Anda di halaman 1dari 12

5

TAHUN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Kurikulum Standard SekolahRendah

MODUL DUNIA PANGKALAN DATA


3.0 MembangunkanSistem
Pangkalan Data

DUNIA PANGKALAN DATA 34


MODUL DPD 4
Standard
kandungan: 3.0 Membangunkan Sistem Pangkalan
Data

Standard 3.1 Membina Jadual menggunakan jenis


pembelajaran: data Teks, tarikh dan nombor.
3.2 Memasukkan data menggunakan
jadual

Masa: 180 minit

NOTA RUJUKAN

Jadual merupakan objek pangkalan data yang utama.


Maklumat disimpan dalam bentuk jadual di dalam pangkalan
data.

Amnya, jadual terdiri daripada baris dan lajur. Oleh itu, koleksi
data disusun baris demi baris seperti yang ditunjukkan di dalam
rajah berikut.

DUNIA PANGKALAN DATA 35


Objek-objek pangkalan data yang lain seperti Form, Query dan
Report dibina atau dijana berdasarkan jadual.

Setiap pangkalan data harus ada sekurang-kurangnya 1 jadual.

KEPERLUAN PERKAKASAN

Set komputer lengkap dan berfungsi.

KEPERLUAN PERISIAN
Perisian Aplikasi - bagi menghasilkan pangkalan data

DUNIA PANGKALAN DATA 36


AKTIVITI 1

Pangkalan data dibina dengan menggunakan MS Access.

Langkah 1
Lancarkan MS Access
Klik Start All Program Microsoft Office Microsoft Office
Access

Skrin akan memaparkan gambar rajah 1.

Langkah 2
Klik pada Blank Database

Gambar rajah 1

DUNIA PANGKALAN DATA 37


Langkah 3
a.Taip nilam.accdb
b.Klik butang Create

Langkah 4
Klik pada View Design View

DUNIA PANGKALAN DATA 38


Langkah 5
Simpan table sebagai nilam dan tekan butang OK.

Langkah 6
a. Taip Nama pada lajur Field Name.
b. Pilih jenis data Text pada lajur Data Type untuk Field
Name Nama.

DUNIA PANGKALAN DATA 39


Langkah 7
a. Taip TarikhLahir pada lajur Field Name yang
baharu.
b. Pilih jenis data Date/Time pada lajur Data Type untuk
Field Name TarikhLahir.

*Tambah Jantina di bawah FieldName TarikhLahir dengan


menetapkan Data Type sebagai text.

Langkah 8
a. Taip BilBuku pada lajur Field Name.
b. Pilih jenis data Number pada lajur Data Type untuk
Field Name BilBuku.

DUNIA PANGKALAN DATA 40


Langkah 9
Klik Datasheet View

Langkah 10
Klik butang Yes untuk menyimpan pangkalan data yang
telah dibina.

DUNIA PANGKALAN DATA 41


AKTIVITI 2

Langkah 1
Guru meminta murid membuka jadual yang telah dibina
pada pelajaran yang lepas.

Gambarajah1

Langkah 2
Pada baris 1, taipkan Siti pada lajur Nama, 2/2/2001 pada
lajur TarikhLahir, P pada lajur Jantina dan 20 pada lajur
BilBuku.

Gambarajah 2

Langkah 3
Murid diminta mengulangi langkah 2 untuk memasukkan 1
rekod murid perempuan dan 4 rekod murid lelaki yang
baharu. Contoh jadual yang akan terhasil adalah seperti
gambarajah 3.

DUNIA PANGKALAN DATA 42


Gambarajah 3

Langkah 4
Masukkan rekod seorang lagi murid berdasarkan maklumat
berikut :

ID Nama TarikhLahir Jantina BilBuku

7 Izzaty 3/9/2001 P Tiga puluh

Langkah 5 : Nyatakan ralat yang akan dipaparkan oleh


komputer.
______________________________________________________

Langkah 6 : Tuliskan data yang sepatutnya ditaip pada lajur


tersebut supaya data tersebut diterima.

_____________________________________________________

Langkah 7 : Berikan sebab bagi jawapan anda.

______________________________________________________

DUNIA PANGKALAN DATA 43


PENILAIAN 1

Bina pangkalan data ahli Kelab ICT berpandukan borang di


bawah.

Senarai Ahli Kelab ICT Sekolah

Bil Nama Jantina Tarikh Lahir Umur

PENILAIAN 2

1. Berdasarkan format medan yang terdapat di dalam fail


nilam.accdb, apakah yang perlu dimasukkan jika rekod
seorang murid perempuan bernama Aamal yang lahir pada
31 Ogos 2001 dan mempunyai bilangan buku sebanyak 19
buah ingin dimasukkan.

ID Nama TarikhLahir Jantina BilBuku

2. Jika anda menaip 31 Ogos 2001 di dalam lajur TarikhLahir


pada fail nilam.accdb. Apakah yang akan berlaku?

___________________________________________________________

DUNIA PANGKALAN DATA 44


LAPORAN PENCAPAIAN MURID

NamaMurid:
Tahun:
Kelas

Modul:
Standard 3.0 Membangunkan Pangkalan Data
Kandungan:

Standard 3.1 Membina Jadual Menggunakan jenis data Text,


Pembelajaran: Date dan Number.
3.2 Memasukkan data dan menguji jadual.

Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan


Ya Tidak
1
2
3
4
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

Nama Guru: Tandatangan&Tarikh


Disahkan Tandatangan&Tarikh
oleh:

DUNIA PANGKALAN DATA 45

Anda mungkin juga menyukai