Anda di halaman 1dari 1

Pendidikan Jasmani Khas

Bidang khusus dalam pendidikan jasmani yang bermatlamat menyediakan keperluan


pendidikan jasmani kepada populasi berkeperluan khas (populasi Istimewa)

Program Pendidikan Jasmani


Merupakan program pendidikan yang berobjektifkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor. Aspek penumpuan utama di dalam program pendidikan jasmani ini ialah dari
sudut psikomotor di mana ianya melibatkan fizikal, motor , kecergasan dan permainan.

Pendidikan Jasmani Suaian ( Adapted Physical Education )


Modifikasi kepada aktiviti pendidikan jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan
peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program pendidikan jasmani dengan
selamat, berjaya serta mencapai kepuasan. Prinsip utama dalam modifikasi aktiviti adalah
supaya pengubahsuaian aktiviti mengambil kira potensi individu untuk melakukan aktiviti
tersebut.

Pendidikan Jasmani Perkembangan ( Development Physical Education )


Program pendidikan jasmani progresif atau program latihan kemahiran motor kasar,
bertujuan untuk meningkatkan keupayaan motor individu ke tahap yang hampir atau sama
dengan tahap kemampuan pendidikan jasmani rakan sebaya (populasi normal). Objektif
utama program ini adalah untuk merapatkan (jika mungkin) jurang umur perkembangan
(keupayaan) dan umur kronologi (hayat).

Pendidikan Jasmani Pemulihan ( Remedial Physical Education )


Program pendidikan jasmani yang berobjektifan pembetulan atau pemulihan bagi kes luar
biasa yang dialami dari segi fungsi fisiologi, postur dan mekanikal. Fokus utamanya adalah
kepada populasi lencongan fizikal seperti contoh Kyphosis (boleh beradaptasi melakukan
pergerakan dengan struktur tertentu), Scoliosis, Obesiti dan Atrofi otot. Matlamat utama
pendidikan jasmani pemulihan ini adalah untuk membolehkan populasi ini dapat diserapkan
ke dalam proses pendidikan jasmani biasa.

Keselanjaran Penempatan Program Pendidikan Jasmani


Menunjukkan hirarki keselanjaran kedudukan penempatan yang sesuai bagi individu
populasi khas bagi memudahkan mereka ditempatkan di tempat yang sesuai. Rajah
menunjukkan keselanjaran penempatan program pendidikan jasmani khusus populasi khas

Anda mungkin juga menyukai