Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran
akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology). Antara
cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang
berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan
negara lain. K-ekonomi ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai
bidang.

Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang menghadapi masalah menyedia


dan mengeluarkan sumber manusia atau tenaga kerja yang berkualiti. Syarikat-
syarikat perniagaan dan juga agensi-agensi kerajaan terpaksa menerima pekerja
yang tidak kreatif dan kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja
secara kolaboratif dan mengurus masa. Situasi yang kita hadapi ini adalah masalah
semasa. Perubahan yang sedang kita hadapi dalam politik, ekonomi, teknologi dan
iklim akan menjadi lebih dramatik pada masa akan hadapan. Oleh itu, pendidikan
di Malaysia sekarang perlu membekalkan generasi muda dengan kemahiran-
kemahiran tertentu bagi menyediakan mereka dengan cabaran abad ke-21.

Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-
First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan
menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad
ke-21 ini. Alvin Toffler pula dalam bukunyaPower Shift : Knowledge, Wealth and
Power at the Edge of The 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st
century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn,
unlearn and relearn.'

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid
menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6)
aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Ini adalah sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan
sistem pendidikan di negara kita.
RASIONAL

Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk
menjayakan PPPM. Sehubungan itu, satu program yang komprehensif akan
dilaksana oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi memastikan warga pendidik
negeri Johor dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing dan
menangani cabaran di peringkat global. Kertas kerja ini disediakan sebagai
cadangan mencadangkan untuk melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 di
sekolah-sekolah negeri Johor .

MATLAMAT

Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan murid yang


mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global.

OBJEKTIF

Membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-2

Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21

Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid

Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai strategi


pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah

PEMBELAJARAN ABAD KE-21


Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom,
terdapat sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakan oleh pengurus sekolah
untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:

Open up lessons ;

Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah


utama semua guru di sekolah. Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu
atau sebaliknya menjadi perkara kedua. Dalam pembelajaran abad ke-21,
pembelajaran secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan
tidak terlalu rigid. Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang
ditetapkan oleh guru. Guru pula perlu menyokong dan memantau sepanjang proses
pembelajaran.

Think outside the classroom box;

Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja
masing-masing mengadap guru. Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru
menyampaikan maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini
sesuai apabila guru merupakan sumber utama kepada murid. Namun, keperluan
kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi
maklumat, literasi maklumat dan ekonomi, memerlukan kaedah pengajaran yang
baru. Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat tetapi membimbing,
berbincang, dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan seterusnya
memberi sokongan. Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik
sumber di mana maklumat senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja
murid. Susunan meja dan kerusi bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti
berkumpulan seperti perbincangan, eksperimen dan kajian.

Get personal;

Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid
berkeperluan khas (special educational needs) seperti murid masalah pembelajaran
(slow learners). Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan perhatian
khusus kerana mempunyai keupayaan pelbagai. Walau bagaimanapun, guru
menghadapi kekangan masa untuk menangani keperluan murid secara
induvidu. Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran berasaskan projek
(project-based learning) memberi peluang dan tanggungjawab kepada murid
melaksanakan projek mengikut minat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.

Tap into students digital expertise;

Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi
muda yang lahir dalam era teknologi yang canggih. Generasi sekarang secara
semula jadi merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul
maklumat. Kemahiran-kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam
merancang pembelajaran kendiri (Self-access Learning), pembelajaran berasaskan
inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer
Collaboration). Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai showcases terbaik apabila
projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan video.

Get real with projects;

Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses
penyediaan draf (lebih dari sekali), perbincangan/sumbangsaran/kritikan
dan persembahan/pameran. Ketiga-tiga proses ini adalah kritikal kerana akan
menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi oleh murid dan juga guru. Projek
sebegini akan memberi pengalaman kepada murid bekerja dalam kumpulan,
mengurus masa dan membuat persembahan/pameran kepada rakan lain/guru/ibu
bapa atau pihak luar.

Expect (and help) students to be teachers;

Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing
kepada rakan sebaya. Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat
meningkatkan pengetahuan, kemahiran berkomunikasi dan jati diri murid tersebut.
Help (and expect) teachers to be students;

Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan. Untuk itu, platform
yang sesuai perlu disediakan kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah,
daerah atau jabatan. Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam
kalangan guru untuk inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta
pencapaian murid.

Measure what matters;

Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam
era digital sekarang. Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),
memperoleh, menganalisis dan menyusun maklumat adalah lebih penting. Begitu
juga dengan kemahiran bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai
masalah dan kreatif. Semua kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21.
Oleh itu, pentaksiran yang dilaksana oleh guru juga perlu berfokus kepada
kemahiran-kemahiran tersebut.

Work with families, not just children;

Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian
murid. Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian
akauntabiliti dalam pencapaian dan pembangunan murid-murid. Sebagai contoh,
Mayfield Primary School di London memberi peluang kepada ibu bapa selama 30
minit untuk belajar bersama dengan anak-anak mereka waktu
persekolahan. Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam penyediaan
projek oleh anak-anak mereka seperti membuat persembahan atau
pameran. Jaringan sosial seperti Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk
perbincangan dan menyampaikan maklumat terkini kepada ibu bapa tentang
program yang dijalankan di sekolah.

Power to the student;


Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran. Melibatkan
murid dalam beberapa pengurusan pendidikan (terutama isu yang melibatkan
murid) sebenarnya melatih mereka bertanggungjawab, berminat dan menjadi
warga negara yang aktif apabila dewasa kelak. Jika ini dilaksanakan, bermakna
sekolah telah berjaya mewujudkan budaya di mana semua warga sekolah dilibatkan
dalam pendidikan dan pembelajaran.

Kemahiran pembelajaran dan pembelajaran (PdP) yang terdapat dalam abad ke-21
ialah:

i. Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)

ii. Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and


technology skills)

iii. Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah:

i. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)

ii. Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem
Solving)

iii. Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

iv. Literasi Maklumat (Information Literacy)

v. Literasi Media (Media Literacy)

vi. Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,


Communications and Technology Literacy)

vii. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and


Adaptability)

viii. Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

ix. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

x. Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

xi. Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:

i. Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)


ii. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi

iii. Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka

iv. Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)

v. Memiliki kemahiran kaunseling

vi. Menggunakan teknologi terkini

Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:

i. Berupaya membuat hubung-kait

ii. Bijak menyoal

iii. Yakin berkomunikasi

iv. Mengambil risiko

v. Dahagakan ilmu

vi. Ingin tahu

vii. Menjana idea

viii. Fleksibel

ix. Tidak berputus asa

x. Mendengar dan membuat refleksi

xi. Berkemahiran kritis

xii. Menguasai kemahiran literasi

xiii. Berani mencuba

xiv. Mampu berfikir sendiri

xv. Membuat inisiatif

xvi. Mampu bekerja dengan orang lain

xvii. Membuat perubahan

xviii. Berintegriti

xix. Berkeperibadian tinggi


BILIK DARJAH ABAD KE-21

Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:

i. Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil


usaha murid supaya menarik dan bermakna.

ii. Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing,
belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:

Bilik darjah sebagai bilik sumber

i. Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).

ii. Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit)
Instant Access / Interactive/ dilengkapi LCD dan / atau direct projector /
Papan putih /soft board.

iii. Hasil kerja murid dipamerkan.

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC)

i. Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).

ii. Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal

iii. Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant
Access/ Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan
putih / soft board.

iv. Hasil kerja murid dipamerkan.

v. SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas
yang mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong

vi. Bilik darjah terbuka (Outdoor Classroom)

vii. Lorong bermaklumat

viii. Ruang santai


KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Pemilihan PLC sebagai asas pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan


usaha komprehensif Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memantapkan
penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid. PLC merangkumi
aktiviti-aktiviti kolaboratif peringkat sekolah dan juga pihak sekolah dengan
komuniti luar. PLC menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu,
kepakaran dan partnership.

Secara amnya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited bekerja
secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker &
Mary, 2006)

Terdapat tiga (3) Prinsip asas PLC yang perlu diberi keutamaan iaitu memastikan
pembelajaran murid, berlakunya budaya kolaboratif dan berfokuskan kepada
pencapaiaan.

Beberapa strategi PLC perlu dibangunkan dan dirancang oleh sekolah bagi
memastikan Pembelajaran Abad Ke-21 dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Antara strategi pembangunan PLC yang dicadang dilaksanakan pada
peringkat sekolah atau kluster PLC ialah:

i. Jejak Pembelajaran (Learning Walks)

ii. Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi

iii. (Peer Coaching / Instructional Coaches)

iv. Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)

v. Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)

vi. Perkongsian amalan terbaik (Best practises)

vii. Pengajaran secara kolaboratif (Collaborative Teaching)

viii. Sistem Sokongan Rakan Sekerja (Buddy Support System)

ix. Coaching Partnership


x. Cross visits

Anda mungkin juga menyukai