Anda di halaman 1dari 2

Doa pembuka

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosa kami.

Berikanlah taufik dan hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang-orang


yang kami sayangi.
Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engkau memberi
petunjuk kepada kami
dan berikanlah kami rahmat-Mu yang besar.

Ya Allah ya Tuhan kami,


sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin
mencari keredhaan-Mu.
Kayakanlah kami dengan ilmu, muliakanlah kami dengan takwa
dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkatilah majlis perkahwinan ini.


Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada pasangan pengantin ini.
Kurniakanlah mereka kelak zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka hingga ke jannah,
juga sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada pasangan
pengantin ini agar kekal abadi.
Aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga,
sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan diberkatkan usia
serta mendapat syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad
SAW.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,


satukanlah hati pasangan pengantin ini seperti Engkau satukan hati
Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha, juga seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW
dan Siti Khadijah.
Jadikanlah ya Allah, maksud hidup Nabi Muhammad SAW sekeluarga
sebagai maksud hidup kami dan umat ini hingga hari kiamat.

Doa penutup

Anda mungkin juga menyukai