Anda di halaman 1dari 6

FUTSAL MERDEKA

ASRAMA 2016
TARIKH: 30 31 OGOS 2016
TEMPAT: GELANGGANG FUTSAL

SEMPENA HARI KEMERDEKAAN


1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Lembaga Warden
dan Lembaga Pengawas SMKS 2016/17 SMK Simanggang yang disertai oleh pelajar
asrama SMK Simanggang iaitu dari Tingkatan 1 hingga 6 Atas berdasarkan kriteria dan
peraturan yang telah ditetapkan. Pertandingan ini akan diadakan di gelangang bola
futsal. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam merangka Strategi Perlaksanaan Pembangunan Sukan Sekolah yang berkesan
untuk mengerakkan aktiviti sukan hingga ke akar umbi serta pembangunan sukan dalam
Program Tranformasi Asrama-Harian.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan
disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap pelajar asrama dan guru-guru di SMK
SMK Simanggang secara langsung membudayakan sukan bola sepak/futsal di sekolah
ini. Aktiviti diadakan dalam program ini bertujuan menyemai sifat kerjasama dan
toleransi dalam setiap peserta agar dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang
mendatang, di samping mengenalpasti bakat-bakat yang masih terpendam dalam diri
peserta untuk diserap masuk dalam pasukan futsal sekolah terutamanya untuk Program
Pembangunan Bola Sepak. Pertandingan ini juga adalah satu kaedah untuk
mendedahkan pelajar kepada sebanyak mungkin pertandingan sama ada di peringkat
sekolah, daerah atau bahagian seperti yang diamanatkan oleh MSNS untuk
pembangunan bola sepak/futsal sepanjang tahun.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membudayakan sukan futsal/bolasepak sebagai sukan utama di sekolah ini.


3.2 Mengasah bakat kepimpinan para pengawas asrama baru SMK Simanggang
3.3 Mencari dana untuk tabung Lembaga Pengawas SMK Simanggang
3.4 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
3.5 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan
diri dalam sesebuah kumpulan.
3.6 Melatih para peserta untuk memupuk sikap bekerjasama, bertolak ansur,
bertoleransi serta bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Aktiviti akan dijalankan pada hujung minggu atau waktu hari cuti

5.0 TEMPAT
Semua perlawanan akan dijalankan di gelanganggang futsal kecuali atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


Kumpulan sasaran adalah semua pelajar lelaki dan perempuan asrama yang masih
belajar di SMK Simanggang di mana dianggarkan 8 kumpulan untuk lelaki dan 8
kumpulan untuk perempuan. Jumlah maksimun setiap pasukan adalah 7 orang.
Penglibatan ahli Lembaga Pengawas sendiri sebagai pegawai pelaksana dan pembantu
adalah diwajibkan untuk mengisi aktiviti tahunan mereka.
7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN / PELAKSANA

Penasihat
En. Kuso anak Jantan (Pengetua)

Pengerusi
En. Mancha Bagat (PK HEM)

N. Pengerusi
En. Augustine Lubon (PK Koko)

Penyelaras
En. Andrew John (Ketua Warden)

Setiausaha
En. Leo Moggie
Cynthia Jiram-5EP (wakil pengawas)

Bendahari
Dahlia Binti Seri- 6AGD (wakil pengawas)

Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjuran /Teknikal


En. Mohd Hafiz
Lembaga Pengawas Sesi 2016/17
8.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Hamper 2 X RM70
2 X RM50 320.00
2 X RM40

2 Mineral water 4 X rm10 40.00

Jumlah 360.00
9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan
dan semoga pertandingan ini mendapat sokongan semua pihak agar objektif dan matlamat
penganjuran pertandingan ini dapat dicapai. Kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan
aktiviti ini amatlah dihargai.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan oleh,

............................. .............................. .................................


(CYNTHIA ANAK JIRAM) (ANDREW ANAK JOHN) (KUSO ANAK JANTAN)

Penyelaras Futsal Ketua Warden, Pengetua,


Lembaga Pengawas SMK Simanggang SMK Simanggang.
SMK Simanggang
TARIKH TUTUP
PENYERTAAN
9 Oktober (Jumaat)
12.30 tgh hari

SMK SIMANGGANG 2015


FUTSAL ASRAMA
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA PASUKAN : -------------------------------------------------


NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------
KETUA PASUKAN : -------------------------------------------------

NO. KAD
BIL TING POSISI
NAMA PEMAIN PENGENALAN
1
2
3
4
5
6
7

PENGAKUAN DIRI
Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala
undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur
dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak
penganjur dan ahli jawatankuasanya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya
sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :_________________________ Tarikh :_________________________


(Pengurus pasukan/ketua pasukan)

Anda mungkin juga menyukai