Item Subjektif

Anda boleh mengikuti unit ini setelah mengikuti Unit 1, Unit 2, Unit 3 dan Unit 4

Objektif

Perkongsian maklumat untuk memberi kefahaman tentang konsep dan praktis Pentaksiran
Prestasi melalui topik perbincangan seperti berikut:
Mengetahui dan Memahami Prinsip, Jenis, Kaedah Penskoran dan Penilaian Item Subjektif
Membina dan Menilai Item Subjektif
Mematuhi Prosedur Pembinaan dan Penilaian Item Subjektif Seperti Yang Telah Ditetapkan
Setelah selesai Unit 5, sila uji kefahaman anda dengan menjawab Latihan Unit 5

Unit 6 : Pentaksiran Prestasi

Anda boleh mengikuti unit ini setelah mengikuti unit 1 dan unit 2

Objektif

Perkongsian maklumat untuk memberi kefahaman tentang konsep dan praktis Pentaksiran
Prestasi melalui topik perbincangan seperti berikut:
Mengetahui definisi Pentaksiran Prestasi
Mengenal pasti ciri-ciri Pentaksiran Prestasi
Memahami mengapakah perlu menggunakan Pentaksiran Prestasi
Mengenal pasti bagaimana membangunkan Pentaksiran Prestasi
Setelah selesai Unit 6, sila uji kefahaman anda dengan mengambil kuiz Unit 6.

Unit 7: Instruksional Pentaksiran

Soalan-soalan lazim
Senarai Fasilitator Pusat dan Fasilitator Negeri 2016-2017
o Disertakan di sini senarai nama fasilitator pusat dan fasilitator negeri bagi program e-
KomPeG yang telah dilantik oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahun 2016-2017.
Tuan/puan boleh merujuk kepada senarai nama ini bagi mengatur sesi bersemuka
bagi perbincangan lebih lanjut mengenai Modul 1 eKomPeG.

Anda mungkin juga menyukai