Anda di halaman 1dari 3

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih
lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah
biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih
Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda
menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari
memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang
anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini
saya ingin kongsi lima tips berikut:

1-Defragment Hard Disk Anda


Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah
Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi
Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam


komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara
bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word
anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk
manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian
hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation.
Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia
terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan


menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk
Defragmenter

2-Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup


Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan
sejumlah program secara automatik. Program ini
dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua
dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda
hanya akan buka program tersebut bila perlu. 

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk


membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara
yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik
pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig
dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan
anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya
ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan
perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa
- apa perubahan.

3-Matikan Servis Yang Tidak Perlu


Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara
senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada
sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan
oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan
secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali


lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda
kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam
gambarajah) agar anda tidak tersilap membuang servis
yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan
secara automatik

Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan
taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam
Windows XP.

4-Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul
dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan
selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail
- fail ini, gunakan CCleaner.

Atau semasa anda melakukan open atau explorer komputer anda sila : klik kanan tikus pada
drive C dan ambil arahan properties dan klik disk Cleanup pada paparan (seperti dibawah)
5-Tingkatkan BIOS Anda
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam
BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan -
perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.  Bergantung pada PC anda,
pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini
BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis
apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah
yang diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak


komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang
tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak
memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable
saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut
melalui BIOS.

[Diterjemahkan dan disunting dari Wired]

Anda mungkin juga menyukai