Anda di halaman 1dari 6

Edu ISL M7

Kemahiran Memberi Tindak Balas Yang Sesuai

Tindakbalas yang akan dibincang di sini ialah parafrasa dan refleksi. Menurut Kamus Dewan
1998, Parafrasa ialah pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan karangan dan
sebagainya dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna asalnya. Secara amnya,
parafrasa mengulang kandungan yang telah diucap tetapi bukannya membuat ringkasan,
manakala refleksi memfokuskan mengulang perasaan yang terkandung dalam ucapan.
Contohnya, seorang pelajar merasa bimbang kerana menghadapi masalah dalam membuat
pemilihan mata pelajaran elektif, kaunselor boleh beritahunya dengan berkata: Anda seolah-
olah menghadapi masalah membuat pemilihan. (memparafrasa) atau Anda seolah-olah
bimbang tentang membuat keputusan. (refleksi)

Dalam kaunseling, parafrasa merujuk kepada pengungkapan semula kandungan sesuatu dalam
komunikasi lisan daripada seseorang klien. Ia bergantung penguasaan kemahiran mendengar
serta kemahiran mengingat. Tujuan menggunakan parafrasa ini ialah bukan sahaja
menunjukkan bahawa kaunselor sedang mendengar dengan teliti, tetapi juga memahami
maksudnya dengan tepat. Yang penting sekali ialah parafrasa pula berfungsi mendorongkan
klien meneroka perasanya lebih mendalam serta membina hubungan baik di antara kaunselor
dengan klien. Kata-kata mula bagi parafrasa biasanya mengandungi kata-kata seperti: Anda
seolah-olah kata... manakala , kata-kata akhir biasanya mengandungi kata seperti: Adakah ini
betul? atau Adakah fikiran saya betul?

Kemahiran Tingkah laku bukan lisan dalam kaunseling

Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu


diambilkira iaitu;
membina suasana alam sekeliling

suasana terapeutik

ruang untuk berkomunikasi

penampilan diri

ekspresi muka

kontak mata
cara duduk dalam sesi kaunseling

pergerakan tangan dan kaki

senyuman

nada suara

menggalakkan klien bercakap

Membina suasana alam sekeliling


Oleh sebab sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil
masa kira-kira 30 minit atau lebih sedikit serta tajuk perbincangan adalah
serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang
sesuai perlu digunakan seperti kerusi yang tidak menyakitkan pinggang
atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikiran.
Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas, tidak terlalu sempit dan tidak
terlalu bising. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tandas
yang berdekatan dengan seting sesi kaunseling. Selain itu, tempat
menjalankan sesi kaunseling mestilah kemas supaya tidak menyakitkan
penglihatan klien dan kaunselor.
Suasana terapeutik
Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan seperti yang
dinyatakan tadi membolehkan serta memudahkan perbincangan,
penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam.
Oleh itu suasana terapeutik yang menyenangkan membolehkan sesi
kaunseling berjalan dengan lebih lancar lagi.
Ruang untuk berkomunikasi
Setiap individu mempunyai ruang di sekeliling tubuh badannya.
Ruang itu membesar atau mengecil bergantung kepada keadaan. Dalam
kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting bagi menentukan
proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan berkesan tanpa
gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah sensitif akan
perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang
antara kaunselor dengan klien. Antara perkara yang perlu dibincangkan
termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta
tajuk perbincangan.
Dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dan kaunselor
harus dianggarkan tidak terlalu dekat sehingga mengganggu
perbincangan dan tidak perlu terlalu jauh sehingga menyukarkan kedua-
dua pihak. Jarak antara 1-1.5 meter dapat menimbulkan rasa selesa dan
klien berasa beliaudiberikan perhatian yang baik. Dalam menentukan
jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat dahulu. Seterusnya,
kaunselor membetulkan jarak yang dirasakan selesa oleh kedua-dua
pihak untuk berunding.
Penampilan Diri
Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan
keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien
berasa selesa dan gembira dengan keadaan dan raut wajah serta cara
kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan
kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut
norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu
tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat,
berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan
terlalu berbau busuk
Ekspresi muka
Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu
menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah
penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah
yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil
kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka
dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.
Misalnya muka menjadi merah ketika marah atau malu. Ekspresi
muka yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi kurang
senang klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek.
Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan
yang baik.
Kontak Mata
Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor
memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat,
menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan,
menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan
dan menimbulkan rasa kesungguhan. Kontak mata bukan bererti
kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan
pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak bermakna kaunselor
memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerak kepada klien.

Cara duduk dalam sesi kaunseling


Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan
melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan
pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan
kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap
orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk
condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala
orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke
belakang menjauhi kliennya.
Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan
menghadapi kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia
untuk membantu. Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh kaunselor
iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil menggoyang-goyangkan
badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki
sebelah di atas lutut, atau sambil tangan diletak di belakang tengkuk dan
menyadar. Kaunselor juga jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak
langsung.
Pergerakan tangan dan kaki
Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan
komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan
menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien.
Contohnya klien yang nervous kadangkala melahirkan rasa cemasnya
dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak berhenti-henti. Pergerakan
tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya masing-masing.
Berikut ialah beberapa contoh pergerakan tangan;
Berpeluk tubuh
-Pergerakan tubuh ini membawa erti seorang yang tertutup, kurang
selamat atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif terhadap
diri dan bersifat defensif.
Tangan di dalam kocek
Tangan di dalam kocek seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
Kedua-dua belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi- merasa
takut atau risau
Tergaru-garu
Pergerakan tangan yang tergaru-garu seolah-olah menunjukkan rasa
ragu-ragu dan tidak pasti
Menggigit jari
Klien yang menggigit jari boleh menunjukkan rasa tertekan, cemas dan
risau
Senyuman
Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak
klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan
perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian
dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap
memberi interpretasi.
Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin
akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah,
malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat
penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai
menepati matlamatnya.

Anda mungkin juga menyukai