Anda di halaman 1dari 2

adarus Al-Quran, pada asasnya bermaksud membaca Al-Quran di hadapan seseorang

yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus
merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam
bulan Ramadhan.

Tadarus ALQURAN adalah amalan RASULULLAH SAW sepanjang bulan RAMADHAN.


Baginda Rasulullah bertadarus dengan MALAIKAT JIRAIL

Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a.:

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan,
dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s.
menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan
Rasulullah membacakan Al-Quran kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah
amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang1.(Riwayat: Al-Bukhari dan
Muslim2).
1. Maksud ibarat ini ialah mudah dan segera membuat kebajikan.
2. Shahih Al-Bukhari, Darul Ihya At-Turath Al-Arabi, Jilid:3, m/s:33.

Saya nak sharekan cara bertadarus sepatutnya kita ikuti

1. Membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera
khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid,


surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Adab Membaca Al-Quran:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf ( ) lebih afdhal.

Kelebihan Tadarus:
Tadarus Al-Quran mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan
bertadarus Al-Quran, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah),
diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat.
(Riwayat: Abu Daud).

note:Kalau tak sempat habiskan satu ALQURAN pun tak pa, at least ada
improvement pada kualiti bacaan dan tajwid kita. Semoga ALLAh menerima
AMALAN kita ini, Wallahua'lam

Anda mungkin juga menyukai