Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 (F)


06 MAC 2017
DEWAN SKPALONG 12(F)

PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )


1. Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera
2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU
BAPA DAN GURU SK PALONG 12 (F).
3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
5. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan

SKRIP PENGACARAAN

BIL AGENDA SKRIP TINDAKAN


01 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Hj Lilah Bin Hj Noor Aiman
tetamu Yasin, DSNS, ADUN Kawasan Palong diiringi oleh tuan PPDJJdan
kehormat para tetamu jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG SKPalong 12(f)
Kali Ke-31 Tahun 2017.
02 Protokol LAGU NEGARAKU Noor Aiman

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan


hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama sama menyanyikan
Lagu Negaraku.

-------------------------------NEGARAKU ------------------------------------

Hadirin dipersilakan duduk.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Sirih berlipat sirih pinang, Noor Aiman


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ala ashrafil
anbia iwalmursalin.
Waala alihi wa ashabihi ajmain

Assalamualaikum whb, Salam 1Malaysia dan selamat petang

Yang Berhormat Dato Hj Lilah Bin Hj Yasin, DSNS, AHLI DEWAN


UNDANGAN NEGERI Kawasan Palong,

NAQSYA
Yang Berbahagia Puan Halimah Bt Romli, Pegawai Mesra
Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F ) wakil daripada Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu.

Yang berusahaEn. Paiman Bin Delip, Yang Dipertua PIBG SK


Palong 12 (F),

Yang berusaha En. Shamsudin Bin Salleh, Guru Besar SK Palong


12.

Puan Rosidah Binti Said, Guru Penolong Kanan 1 SK Palong 12


( F ),

En. Mohd Razifirwan bin Ramli, GPK Hal Ehwal Murid,

En. Fajar bin Husin, GPK Kokurikulum.

Yang di Hormati En Ahamidi b Kamarudin, Pengurus Felda


Palong 12 &13, En Afandi B Mohammad, Pengurus Felda Palong
17 & 18.

Yang dihormati________________________, Sarjan Mejar Balai


Polis Ladang Geddes, selaku bapa angkat SK Palong 12 (F)

Encik Zulkifli bin Zainuddin, Naib Pengerusi JKKR Palong 12,

En Baharom B Hj Ahmad, Naib Pengerusi JKKR Felda Palong


13,

En. Husin b. Saleh, Ketua UMNO Cawangan Felda Palong 13,

Seterusnya Pemimpin2 Masyarakat, barisan ahli jawatankuasa


PIBG,Guru-guru dan Para Ibu Bapa yang dihormati sekalian.

03 Alu-aluan FAZLILI
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta
limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F ) kali ke-312017 .Semoga
majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan
membawa makna kepada kita semua.

NAQSYA
Bagi pihak ahli jawatankuasa berbesar hati mengalu-alukan
kehadiran Yang Berhormat Dato Hj Lilah Bin Hj Yasin, DSNS, Ahli
Dewan Undangan Negeri Palong ke Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-31bagi tahun 2017.

Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa


yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada
hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke
arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-
anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia
pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya menjulang nama
sekolah sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun
sahsiah murid.

Tanpa kehadiran dan sokongan dari tuan-puan sekalian,siapalah


kami di Sekolah KebangsaanPalong 12 ini.Kami selalu
mengharapkan sokongan padu dari tuan-tuan dan puan-puan
sekalian dalam apa jua aktiviti murid-murid di sekolah ini.

04 Bacaan
doa Sidang hadirin, Noor Aiman

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis mempersilakan Al-
Fadhil UstazSitrahaslee Bin Jamiluntuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.....

---------------------------- Bacaan Doa--------------------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


atas bacaan doa itu tadi.

NAQSYA
05 Ucapan FAZLILI
Alu-aluan Warga dewan yang mulia.
YDP PIBG
En Ismail YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan En Paiman bin Hj. Delip, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Palong 12 (f)
untuk memberikan ucapan.

Dengan sukacitanya dipersilakan....

--------------------------Ucapan YDP PIBG-----------------------------------

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar


tadi.

06 Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, Noor Aiman


Pegawai
Mesra SK Seorang pemimpin hebat,
Palong 12. Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput En.


Shamsudin Bin Salleh< Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Palong 12, wakil daripada Pegawai Pendidikan Daerah Jempol
Jelebu untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan....

----UcapanEn. Shamsudin bin Salleh, GB SK P12------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar


atas ucapan sebentar tadi.

NAQSYA
07 Ucapan Sidang warga dewan sekalian, Noor Aiman
Perasmian
Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Menjemput Dato untuk berdiri,


Memberikan ucapan kepada kami
Kepada Dato ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang


Berhormat Dato Hj Lilah Bin Hj Yasin, DSNS, Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Palong untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Sekolah KebangsaanPalong 12 (F)Kali KE-29BAGI
TAHUN 2014.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....

---------------------------Ucapan Perasmian---------------------------------

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Yang Berhormat Dato Hj Lilah Bin Hj Yasin
atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis perasmian
sebentar tadi.

NAQSYA
09 Penyampai Beli keladi di Pekan Lidup, FAZLILI
Cendera- Sayang rasa lemaknya kurang;
hati Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Majlisditeruskanlagidenganpengagihanwangbantuanpersekol
ahan RM100 seorang yang diberikankerajaandari Yang
berhormatdato Lilah bin Yasin .

Sehubunganitubagimenyempurnakanpengagihantersebutden
gansegalahormatnyadipersilakan Yang berhormatdato
tampilkehadapansekalilagi.dengandiiringiolehTuan Guru
BesarSkPalong 12.

---------------- Penyampaian Wang RM100--------------------------

TerimakasihdiuapkankepadaYgBerhormatDato di
ataspenempurnaanmajlispenerahanbantuanawalPersekolahs
ebentartadi.

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha


Tn. Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan
cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG SK Palong 12 (F)
kepada kepada Yang Berhormat Dato di atas kesudian Dato hadir
ke majlis kami hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Guru Besar dan YDP PIBG di
atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada Dato.

10 Penutup Noor Aiman


Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi,
maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita
pada hari ini.Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berhormat Dato Hj Lilah Bin Hj Yasin dan para jemputan sekalian,
atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Kami bagi pihak jawatankuasapelaksana merakamkan ucapan


terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.

NAQSYA
Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.
Bintang barat terbitnya petang,
Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Dato dan para


tetamu jemputan khas diiringi Guru Penolong Kanan 1 Yang
BerusahaPuan Faridah binti Mohd Yunos untuk menikmati juadah
yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan...

11. Mesyuarat Pengumuman untuk para ibu bapa semua, anda diminta untuk
bermula terus berada di dalam dewan bagi agenda yang seterusnya.

Dengan ini dipersilakan ____________________________ untuk


membentangkan usul. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

12. Penutup
Mesyuarat Dengan berakhirnya ucapan dari __________________________
itu tadi, maka mesyuarat PIBG kali ke 29 ini ditangguhkan secara
rasminya. Terima kasih di atas segala kerjasama, nasihat dan
buah fikiran yang telah diberikan sepanjang mesyuarat yang telah
berlangsung sebentar tadi. Semoga segala apa yang dibincangkan
akan dapat membantu memperkembang potensi murid-murid
Sekolah Kebangsaan Palong 12 untuk terus cemerlang dari segi
Intelek, Rohani, Jasmani dan Emosi serta Sosial.

NAQSYA
Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain tahun berjumpa lagi.

Saya selaku wakil daripada Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Mesyuarat PIBG Kali ke 31 Sekolah Kebangsaan Palong 12
ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan
sepanjang mesyuarat ini dilangsungkan. Akhir kata, wabilllahi
taufiq wal hidayah, Assalamualaikum WBKTH.

#pengumuman: semua ibu bapa yang hjadir boleh mendapatkan


jamuan di kaunter pendaftaran. Terima kasih.

NAQSYA

Anda mungkin juga menyukai