Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
22200 BESUT, TERENGGANU

PERTANDINGAN PERMAINAN SUKAN TRADISIONAL


PERMAINAN CONGKAK

TARIKH
16 APRIL 2011

TEMPAT
DEWAN BENDAHARA, IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

ANJURAN
PISMP SAINS 1
SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2009
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

1.0 SINOPSIS

Pertandingan Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti


di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk
memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai
cara-cara bagaimana sesebuah tradisional dimainkan oleh masyarakat
dahulu kala.

Sebagaimana yang kita semua sudah sedia maklum, masyarakat


Melayu khususnya pada zaman dahulu sememangnya terkenal dengan
pelbagai jenis permainan tradisional yang bukan sahaja dimainkan oleh
golongan kanak-kanak tetapi juga golongan dewasanya. Permainan
tradisional adalah sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang kita masing-masing. Namun demikian permainan-permainan
tradisional kian dilupai dan terdapat juga sesetengah permainan tradiosional
tersebut sudah ditinggalkan seiring dengan dunia yang semakin maju dan
serba moden ini..

Demi mengelakkan keadaan ini semakin meruncing, kami ingin


menganjurkan permainan tradisional ini untuk mengenali dan menyemai
semangat bermain permainanan tradisional dengan lebih dekat lagi kepada
ahli masyarakat. Pada masa yang sama,dapat mengeratkan hubungan antara
semua kaum seperti mana yang terdapat dalam gagasan 1Malaysia yang
sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri kita Dato Sri Najib b. Tun
Abdul Razak.

Kami berharap anjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini dapat


memberi pendedahan dan pengalaman kepada kami untuk menjadi bakal
tenaga pengajar yang lebih berkaliber , sistematik dan bertanggungjawab
terhadap amanah yang diberikan. Pada masa yang sama juga kami berharap
pertandingan ini mampu menjalinkan perhubungan yang erat antara kita
semua.

1.0 OBJEKTIF
1.1 Objektif Anjuran Permainan Sukan Tradisional Congkak
Objektif anjuran permainan tradisional adalah seperti yang berikut;

1. Memartabatkan dan menghidupkan kembali sukan tradisional warisan


negara.
2. Memupuk perpaduan dan meningkatkan kemahiran sosial antara
pelatih.
3. Merapat dan mengukuhkan hubungan baik, perpaduan, kerjasama dan
semangat persaingan sihat dalam kalangan guru pelatih dan
pensyarah IPG.
4. Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan
guru pelatih.
5. Menanamkan semangat kesukanan dan persaingan yang sihat di
kalangan pelajar-pelajar

1.2 Objektif pertandingan

1. Para peserta dapat bermain mengikut undang-undang atau peraturan


perlawanan yang telah ditetapkan.
2. Mewujudkan hubungan yang erat dan semangat berpasukan di
kalangan peserta

2.0 MATLAMAT

Matlamat penganjuran pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi


pengetahuan dan pendedahan dalam cara mengelola sesuatu pertandingan
dan pada masa yang sama memperoleh pengalaman baru dalam
menguruskan sesuatu pertandingan agar dapat diaplikasikan dan dijadikan
panduan kepada bakal pendidik di sekolah kelak. Diharapkan supaya
permainan tradisional dapat dihidupkan kembali di sekolah-sekolah pada
masa hadapan.
3.0 RASIONAL PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK

Rasionalnya pertandingan permainan tradisional ini diadakan adalah seperti


berikut;

1. Melalui pertandingan permainan tradisional ini, para pelatih berpeluang


untuk mengambil bahagian dalam sukan tradisional kerana permainan
sukan seperti ini jarang-jarang sekali di mainkan pada masa kini.
2. Sukan permainan tradisional ini sesuai untuk dimainkan oleh semua
lapisan masyarakat tidak kira lelaki mahupun perempuan.
3. Kos penyediaan permainan juga tidak terlalu tinggi dan peralatan mudah
di dapati.
4. Melalui pertandingan permainan tradisional yang diadakan ini akan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar justeru dapat
mengekalkan warisan kita.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tempat : Dewan Bendahara


Masa : 8.30 Petang 12.00 Tengahari
Tarikh : 16 April 2011
Hari : Sabtu

5.0 JENIS PERMAINAN DIPERTANDINGKAN

Permainan tradisional Melayu :


6.1 Anjung (Indoor) : Congkak ( Anjuran 5 PISMP Sains 1 )

*Sila rujuk Lampiran 1


6.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Tempat Aktiviti

08.30 pagi Dewan Bendahara Pendaftaran peserta

08.45 pagi Dewan Bendahara Ketibaan tetamu jemputan

08.50 pagi Dewan Bendahara Upacara perasmian

09.00 pagi Dewan Bendahara Permainan bermula

10.30 pagi Dewan Bendahara Berehat

11.45 pagi Dewan Bendahara Penyampaian Hadiah

12.00 tengahari Dewan Bendahara Tamat

7.0 PESERTA

Peserta berbilang kaum yang terdiri daripada guru-guru pelatih PPISMP


semester 2 TESL 1 dan 2.

8.0 BELANJAWAN

Butiran Anggaran Kos

Minuman :
1) Permainan Congkak RM 1.50 / Seorang Peserta
Bilangan Peserta 30 orang
= RM 1.50 x 20
= RM 30.00
2) Penganjur
RM1.50 / Seorang Penganjur
Bilangan penganjur 22 orang

= RM 1.50 x 22
= RM 33.00

Jumlah
= RM 66.00
(Tanggungan Institut)

Hadiah Tanggungjawab Institut

9.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

*Sila rujuk Lampiran 2

10.0 PERALATAN

ALAT UNIT

Papan Congkak 10

Guli 980

Tikar 5

11.0 BORANG PEMARKAHAN

*Sila rujuk Lampiran 3

12.0 CONTOH JADUAL PERLAWANAN

*Sila rujuk lampiran 4


13.0 PENUTUP

Akhir sekali, diharap agar penganjuran Pertandingan Sukan Tradisional 2011


anjuran PISMP Sains 1 Semester 5 akan mendapat penyertaan yang
menyeluruh daripada para pelatih justeru dapat mengangkat martabat
khazanah warisan kesenian negara kepada para peserta. Semoga
penganjuran kejohanan kali ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi
acara tahunan yang termaktub dalam kalender pengajian peringkat institut
pada masa akan datang.
Disediakan oleh :

...
(NUR JASMIN BINTI AB. HALIM)
Setiausaha
Pertandingan Permainan Tradisional
5PISMP Sains 1
IPG Kampus Sultan Mizan.

Disemak oleh:

................................................
(ENCIK ROSHAIMI B. MOHD.YUSOFF )
Pensyarah Pendidikan Jasmani
IPG Kampus Sultan Mizan.

Melalui,

...................................................
(HJ. CHE RAHIM BIN CHE DIN)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan,

22200 Besut,

Terengganu.
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN OLEH :

.
( Dr. HJH SAMSIAH BINTI MUSTAFA A.S.K)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut,
Terengganu.

CATATAN :

.
..

LAMPIRAN 2
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL
KALI 1 / 2011

Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi Ahmad Aufa Bin Azman
Naib Pengerusi Nurul Shuhada Binti Mohd Hussin
Setiausaha Nur Jasmin Binti Ab. Halim
Penolong Setiusaha Nur Hidayah Bte Misroh
Bendahari Raihanah Binti Mohamad Fauzi
Penolong Bendahari Bibi Fazreena Bt. Fazal Mohamed

Ahli Jawatankuasa

Mohamad Faiz B. Mohamad Hassan


Mohamad Badrul Hisham Bin Abu Bakar
Nur Jazilah Binti Abas
AJK Keselamatan Aina Bazilah Bt. Abd Rashid

Mohammad Amalul Arifin Bin Anuar


Muhammad Hafiz Bin. Atan
AJK Peralatan Tuan Nur Hasanah Binti Tuan Aziz

Nor Mastura Aida Binti. Mohd Isa


Noraini Binti Md. Sapia
AJK Tempat

Norizan Bt. Abdullah


Nornazlia Bt. Abd Rashid

AJK Hadiah

Putih Fairuz Hanna Bt. Mohd Jamil


Syed Mizanudin Bin Sayed Mohamad
Pertandingan dan
Pengadil
Siar Raya
Zarina Binti Othman
Mohamad Kamil Bin Mohamad Zukery
Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi / 1) Mempengerusikan semua mesyuarat dan


Naib Pengerusi bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
2) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan
yang sewajarnya.
3) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha / 1) Menguruskan segala bentuk permohonan kepada


Penolong Setiusaha pihak-pihak tertentu.
2) Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada
individu tertentu atau badan-badan tertentu.
3) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras
aktiviti.

Bendahari / 1) Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.


Penolong 2) Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan.
Bendahari

Ahli Jawatankuasa

AJK Keselamatan 1) Mempastikan keselamatan ahli dan orang lain


menjalankan aktiviti.
2) Mempastikan setiap ahli memberi kerjasama.
3) Mempastikan barangan keselamatan projek lengkap.

AJK Peralatan 1) Menyenaraikan segala peralatan yang perlu dibawa.


2) Menyediakan peralatan yang perlu dibawa.
3) Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak hilang.
4) Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.

AJK Tempat 1) Menyediakan tempat sebelum dan selepas


pertandingan.
2) Menyediakan kemudahan asas tempat.
AJK Hadiah 1) Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan,
menyelaras dengan Jawatankuasa Pertandingan
2) Menyusun hadiah dan cenderamata.
3) Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Pertandingan & 1) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras


Pengadil aktiviti projek.
2) Bertanggungjawab mengadili pertandingan
3) Menyediakan sistem pemarkahan.

Siar Raya 1) Membuat pengumuman acara, nama peserta, nombor,


pasukan, lorong dan saringan.
2) Menghebahkan keputusan acara
LAMPIRAN 3

Borang Pemarkahan Permainan Congkak

Tarikh :..

Tempat :..

Peringkat :.

Nama Pengadil : 1) ..

2) ..................................................

Nama Pemain : (A) :

(B) :

PUSINGAN 1

MARKAH PEMAIN A PEMAIN B

Jumlah baki buah


congkak dalam rumah
Jumlah kampung
terbakar

Pemenang

PUSINGAN 2
Jumlah baki buah
congkak dalam rumah
Jumlah kampung
terbakar
Pemenang

..........
(Tandatangan & Pengesahan Pengadil)
Borang Penyertaan Permainan Congkak

Tarikh :...................................................................

Tempat :...................................................................

Nama Unit :...................................................................

Nama Pemain :

1. ..................................................................................................
2. ..................................................................................................
3. ..................................................................................................
4. ..................................................................................................
5. ..................................................................................................
6. ..................................................................................................
7. ..................................................................................................
8. ..................................................................................................
9. ..................................................................................................
10. .

Syarat pertandingan :

1) Setiap unit wajib menghantar 10 orang pemain untuk mewakili unit masing-masing.
2) Pasangan pemain boleh campur antara pemain lelaki dan pemain perempuan.

Anda mungkin juga menyukai