Anda di halaman 1dari 4

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

Hasilkan satu karya mengikut kreativiti kamu dalam bidang menggambar yang bertema
objek buatan manusia. Karya yang dihasilkan hendaklah meliputi unsur-unsur seni, prinsip
rekaan dan teknik yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 2.
Contohnya kamu boleh menghasilkan gambar Beg Sekolah Saya / Kasut Saya / Kereta
Ayah dan sebagainya.

Unsur Seni:
Bentuk - Ilusi
Garisan - selari dan bersilang
Warna - Primer dan sekunder
Rupa - organik dan geometrik

Prinsip rekaan:
Imbangan - Simetri
Kepelbagaian - Rupa dan garisan

Teknik:
Garisan selari atau garisan bersilang

Cadangan Media:
Pensel warna, krayon, pensel, kertas lukisan dan bahan-bahan lain yang difikirkan perlu

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

. . .
(Nama Guru DSV) (Nama KP PSV) (Nama GPK 1)
UJIAN PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2017
DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

TARIKH : 14 MEI 2017 (AHAD)


MASA : 1 JAM 30 MINIT

Berdasarkan Modul Membuat Corak dan Rekaan, hasilkan satu karya yang menarik
mengikut kreativiti kamu dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan. Pastikan
aktiviti dan karya yang dihasilkan telah meliputi unsur seni dan prinsip rekaan yang telah
ditetapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 2. Kamu boleh hasilkan Bingkai
Gambar atau Alas Gelas atau Kipas Tangan berdasarkan corak yang telah dihasilkan.

Unsur Seni:
Rupa - organik dan geometri
Warna - primer

Prinsip rekaan:
Harmoni - perulangan motif
Kontra - warna
Imbangan - simetri

Teknik:
Lipatan dan guntingan

Cadangan Media:
Kertas lukisan (akan disediakan), kertas warna, gam, gunting dan pensel

Disediakan oleh:

.
(KHAIRUL AKMAL FAIZ BIN MUDZAKIR)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

Berdasarkan Modul Membentuk dan Membuat Rekaan, hasilkan satu karya Topeng Muka
yang menarik mengikut kreativiti kamu dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.
Pastikan aktiviti dan karya yang dihasilkan telah meliputi unsur seni dan prinsip rekaan yang
telah ditetapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 2. Kamu boleh hasilkan
Topeng Muka Haiwan atau Serangga.

Unsur Seni:
Bentuk - konkrit
Jalinan - tampak dan sentuh
Warna - skunder

Prinsip rekaan:
Imbangan - simetri
Penegasan - bahagian muka

Cadangan Media:
Pensel warna, kertas lukisan / manila kad, gam, gunting, tali atau gelang getah dan lain-lain
bahan yang difikirkan perlu

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

. . .
(Nama Guru DSV) (Nama KP PSV) (Nama GPK 1)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

Berdasarkan Modul Mengenal Kraf Tradisional, hasilkan satu karya Gasing Mudah yang
menarik mengikut kreativiti kamu dengan menggunakan teknik yang bersesuaian. Pastikan
aktiviti dan karya yang dihasilkan telah meliputi unsur seni dan prinsip rekaan yang telah
ditetapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 2.

Unsur Seni:
Bentuk - konkrit
Warna - primer dan skunder

Prinsip rekaan:
Imbangan - simetri

Cadangan Media:
Gambar bulatan (fotostat) pada kertas A4, kad manila, gam, pensel warna, dan lidi.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

. . .
(Nama Guru DSV) (Nama KP PSV) (Nama GPK 1)

Anda mungkin juga menyukai