Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN AKAUN

Laporan Pelaksanaan 5S Bahagian Akaun : Februari 2014

Aktiviti 5S Bahagian Akaun bagi bulan Februari 2014 adalah dengan memberi
penekanan kepada penjenamaan semula amalan berkualiti 5S Bahagian
Akaun bagi tahun 2014 dengan membincangkan penukaran nama zon.
Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar nama zon di Bahagian Akaun dipilih
dengan mengambilkira tema berdasarkan perakaunan akruan. Nama-nama
tersebut adalah seperti berikut:

BIL. NAMA ZON LAMA NAMA ZON BARU

1. Bahagian Akaun Accrual

2. Akaun Transparency

3. Terimaan Reliable

4. Bayaran Consistency

5. GFMAS Materiality

6 Urus Going Concern

7. Perunding Prudence

Mesyuarat 5S Bahagian Akaun Bil. 02/2014 telah diadakan pada pada 21


Februari 2014 yang dipengerusikan oleh Ketua Akauntan. Melalui mesyuarat
tersebut perkara-perkara yang telah dibincangkan adalah seperti butiran
berikut:

i. Menguruskan urusan pendawaian dan pembersihan lantai ekoran


daripada pengubahsuaian beberapa kawasan di Bahagian Akaun.
ii. Mengambil tindakan menambahbaik dan mengemaskini Carta
Organisasi dan Pelan Lantai Induk dan Zon.

iii. Kempen Go Green apa yang perlu diambil tindakan untuk


mengaplikasikan kempen Go Green dalam persekitaran 5S zon masing-
masing.

iv. Lawatan penandaras 5S dari Bahagian pengurusan Sumber Manusia


pada 25 Mac 2014.

v. Mengadakan pertandingan design baru separator fail zon.

Tindakan Ketua Zon:

i. Mengemukakan gambar aktiviti bagi bulan Februari, Sebelum , Selepas

dan Terkini kepada Q Manager.

ii. Mengemaskini Fail Zon, Sudut Zon dan Sudut Induk

iii. Sentiasa memastikan kebersihan di ruang kerja dan bebas dari habuk

iv. Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara berterusan

v. Mengadakan gotong royong pada setiap hari Jumaat jam 3.00 hingga

5.00 petang.

Tindakan Urusetia:

i. Mengemaskini Sudut Induk Bahagian Akaun dan Fail Induk

ii. Mendapatkan dan mengedarkan Carta Perbatuan MinDef


GAMBAR AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2014

Kempen Go Green :Guna kertas kitar semula Mengemaskini carta pergerakan dan kehadiran
Februari 2014 Zon Going Concern Februari 2014 Zon Going Concern

Kempen Go Green : Menutup suis lampu pada waktu rehat Mengemas bilik mesyuarat Februari 2014 Zon
Februari 2014 Zon Going Concern Materiality

Anda mungkin juga menyukai