Anda di halaman 1dari 3

Nasi Daging Cikgu Halim

bahan A :
1 kg beras Basmathi (direndam 1 jam)
1 kg daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
1 cawan susu cair
cawan sup tomato
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam/gula secukupnya
3 sudu besar minyak sapi
1 kiub daging
Kismis/buah gajus

bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)
daun kari/daun pandan

Cara-cara
1. Rebus daging bersama sedikit rempah kurma, kiub daging, halia dan sedikit
garam. Airnya 2.5 kali ganda sukatan beras
2. Pastikan daging empuk. Asingkan daging dan simpan air rebusan daging
untuk masak nasinya.
3. Sukatan air rebusan 1.25 kaIi ganda sukatan beras.
4. Basuh beras dan toskan.
5. Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumiskan
bahan-bahan B hingga wangi.
6. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah
minyak.
7. Kemudian garam dan gula. Kacau rata-rata. Masukan beras sekejap
8. Masukkan air rebusan dan daging. Perlahankan api. Masak hingga nasi
hampir kering.
9. Tuangkan susu cair, sup tomato, kismis/buah gajus dan daun limau purut.
Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati.
10.Palitkan puri tomata ke beberapa tempat tanpa mengacaunya.Biarkan nasi
masak sempurna.
11.Taburkan bawang goreng dan sedikit hirisan daun sup pada nasi dan
hidangkan bersama air asam, papadom serta dalca jika suka.

Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan


2 biji bawang merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
Kerisik
Cili/tomato sos
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :
1. Cili merah, belacan di kisar
2. Cili padi dikisar
3. Bawang besar digaul bersama gula dan biar sekejap
4. Masukan tomato, bawang merah, kisaran cili merah dan digaul
5. Tambah air asam jawa, kisaran cili padi, kerisik , sos cili/tomato dan garam
secukup rasa

Nasi Arab Daging (3-4 orang)

Bahan-bahan

1/2 kilo daging+tulang


4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub ayam
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi
1/2 biji bwg besar di mayang
1/2 cawan sos tomato
2 sdb rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya

Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan daging, jintan manis, jintan
putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah
kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula.
Masak sehingga sup mendidih dan daging masak (tak liat) lebih kurang 1 jam.
Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
Apabila sup daging telah siap, asingkan sup dan daging (cedok daging masuk dalam
bekas lain, then tapis sup untuk dapatkan rempah2 tumisan). Bahan2 rempah kasar
dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup
bg menggantikan air semasa mengisar.
Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga
sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3
cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir
mendidih tutupkan api.
Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn daging. Kemudian
masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn sedikit bwg
goreng, daun sup dan daun bwg.
Resepi Sos Salatha

Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam dan gula
Jus dari buah lemon.

Kisar semua bahan, jangan sampai lumat sgt. Then,perasakan masam,manis dan
masinnya

Nasik arab dan sos ini sedap dimakan dengan salad timun. Cara nak buat salad
timun mudah jer hiris salad , timun dan bawang besar nipis nipis, campurkan
dalam satu mangkuk, tuangkan jus lemon atau cuka sedikit. Masukkan gula juga
untuk menstabilkan rasadah siap!!

Anda mungkin juga menyukai