BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.
Disahkan oleh,
Pn Hanitta Bt Hamid
Ketua Bidang Bahasa
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur
dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pernahkah sekali-skala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir?
Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutamanya apabila sukar memberikan
tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar
menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan faktor tidur.
Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan
aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam
sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi
melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang
mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian
mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu
dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak
juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang
kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu.
Kurang tidur juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan
terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya
ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.
Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini demikian kerana
seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan
ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Menurut pakar, badan kita
mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang
aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu tidur
secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.
Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat
menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan
bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit
jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan pada
waktu lewat petang. Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut
boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen
penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.
SULIT
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan
terperangkap dan banyak mati kerana tidak bole bermain air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak
boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-
betul tohor.
Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua.
Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai
benar-benar tunduk. Tetapi banyak belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu sahaja.
Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang
sangat dan air sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.
Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit.
Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba
membawa naik air ke atas.
Dengan air telaga itulah ibu mandi, ibu angkut naik ke rumah masuk ke dalam tempayan. Setitik
air Ceper pun ibu tidak sentuh waktu kemarau panjang itu. Ibu betul-betul marah pada Ceper.
(Dipetik daripada cerpen Ibu dan Ceper dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
SULIT
2014 SMK Wangsa Melawati
SULIT 4 1103/2
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang pemuda
yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda
terpegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya. Hai anakanda, siapakah pemuda yang di
dalam jubung itu?
Dialah budak hitam yang minta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi
telah ayahanda nyahkan dia.
Siapa namanya?
Itulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si
Helang Mawar. Dialah yang sebenarnya bertanggungjawab memelihara geliung dan isinya selama
ini. Sekarang marilah kita lihat isi geliung kita ini, telah penuhlah dengan wang dinar emas
pemberian bajak lauk.
Tuanku Nakhoda Tua berasa takjub melihatkan demikian banyaknya wang dinar emas di
dalam geliung itu. Panggilkan Awang Sulung ke mari! perintah baginda kepada jurubatu
sementara jurumudi mulai menggeletar ketakutan.
(Dipetik daripada Pelayaran yang Penuh Peristiwa dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud rangkai kata ayahanda nyahkan dia dalam petikan di atas. [2 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua ingin bertemu dengan Awang
Sulung Merah Muda?
SULIT
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
HARGA REMAJA
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.
RAHMAN SHAARI
Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia
(i) Nyatakan harga bagi seorang remaja menurut pandangan penyajak. [2 markah]
(ii) Apakah perkara-perkara manfaat yang dapat dilakukan ketika berada dalam usia remaja?
Berikan tiga cadangan anda. [3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak Harga Remaja. [4 markah]
SULIT
(a) Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) kemas
(ii) mengemaskan
(iii) kekemasan
(iv) harga
(v) menghargai
(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja tanpa mengubah maksud
dan struktur asalnya.
(i) Encik Omar minum kopi di halaman rumah. Beliau memerhatikan anak-anaknya
bermain badminton.
(ii) Taman rekreasi itu baru dibuka. Taman rekreasi itu mendapat sambutan yang hangat.
(iii) Mayang sangat berminat dalam bidang pendidikan. Kakaknya berminat dalam bidang
perubatan.
[ 6 markah ]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Jenerasi hari ini perlu diberi kesedaran supaya mencintai sungai dan tidak berlaku
pencemaran.
(ii) Koperasi merupakan badan yang efiktif untuk membantu bertingkat taraf hidup
2014 SMK Wangsa Melawati
masyarakat.
(iii) Produk itu menghargai lebih mahal daripada produk yang lain kerana mempunyai dwi
fungsi.
[ 6 markah ]
SULIT
SULIT 7 1103/2
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Para pelajar-pelajar yang membawa basikal ke sekolah dikehendaki sentiasa berhati-
hati dan mematuhi peraturan lalu lintas.
(ii) Abang yang kelemahan tertidur setelah membaiki rumah yang rosak sebagai akibat
ribut yang teramat dahsyat sekali.
(iii) Orang-orang ramai tidak sepatutnya membeli barangan cetak rompak kerana
perbuatan itu salah di sisi peraturan negara.
[ 6 markah ]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.
Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]
(a) Tema ialah pokok persoalan yang terdapat dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tema novel tersebut.
[ 7 markah ]
(b) Persoalan ketabahan merupakan salah satu persoalan yang dipaparkan dalam sesebuah novel.