Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN (SPP)

Sektor pemborongan dan peruncitan merupakan salah satu daripada enam (6) bidang
keberhasilan yang diperkenalkan di dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020). Ia dilihat
sebagai salah satu sektor yang dapat memberikan pulangan kepada perolehan sektor koperasi
sebanyak RM50 bilion pada tahun 2020. Sehubungan ini, Sektor Pemborongan dan Peruncitan
(SPP) merupakan sektor akademik yang ditubuhkan oleh MKM bagi merealisasikan hasrat DKN
dalam menjana ekonomi dan pendapatan sektor koperasi menerusi penglibatan di dalam
bidangan pemborongan dan peruncitan; di samping membantu kerajaan menstabilkan harga
barangan keperluan dan bekalan khusus di kawasan pekan kecil dan pedalaman.

Selaras dengan Visi Maktab Koperasi Malaysia untuk menjadi institusi koperasi bertaraf dunia,
SPP sentiasa progresif dalam menawarkan kursus-kursus yang berorientasikan kehendak dan
keperluan semasa serta praktikal di bawah bidangan ini seperti:

1. memberi pendedahan kepada koperasi tentang perniagaan pemborongan dan


peruncitan
2. mengenal pasti jenis perniagaan pemborongan dan peruncitan yang diceburi
3. mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam perniagaan pemborongan dan peruncitan
dalam koperasi
4. mengukuhkan aktiviti pemborongan dan peruncitan yang diceburi oleh koperasi

SPP dipimpin oleh En Mohd Zaib Mat Yunus selaku Pengarah; dan diselaraskan oleh tiga orang
pegawai latihan profesional. Peranan utama SPP ialah melatih dan membimbing Anggota
Lembaga Koperasi (ALK), tenaga kerja koperasi, para pegawai yang menyelia koperasi, atau
individu yang berminat dalam bidang berkaitan pemborongan dan peruncitan. Dalam merangka
kursus-kursus yang bermanfaat, SPP sentiasa bersikap proaktif dan terbuka terhadap isu dan
perkembangan semasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya agar seiring dengan
era globalisasi masa kini.

Kursus-kursus yang ditawarkan dikelaskan kepada tiga peringkat iaitu asas, pertengahan dan
lanjutan. Koperator atau para peserta akan didedahkan dengan modul latihan serta idea
perniagaan terkini untuk dipraktikkan ke atas koperasi masing-masing. Di samping itu juga, SPP
turut memberikan konsultansi kepada koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan di bawah
bidangan ini seperti pasaraya, kedai runcit, dobi, stesen minyak, dan francais.

SPP juga terlibat dengan tailor made course atau knowledge-based activities bersama pihak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA atau agensi-agensi kerajaan dan pihak
kementerian di bawah bidangan yang sama. Permodalan Nasional Berhad (PNS) merupakan
salah satu contoh agensi yang telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan MKM
melalui SPP dalam memberikan pendedahan berkaitan sistem perniagaan secara francais bagi
menjamin kelangsungan produk koperasi di pasaran secara sistematik dan profesional.

SPP turut menghasilkan penulisan berkaitan penyelidikan, kajian kes, jurnal dan sebagainya
untuk digunapakai dalam model simulasi; sekaligus meningkatkan kompetensi dan tahap
profesionalisma di kalangan kakitangan akademik dan juga koperasi sebagai panduan dalam
menguruskan koperasi dengan lebih cekap.

Hasrat SPP adalah memastikan latihan yang dijalankan berjaya memberikan impak kepada
para koperator untuk meneraju aktiviti perniagaan koperasi dengan lebih kreatif dan kompetitif;
seiring dengan pemain industri dari sektor yang sama. Kemahiran, pemahaman dan aplikasi
dalam dari aspek perundangan, tadbir urus dan perniagaan koperasi yang berkaitan dengan
bidang pemborongan dan peruncitan turut dapat dipertingkatkan melalui kursus-kursus yang
ditawarkan.

Anda mungkin juga menyukai