Anda di halaman 1dari 5

Berdasarkan pernyataan di atas, sebagai remaja huraikan persediaan-persediaan

yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan cabaran tersebut.

Pendahuluan :
Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan,
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Kata-kata tersebut benar-
benar menyuntik kesedaran agar kita insaf dan bangkit segera daripada lamunan. Sebagai
anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas
tanggungjawab kepada negara. Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan
persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah
air tercinta. Sesungguhnya, di atas batu jemala kitalah terletak tanggungjawab besar sejajar
dengan slogan, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sesungguhnya,
sebagai anak muda, inilah tanggungjawab yang perlu saya pikul demi mencapai matlamat
murni negara itu.

Isi 1 :
AJ > Menyedari amanah besar yang sedang menanti, saya perlu memperlengkap
diri sebagai orang muda yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
H1 > Hal yang demikian itu amatlah penting kerana sifat takwa akan
..
H2 > Saya hendaklah melaksanakan segala tuntutan
.
H3 > Saya yakin benar bahawa insan yang bertakwa ialah
..
H4 > Tanpa iman, diri akan hilang pedoman. (Peribahasa : layang-layang terputus
talinya)
PW > Justeru, sifat takwa juga bakal. (Peribahasa Arab : Kasih akan
watan ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,)

Isi 2 :
AJ > Mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, saya hendaklah bersedia
memperlengkap diri dengan pakej fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang
sempurna.
H1 > Semua pakej asas tersebut amatlah penting dalam hal ..
H2 > Tanpa ketahanan dan jati diri.., (darah baru setampuk pinang)
H3 > Demi menyahut seruan negara, saya akan berusaha mengikuti teladan .
H4 > Negara pasti berbangga apabila dapat melahirkan tokoh-tokoh
PW > Biarlah hidup dan mati saya mempunyai nilai.. (Peribahasa : Gajah mati ..)

Isi 3 :
Ayat laluan > Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia (Sukarno), Aku
mampu goncangkan dunia ...
AJ > Menyedari hakikat tersebut, sewaktu usia masih muda saya perlu memanfaatkannya

H3 > Hal ini amatlah logik kerana dalam era pascaperang kini, pertarungan di medan
tempur sudah bertukar kepada persaingan dalam medan keintelektualan dan kepintaran
teknologi.
H4 > Syaratnya, saya mestilah

H5 > Oleh hal yang demikian, saya perlu menguasai bidang-bidang ilmu baharu
(contoh)
H6 > Sebenarnya semua strategi ini penting untuk negara dapat bersaing
dengan.
PW > Sesungguhnya, inilah janji saya . (Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara.)

Isi 4 :
AJ > Seseorang yang paling berjaya ialah insan yang mampu mengenali potensi
diri ..
H1 > Potensi inilah yang perlu saya manfaatkan demi

H2 > Ketika negara berada diambang negara maju


.
H3 > Bidang-bidang tersebut seperti
..
H4 > Akibat kealpaan kita memenuhi tuntutan negara akhirnya empat juta warga asing

H5 > Insaf dengan situasi begini saya dan


.
PW > Saya perlu menyedari akan tempelak peribahasa,
..

Kesimpulan : PW > TEMA > CADANGAN > HARAPAN

KESAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah
menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang
menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu
materialistik marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid
sekolah rendah juga berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah
turut mengikut jejak orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam
benak kita tentang implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang
demikian, implikasi baik dan buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan
terperinci demi kebaikan bersama.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan
bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat
berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana
segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat
Pesanan Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang
mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di
Malaysia dengan menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai
telefon bimbit, dia terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli
keluarganya. Intihanya, kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal
untuk mengukuhkan hubungan.

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon
bimbit juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan
telefon bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan
demikian kerana golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru
setampuk pinang juga ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain
juga memilikinya. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang
mahal kerana kerap menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar
bayarannya. Sebenarnya, mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti
sudah terhantuk baru tengadah. Bak kata pepatah melayu,ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis. Oleh itu, pelajar harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat
mengelakkan pembaziran

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka.
Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering
menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak
dengan masalah pasangan yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar
membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar
tetapi leka dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon
bimbit. Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai
telefon bimbit.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan
menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan
telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service,
SMS), khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran.
Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar
bil telefon bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka.
Selain itu, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan
mengganggu fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar
sepatutnya tidak menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak
kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan
keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkah-
langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara
berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang
timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
LATIHAN KARANGAN.
1. Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda
masa ini.

Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam
kalangan anak-anak.

Pendahuluan : Warga Tua Teras Masyarakat. Itulah suatu slogan yang memberikan
pengiktirafan atas keberadaan warga emas di tengah-tengan masyarakat. Walaupun
sebahagian mereka boleh dianggap sebagai Quran buruk, namun kewujudan mereka banyak
memberikan impak positif untuk melahirkan masyarakat yang penyayang, prihatin dan tahu
membalas budi. Malahan berdasarkan sepotong pepatah Cina yang bermaksud, Apabila di
dalam rumah kamu tersimpan seorang tua, tahulah bahawa di dalam rumah itu sudah
menyimpan suatu barang yang berharga. Oleh hal yang demikian, keberadaan warga tua
perlu dianggap sebagai suatu rahmat dan hendaklah diberikan penghormatan pada
kedudukan tertinggi. Dalam hal ini, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik
generasi muda agar tahu menghormati warga tua.

Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan datuk
dan nenek kepada anak-anak anak akan faham bahawa keidupan berkeluarga yang
mereka sedang alami adalah hasil daripada pengorbanan warga tua

Isi 2 : Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung penting


kepada masyarakat bandar yang semakin terpisah jauh daripada warga tua anak-anak
dapat kenal dan bermanja dengan induk mereka

Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua


memberi ucapan hormat dan sedia mendengar cakap golongan tua elakkan bercerita
tentang sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif
Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan
menziarah kematian anak-anak akan lebih dekat dengan khalayak tua boleh
berinteraksi dan kenal cita rasa warga tua

Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama anak berasa lebih
mesra dengan datuk dan nenek mereka cepat tumbuh perasaan kasih sayang.

Kesimpulan : Warga tua ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada
generasi masa kini. Segala jerih payah mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang
setimpal dengan sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan
sikap tahu membalas budi daripada anak-anak dan cucu. Inilah hakikat hidup dalam
rangkaian generasi dan salasilah keturunan yang tidak putus selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai