Anda di halaman 1dari 2

SYARAHAN SPONTAN ADAD DENGAN AL-QURAN

Assalamualaikum wbt

Terima kasih saudara coordinator bicara,kombinasi panel hakim yang


arif lagi berkarisma, saudara penjaga masa yang cakna dengan jam
randiknya,seterusnya warga dewan pencetus revolusi minda kelas pertama
yang saya muliakan

Tampilnya saya sekali lagi pada petang yang penuh keberkatan ini demi
melakarkan sebuah syarahan yang bertemakan adab dengan al-quran.

Sebelum hujahan saya meledak seisi dewan,izinkan saya menghuraikan


dahulu intepretasi yang membina mauduk syarahan agar hadirin dan hadirat
terbuka minda.Berpaksikan Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka,adab membawa konotasi tingkah laku yang
sopan.Manakala, Al-Quran adalah antara kitab-kitab samawi iaitu Injil,Taurat
dan Zabur.Al-quran diturunkan oleh Allah melalaui Malaikat Jibril kepada
RasulullahSAW sebagai mukjizat yang terbesar.Khulasahnya setiap yang
bergelar muslim dan mukmin diwajibkan untuk beriman dengan kitab Al-
Quran dan menjaga adab dengannya.

Fokus syarahan saya yang pertama ialah Al-Quran adalah


Kalamullah yang suci.Seperti yang kita sedia maklum bahawa Al-Quran
diturunkan pada malam Lailatul Qadar di gua hira. Bertepatan dengan firman
Allah dalam surah Al- Qadr ayat yang pertama yang berbunyi

Maksudnya : Sesungguhnya,kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada


malam Lailatul Qadar.

Tujuan Al-Quran diturunkan sebagai pedoman dan panduan kepada


sekalian makhluk di muka bumi hingga akhir zaman.

Fokus syarahan saya yang kedua ialah berdasarkan firman Allah


dalam surah Al-Muzammil ayat yang ke 4:

Dan bacalah Al-Quran dengan tartil

Firman Allah ini jelas menunjukkan bahawa menyuruh hamba-hamba-Nya


untuk membaca AlQuran dengan tartil yakni saksama.Apabila kita menjaga
adab-adab yang sepatutnya dengan Al-Quran,insyaallah Al-Quran akan
memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.Rasulullah pernah bersabda:

Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai


syafa'at kepada pembacanya.

Tuntasnya,Imam Al Jazari pernah berkata


Siapa yang tidak mentajwidkan Al-Quran, dia berdosa

Sama-samalah kita menjaga adab dengan kitab suci Al-Quran agar kita tidak
dicampakkan ke dalam neraka dan tidak dilaknat oleh Al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai