Anda di halaman 1dari 9

POHON

Pohon rendang
tegak dan tegap
bertunjang dan menjulang
banyak cabang
banyak ranting
hijau daunnya, melambai
mesra
harum bunga, indah warna
buahnya pembawa rezeki
Pohon rendang
teduhnya, tempat menumpang
ada unggas bersarang
semut bertali, datang dan pergi
kupu-kupu menari
lebah menyanyi, puja ratu dan
manis madu
Itulah, erti sebuah
kemerdekaan
daulat dan martabat sebuah negara
yang makmur
yang aman
yang damai
harmoninya untuk semua
Tolehlah
tolehlah ke belakang
bagaimana moyang, atuk dan ayah kita
berjuang dan berperang
derita dan sengsara
mencari benih
menanam, membaja dan
menyuburkan pohon merdeka
yang segarnya, nikmatnya
sampai ke hari ini
paling sedih
paling sedih
Segmen A: Tokoh Negara
3
jika anak kita
lupa cerita
lupa duka
lupa sengsara, moyang, atuk dan ayah mereka
memang tidak salah
memuja Mawi, atau berjumpa
Puteri Gunung Ledang dalam mimpi
tapi jangan sampai buta
perjuangan Raja Haji
atau melupakan Dol Said
dengan perang Naningnya
atau kehebatan Dato Bahaman
pahlawannya Mat Kilau
atau semangat juang Raja Abdullah
dan amokan Tok Sagor
apa lagi, keberanian Rosly Dhoby
Orang bercakap
tentang BSKL
tentang ICT
tentang bioteknologi
tentang Formula One
tentang demam bola
tentang along dan bank
tentang pelacur asing
yang menjual paha dan dada
di tepi tangga
tentang Bush dan Blair
yang hilang punca dan gila
tentang kencing manis dan darah tinggi
entah apa-apa lagi
tapi mereka tidak mengerti,
tidak peduli
bagaimana tarikh keramat 31 Ogos
dicari dan diberi,
mereka tidak kenal,
sejarah Abdullah Fahim
apa lagi Tok Kenali
Pohon rendang
Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
4
buah hati jantung kita
terancam, terancam sudah
dan ada tanda-tanda bahaya
tunjang dan batang,
anai-anai
mula menyerang
dedalu lebih
ganas dari
musuh seribu untuk balak,
ada pengkhianat,
menanti dengan kapak dan jentolak
Pohon rendang
akan punah dan ranah
Kita dicabar, dan tercabar
demi kasih kita
demi cinta kita
dan, atas nama kasih,
cinta dan sayang
mari kita bangun
tentang dan halang
Tak kira dengan apa cara
dengan minda, darah,
keringat atau
airmata, malah,
walaupun,
dengan parang sebilah
Pohon rendang
mesti tegak
dan tegap
akar bertunjang
dan, pucuknya terus
menjulang.
ABDUL RAHMAN ABBAS*
18 Ogos 2006
(Berita Harian, 25 Ogos 2007)
_______________________
* TYT Tun Abdul Rahman Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Segmen A: Tokoh Negara
5
NEGARAKU TERBILANG
Tatkala aku menggagahi diri membelah kota raya
aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan
rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada
jauh sudah rupanya negaraku mengembara
Fikiran teringat zaman remajaku
zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit
Yang ada hanya siul burung-burung di bendang
tapi di sana kaya kemanusiaan
kaya keampunan dan kasih sayang
kaya tangan menghulur bantuan
di tangan ribuan wira tak didendang
Di luar sempadan ada cabaran
dunia semakin deras bergelora
tidak terperangkap kita dengan kata-kata
yang cepat mendapat habuan luar biasa
yang lambat mendapat sisa-sisa
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak
pelbagai daripada yang menyendiri
percaya daripada mencurigai
bersama daripada menguasai
ke hadapan dengan acuan kita sendiri
yang diwarisi tidak berkurang
yang dijaga tidak susut
Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
6
Di sini di bumi ini
Kita serikan pencakar langit dengan kesyukuran wajah kemanusiaan
kita anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan mesej Muhamad Iqbal
kita bajai kembang kemboja keamanan di atas kubur rakus perang
kita tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan
kita pacak panji-panji di puncak kemegahan negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang
ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI*
29 Ogos 2004
Sempena Hari Kemerdekaan ke 47
_______________________
* Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi ialah Perdana Menteri Malaysia ke-5
Segmen A: Tokoh Negara
7
DAMAINYA NEGERIKU
Keranamu Malaysia,
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama mensesah pekat malam, menerjah gelombang
Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung jalan
Walau berdepan sejuta rintangan
Sekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan
Alangkah damainya negeri ku ini
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara
Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata
Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan
Kemerdekaan terus terpelihara
Damainya negeriku... Malaysia.
MAHATHIR MOHAMAD*
2004
_______________________
* Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia ke-4
Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
8
ERTI KEMERDEKAAN
Dan jatuhnya hanya beberapa hari
lalu terbelenggu empat ratus tahun
suatu tempoh yang amat payah dan panjang
pengabdian dan kehilangan yakin diri
43 tahun kita berdiri menebus maruah
Merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
masih mahukah harga itu diperjudikan?
Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
ditangan kita masih panas
keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
menghayun langkah membina wawasan
waspada harimau di Matahari Terbenam tidak akan hilang belangnya
mengisytiharkan dirinya Yam Tuan Tunggal Sejagat
dengan hukum rimba ganas
yang lemah longlai
yang gagah gergasi
akan meruntuhkan segala sempadan rimba
atas nama membina perkampungan dunia
mahukah kita biarkan
mereka menginjak-injak dan menghancurkan aman kecil permai ini?
Rimba tanpa sempadan
atas nama kebaikan menyelinap menusuk matafikir
hidupan Dunia Ketiga terpaku takjub dengan slogan
kasih alam
ketelusan hukum
keadilan imbangan
kesatuan warga dunia
kebebasan mutlak
lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
dengan sorak sorai
runtuhkan sempadan!
Segmen A: Tokoh Negara
9
runtuhkan sempadan!
runtuhkan korupsi
runtuhkan kolusi
dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan
membuka belantara dan mempertahankan warisan
kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
merdeka kita dengan fikiran
dan kita pertahankannya dengan fikiran
dunia sudah melihat kita
dunia sudah menghormati kita
Timur dan Selatan mengharapkan kita
mereka datang berbondong-bondong mencari di bumi ini
perlindungan dan erti hidup
mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
dan hanya sesekali menjulangnya
mengikut rentak jenderang dunia Matahari Terbenam?
bijak pandai pernah berpesan:
mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka akan didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali
sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?
Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didikkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
10
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka mentafsir hidup tanpa paksaan kuasa
Di sini kita yakin segalanya boleh
di sini kita yakin segalanya boleh
itulah erti kemerdekaan
Perjuangan ini mesti diteruskan.
MAHATHIR MOHAMAD
29 Ogos 2000
Segmen A: Tokoh Negara
11
PERJUANGAN YANG BELUM
SELESAI
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
12
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Segmen A: Tokoh Negara
13
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
MAHATHIR MOHAMAD
Mei 1996
Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
14
NEGARAWAN MERDEKA
Maka dinobatkan negarawan merdeka
jejak-jejak patriot melangkah gagah
negarawan terbilang memahat sejarah.
Tapak-tapak pejuang membina tamadun
mendaulat agama, membela bangsa, membina negara.
Dato Onn Jaafar, Perintis Negara Bangsa
Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Kemerdekaan
Tun Razak Husin, Bapa Pembangunan
Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan
Tun Dr Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan
disambut gemilang, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Nama-nama pahlawan bersilat bersama ribuan wira tak didendang
Melayu, Cina, India yang lainnya.
Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan
ribuan angkatan disenarai pejuang.
Negarawan merdeka...
memerdekakan negara
mengisi kemerdekaan negara
mendukung martabat bangsa
membawa obor perjuangan
sentiasa terang tanpa padam
menyinari ke persada antarabangsa.
Negarawan merdeka ini...
bersama barisan rakyat setia berjuang
meniti arus gelombang globalisasi.
Membina persamaan, menjauh kelainan
berlandas Islam Hadhari, menerus demokrasi
menyentuh setiap insan, di pelusuk watan.
Segmen A: Tokoh Negara
15
Setengah abad merdeka...
tercatat tinta emas lipatan sejarah
titisan keringat, darah dan air mata
satu-satu tumpah mulia di bumi bertuah.
446 tahun dijajah dipijak dikeji
dipecah perintah dihina di bumi sendiri.
Detik 12 malam, 31 Ogos 1957
50 tahun pertama sudah berlalu
detik 12 malam, 31 Ogos 2007
50 tahun kedua sudah bermula.
Masih terdengar laungan keramat
dalam perjalanan yang semakin mencabar
tambahkan ilmu perisai azimat.
Berbekal warisan wawasan pimpinan
sebagai pewaris amanah merdeka
ayuh terus berjuang, kita Malaysia!
NAJIB ABDUL RAZAK*
(Utusan Melayu, 1 Ogos 2007)
_______________________
* Sajak ini dihasilkan sempena Malam Penghargaan Pejuang Kemerdekaan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala
Lumpur oleh Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia (2009 hingga kini).
Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka
16
TANAH JANTUNG
Ini negeri kita
Negeri kasih
Kasih kita yang tak berbelah
Kasih kita dalam rangkul genggam sejarah.
Kita genggam sejarah
Sejarah moyang diusap bahagia dan gundah
Gundah beradab akhirnya terlerai
Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai.
Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa
Jatuh dan bangun anak-anak bangsa
Kenal makna fahami erti sebagai warga
Kita menjadi warga berani, percaya diri, dan perkasa!
Ini ibu pertiwi kita
Negeri cinta
Cinta kita yang setia terukir
Berdenyut di nadi bersama merah darah
mengalir.
Alirnya memercikkan cita
Cita kita memercukan jaya
Jaya ini kelak menjulangkan maruah
Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah.
Selamatlah kau tanah jantungku yang indah
Dari utara ke selatan, timur dan ke barat jua
Petamu kejaplah sudah
Udaramu damailah akhirnya
Melindung memayungi
Bumi kekasih ini.
Segmen A: Tokoh Negara
17
Ini negeri kita
Diukir ikrar dan kata
Dikibar Jalur Gemilang merata
Senandung dan nyanyi bernafas setia.
Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk
tanah jantung
Dari perut laut hingga ke puncak gunung
Awan-gemawan tanah air gemilang
Kurenjis mawar kasih ke sekian kalinya
untuk kau negeri yang kukasihi!
ENDON MAHMOOD*
29 Ogos 2004
Sempena Hari Kemerdekaan ke-47
_______________________
* Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood isteri pertama kepada Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,

Anda mungkin juga menyukai